Kisah Seram : Misteri di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua rakan-rakan dan peminat kisah seram sekalian? Alhamdulillah, kembali lagi dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini?". Episod kali ini adalah berkaitan dengan tema balik kampung. Disebabkan  sekarang sudah boleh merentas negeri dan ramai yang mula pulang ke kampung masing-masing.

Pastinya ada banyak kejadian seram dan misteri yang pernah anda lalui ketika balik kampung. Sama ada di perhentian Rehat & Rawat atau dimana-mana sahaja. Kali ini adalah kisah seram di sebuah lebuhraya disebelah timur semenanjung Malaysia. Selamat membaca dan kepada yang sedang balik kampung, berhati-hatilah di jalan raya.✌😎


KISAH SERAM : MISTERI DI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 (LPT2)


Menurut salah seorang yang mahu dikenali sebagai Goneng, tukang masak beliau dan keluarganya telah pulang dari Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 untuk menuju ke Kuala Terengganu.

Pada dalam perjalanan di sekitar LPT 2 dan berhampiran dengan sebuah perhentian rehat di lebuhraya itu anak serta isterinya ingin membuang air kecil.

Lantas beliau pun memberhentikan keretanya disebuah hentian rehat dan beliau serta isteri dan anaknya pun turun untuk membuang air kecil.

Suasana di sekeliling agak sunyi sejuk dan berangin sepoi-sepoi serta suasana lampu yang dipasang pun hanya terang samar-samar sehingga membuat kawasan disekeliling tidak nampak jelas.

Dalam 3 minit kemudian, beliau melihat anak perempuannya masuk ke dalam kereta disusuli dengan isterinya. Beliau pun terus masuk ke dalam tanpa sebarang banyak bicara. Kira-kira pada masa itu jam menunjukkan pukul 10.30 malam.

Selepas kereta berjalan beliau pun bertanya kepada isterinya, " Kenapa tak panggil abang tadi? Air dalam tandas tu laju tak?" Tanya beliau berulang kali, namun isterinya tidak menjawab sepatah kata pun.

Isterinya duduk membisu yang berada di sebelahnya macam tunggul kayu, tidak sedikit pun berpaling padanya. Setelah 5 minit mendiamkan diri dalam perjalanan, tiba-tiba telefon bimbit beliau berbunyi dengan nombor yang amat dikenali.


Lantas beliau menoleh kepada penumpang yang disangka isterinya tadi dan melihat penumpang itu sudah hilang. Dalam telefon pula isteri beliau yang sebenar berkata, " Bang, kenapa tinggalkan kami di sini?"

Beliau mengejutkan anaknya yang lain takut dengan apa yang terjadi, sambil mengucap panjang dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Kemudian beliau berpatah balik untuk mengambil isteri dan anaknya di perhentian tadi. 


SEKIAN

2 comments:

  1. kalau abe kie disakat mcm tu pasti demam seminggu. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. uikss seramnya..sebab toleh-toleh bini dah tak ada kat sebelah rupa tertinggal bini hahaha..puas la wei nak patah balik sebab kat highway kan?

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.