Header Ads

Review Mi Goreng Maggi Perisa Cili Ala Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, baiklah, kali ini aku nak ceritakan pandangan dan pendapat aku tentang salah satu produk terbaru dari Maggi. Aku tak pastilah tarikh produk baru ni dikeluarkan tapi bila dilihat di bungkusannya terdapat tanda "BAHARU". Selain itu, ini jugak kali pertama aku nampak perisa ini dipasaran. Mungkin sebelum ini terlepas pandang.

Macam yang aku ada cerita dalam beberapa artikel sebelum ini, dalam banyak-banyak jenis mi segera, aku suka mi segera jenis goreng. Yang berkuah atau sebagainya, aku kurang sedikit, aku lebih gemar yang kering tetapi perisanya sedap. Sebelum ini aku pernah review mi goreng keluaran Vits dan di dalam artikel kali ini aku nak review pula Mi Goreng Maggi Perisa Cili ala Kampung.


MI GORENG MAGGI PERISA CILI ALA KAMPUNG


Kalau sebut sahaja Maggi, pastinya difikiran aku akan terfikir Maggi Mi Segera perisa Kari, perisa Ayam dan Asam Laksa. Mungkin di pasaran ada perisa-perisa lain tetapi bagi aku tiga perisa tersebut merupakan perisa yang paling popular.

Bila beli belah atau shopping untuk barangan setiap bulan, pastinya akan ada satu bungkusan Maggi perisa kari dan satu Maggi perisa ayam sebagai stock di rumah. Manakala untuk aku yang sukakan mi segera jenis goreng akan ambil mi goreng berjenama lain yang selama ini aku makan dan suka.


Baru-baru ini aku disuruh ke kedai Speedmart yang baru sahaja dibuka selepas raya aidilfitri dan bila aku lihat diruangan mi segera keluaran Maggi, ada perisa baru, terus aku grab dan membuat pembayaran. 

Pertamanya aku tak pasti sama ada Mi Goreng Maggi Perisa Cili Ala Kampung ini bagaimana rasanya. Adakah pedas? Bagaimana rasa cili ala kampung itu? Adakah produk ini berjaya memintas mi segera lain yang aku pernah cuba?


REVIEW MI GORENG MAGGI PERISA CILI ALA KAMPUNG


CARA PENYEDIAAN : Okay, untuk penyediaan mi segera ini sebenarnya sama sahaja dengan mi segera goreng yang lain. Mungkin ada yang tak tahu atau tak pernah makan mi segera jenis goreng. (Why?) Jadi aku akan ceritakan dengan ringkas bagaimana untuk menyediakannya.


 
Pertama, anda kenalah merebus atau merendam mi segera terlebih dahulu untuk beberapa minit sehingga mi sudah lembut. Kemudian, toskan dan pastikan airnya betul-betul kering. Kemudian, di pinggan yang lain, potong serbuk dan sos dan sebagainya. Masukkan mi tersebut ke dalam pinggan tersebut. Kacau sehingga semuanya sebati. Akhri sekali taburkan bawang goreng yang disediakan dibahagian atas. Siap.



Pendapat : Setelah aku merasa dan menghabikan sebungkus Mi Goreng Maggi Perisa Cili Ala Kampung, aku berpendapat bahawa mi goreng ini sedap dan rasanya sesuai dengan selera aku. Aku sedikit kecewa dengan tahap kepedasannya. Aku menjangkakan Cili Ala Kampung akan mempunyai rasa pedas yang membuatkan aku berterusan minum air sehingga kembung perut, tetapi tahap kepedasannya ditahap biasa sahaja.

Tetapi bila difikirkan balik, jika aku nak mi goreng yang pedas, baik aku makan Maggi Pedas Giler. Jadi, untuk tahap kepedasan itu aku maafkan. Mungkin citarasa aku sahaja. Ya, bagi aku semuanya sebati dengan elok. Bawang goreng yang disediakan juga rasa elok dan bersatu dengan mi segera ini.

Adakah aku akan beli lagi mi segera ini? Jawapannya : YA!

Adakah aku akan syorkan untuk anda? Jawapannya : YA!

HARGA MI GORENG MAGGI PERISA CILI ALA KAMPUNG


Untuk anda yang bertanya tentang harga, harga satu pek di kedai Speedmart adalah RM5.85 sahaja. Harga yang berpatutan untuk setiap bungkusan yang terdapat dalam pek ini. Harga yang tidak tinggi tetapi rasa yang sedap. Aku syorkan untuk anda cuba, terutamanya bagi mereka yang bujang, tinggal seorang diri dan malas nak masak, inilah jalan penyelesaiannya.✌😎



SEKIAN

9 comments:

  1. Wahhh...perisa baru? Belum nampak lagi kat sini. Nanti dah ade nanti boleh try

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak! Dah lama tak makan maggie ni. Tergugat betul iman tengoknya.

    ReplyDelete
  3. Ooo ni le yang anak Sis makan hrtu, dia beli mana tak tau, cuma dengar dia cakap tanya nak rasa tak? Sis ingat biasa punya, kesahnya maggi baru ek..nak cuba laaa nanti...

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak makan Maggi goreng. Last sekali makan maggi perisa asam... nak try langak bila kata sedap yg baharu ni.

    ReplyDelete
  5. Eh maggi baru ya.. nampak menarik.. nanti nak cubala hehe

    ReplyDelete
  6. menarik sangat ni.. dah la maggi tu sendiri mmg sedap, ni ada pulak perasa mee goreng ala kkampung ni... memang kena try jugak ni

    ReplyDelete
  7. Mmg favorite maggi kat umah mmg ada stok sbb mlm2 anak bujang rrajin msk klu lapar, blhlah beli perisa baru ni

    ReplyDelete
  8. Wahaaa... perisa baruu...tak berapa pedas eyh? utk org2 yang tak suka pedas sangat la nampaknya ni.hehehe... nanti nak rasa juga lah perisa baru ni..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.