Kisah Seram : Misteri Sekeluarga Tinggal di Kem Tentera Kluang, Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Misteri Sekeluarga Tinggal di Kem Tentera Kluang, Johor | Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Kembali lagi kita dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini?" Kali ini kita bersiaran di hari Sabtu malam, maaf ya, terlajak hari. Walaubagaimanapun, jangan risau sebab kisah kali ini sangat menarik, terutamanya buat mereka yang pernah tinggal di kem tentera.

Kisah kali ini dikongsikan Pakcik Pan, kisah misteri selama beliau tinggal di sebuah Kem Tentera lokasinya di selatan tanah air. Selamat membaca dan hayati kisah ini. ✌😎



KISAH SERAM :  MISTERI SEKELUARGA TINGGAL DI KEM TENTERA KLUANG, JOHOR



Aku ni anak bekas tentera, hidup di Sabah-Johor-Penang-Kelantan-dan menetap di Selangor kini. Aku ada baca cerita dari seorang tentang kem tentera di Kluang, tapi tak ingat siapa.

Ini kisah aku masa sekolah rendah tahun 80an di 13 RAMD, Kem Batu 3, Jln Mersing, Kluang, Johor. Waktu itu, kem ini masih hutan lagi, rumah kuaters teres satu bilik. Aku sekeluarga duduk Blok F (mungkin dah takde kuaters tu sekarang dan dah buat kuarters baru). Rumah aku paling tepi dekat dengan hutan-bukit dan ada anak sungai jernih tempat aku main samada seorang diri atau dengan kawan-kawan.

Menyusuri ke atas anak sungai, terdapat air terjun kecik aje dan berpagar menandakan sempadan kem dengan hutan-bukit luas serta kawasan lapang sasar. Melepasi kawasan pagar ini terdapat gua kecil dan aliran anak sungai melalui dalam gua ni lah. Melepasi gua ni, adalah kawasan lapang sasar. Kami jarang main kawasan ni, takut terkena peluru sesat (yang ni amaran dari bapak aku lah!).

Kisah 1 - mangsa adalah aku, abang aku dan rakan-rakan mandi di air terjun ni. Saspek tidak diketahui apa atau siapa!

Aku bersama mangsa yang lain telah ke kawasan ini pada waktu tengahari untuk mandi dan tangkap udang/ikan. Kami jalan kaki, masuk denai hutan dan tibalah di kawasan itu.

Baru samapai aje, kami tengok banyaknya kera! Atas pokok ada, atas tanah ada, atas pagar pun ada. Bunyi riuh-rendah secara tiba-tiba sahaja, sedangkan masa jalan kat denai takde bunyi pun. Kami berhenti dan tengok dari jarak selamat. Semua tergamam tengok kera banyak, macam meriah - lebih meriah dari di zoo negara. Seketika kemudian, abg aku tunjuk pada kami - seekor kera putih bersih bersaiz besar dari yang lain di atas pagar. Semua mata tertumpu kat kera tu. Rupa-rupanya, kera yang lain sedang mengikut belakang kera putih tu. Kera putih macam ketua mereka lah! Tengah sedap tengok, tetiba aje aku perasan, kera putih tu ada rantai putih dan rantai itu dipegang oleh seorang lelaki berpakaian putih (macam jubah), berambut putih juga. Lelaki ini sedang menyusuri pagar bersama kera-keranya naik ke atas bukit.

Aku pun apa lagi, hantuuuu...!! Semua cabut lari sampai hilang selipar jepun. Balik rumah, aku cerita pada mak dan mak aku menjawab dengan beberapa das rotan sebagai pengajaran. Lama juga kami pulaukan kawasan tu sebab takut hantu, bukan takut pada mak-bapak. Sampai tua ni pun aku dan abg aku masih ingat peristiwa ini.

Kisah 2 - mangsa utama adalah aku, mangsa lain adalah mak aku dan adik-beradik aku.

Satu hari, bapak dan kebanyakan askar lain ada operasi. Kem jadi lengang, sebab ramai askar takda, tinggal keluarga masing-masing aje. Aku pulak suka bermain sorang diri di anak sungai tepi rumah (lebih kurang 50m dari rumah aku). Masa tu, takdelah rasa takut atau bahaya walaupun kadang-kadang rasa macam ada orang tengah perhatikan aku (mungkin perasaan aja). Habis idea nak main, aku baliklah rumah. Pada malamnya, aku rasa tak senang - perasaan tak tenang dan rasa semacam. Balik dari mengaji Quran, lebih kurang jam 9.00 atau 10.00 mlm, tingkap rumah aku diketuk (tingkap kayu, ada sesirip angin). Sebagai anak yang baik, aku meluru ke pintu.

Bila aku bukak pintu dan berdiri di kawasan beranda rumah, di depan aku ada seorang@seekor monyet besar, berdiri macam manusia juga, memegang tombak, pakai rantai dan cincin batu macam batu-batu orang buat cincin tu (rupanya sebijik macam cerita Planet of The Ape). Dibelakang nya berdiri beberapaorang @ ekor monyet lain macam tu juga kecuali tidak bertombak dan tak pakai rantai.

Lama aku tergamam, monyet bertombak nak tarik tangan aku menyebabkan aku menjerit dan meronta. Mak dan adik beradik lain terkejut mendapatkan aku. Semuanya tergamam melihat monyet-monyet tu. Mak aku tarik tangan aku, monyet pun tarik tangan aku.... mak aku baca ayat-ayat Quran dengan kuat/lantang. Masa ni, jiran sebelah rumah aku dengar, nasib baik suami dia tak pergi operasi.

Kedua-dua suami isteri ini pergi rumah aku - terkejut beruk mereka berdua. Dengan secepat kilat, suami dia menyergah beruk-beruk tu dan serentak itu juga tangan aku dilepaskan. Monyet-monyet tu lari menghala ke arah anak sungai tempat aku main. Maka, malam tu kecoh satu kem tentang kisah aku ni menyebabkan aku dikenali ramai dalam kem tu - disegani kawan dan lawan! Sampai sekarang, mak dan adik-beradik lain masih ingat peristiwa ini.

Kisah 3 - Satu malam, aku, abang aku dan kawan-kawan balik dari mengaji. Memang kami selalu balik bersama sebab semuanya penakut tahap kronik.... tambah pulak tengah heboh kisah 'hantu kum-kum'. Sedang jalan bersama, aku tengok langit.... cuaca cerah, langit cerah, beribu bintang kelihatan dengan bulan terang (sampai sekarang pun aku suka tengok langit malam).

Tengah syok tengok keindahan ciptaan Tuhan, aku terpandang satu cahaya bintang (besar sikit dari bintang, warna oren, tak berkelip). Pelik aku tengok 'bintang' ni. Aku tanya abg aku ni.."kenapa bintang tu bergerak...?" Sambil mendongak ke atas (kawan lain pun turut mendongak), Abg aku jawab..." ******* ko ni.! Memang nampak macam bergerak sebab bumi yang bergerak...!". Lepas tu dia kata,"...ya lah.! Memang bergerak... tengok-tengok semua....".

Bintang ni bergerak perlahan lurus aje (masih nampak bergerak). Dan lebih pelik lagi, apabila ada bintang di depan, ia akan mengelak supaya tak langgar bintang-bintang tu. Macam tulah keadaannya sampai kami tak nampak bintang tu lagi, hilang terlindung hutan-bukit. Semua tergamam tak terkata apa sambil balik rumah masing-masing.

Itulah kisah aku masa di kem tersebut.

Baca Juga : Kisah Seram : Rumah Sewa Berhantu di Kuala Kedah

Sumber : Misteri Alam de Paranormal | Google Image

SEKIAN

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post