Review Drama : Itaewon Class (2020), Apa Yang Silap?

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Review Drama :  Itaewon Class (2020) | Kembali lagi kita dalam sesi review drama. Kali ini aku akan review sebuah drama yang ditayangkan dan diterbitkan pada tahun 2020 iaitu drama Itaewon Class. Sebenarnya aku tak pasti berapa lama dah aku tak menonton drama Korea, dan alhamdulillah, disebabkan ada masa terluang dan internet yang cukup bagus untuk aku habiskan drama ini dalam beberapa hari sahaja.


REVIEW DRAMA : ITAEWON CLASS (2020)

Drama Itaewon Class merupakan sebuah drama yang ditayangkan pada tahun 2020, dibintangi barisan pelakon seperti Park Seo-joon, Kim Da-mi, Yoo Jae-myung dan Kwon Nara. Drama ini diadaptasi daripada webtoon yang menggunakan nama yang sama. Drama ini juga merupakan siri pertama yang diterbitkan oleh syarikat Showbox. Drama Itaewon Class ini ditayangkan di Korea Selatan melalui saluran JTBC pada 31 Januari sehingga 21 Mac 2020 dan ditayangkan di seluruh dunia melalui Netflix.

ITAEWON CLASS

Diadaptasi dari webtoon Itaewon Class oleh Gwang Jin.
Penerbit : Lee Sang-yoon
Jung Soo-jin
Han Suk-won
Pengarah : Kim Sung-yoon
Jumlah Episod : 16

Barisan Pelakon Utama : 

💓Park Seo-joon sebagai Park Sae-ro-yi
💓Kim Da-mi sebagai Jo Yi-seo
💓Yoo Jae-myung sebagai sebagai Jang Dae-hee
💓Kwon Nara sebagai Oh Soo-ah

SINOPSIS DRAMA ITAEWON CLASS


Itaewon Class menceritakan tentang kisah seorang bekas banduan Park Sae-ro-yi (lakonan Park Seo-joon) dimana kehidupannya sungguh berliku-berliku selepas dibuang sekolah kerana menumbuk pembuli dan juga ayahnya terbunuh dalam satu kemalangan. Park Sae-ro-yi mengikut jejak langkah ayahnya, membuka restoran-bar DanBam di Itaewon. Bersama-sama dengan pengurusnya , Jo yI Seo lakonan Kim-Da-mi) dan staf yang lain, mereka berusaha memajukan perniagaan dan juga bersaing dengan salah satu syarikat yang besar. 


ULASAN DRAMA ITAEWON CLASS

Suka untuk aku beritahu awal-awal bahawa ulasan yang akan diberikan ini adalah dari pandangan aku sebagai penonton. Walaupun tidak pernah menghasilkan drama sendiri dan sebagainya, tidaklah menghalang untuk sesiapa memberikan ulasan. ✌

JALAN CERITA

Jalan cerita atau plot drama ini pada beberapa episod awal aku sangat suka. Penceritaan bagaimana seseorang yang melalui pelbagai kesusahan dan kepayahan, mengharungi hidup sebagai bekas banduan dan yang paling penting bagaimana seseorang yang pernah jatuh dalam hidup cuba kembali sebagai seseorang yang lebih baik.

Selain itu, motif untuk membalas dendam di dalam drama ini juga sanagt jelas. Bila mana dari awal lagi susah diceritakan tentang kes pembunuhan ayah, dibuang sekolah dan semuanya bukanlah kerana diri mereka tetapi oleh orang lain.

Bahagian yang aku minat untuk tonton adalah bagaimana perubahan dilakukan terhadap bisnes atau perniagaan Danbam. Daripada satu restoran kecil, sehinggalah membesar dan menjadi sebuah syarikat hebat. Cuma kalau dipanjangkan lagi di bahagian ini mungkin lebih menarik, sebab aku rasa terlampau cepat perniagaan mereka berkembang maju.

Aku tak pasti sama ada webtoon dan juga drama ini adalah 100% sama atau ada plot yang ditukar, tetapi beberapa episod di penghujung membuatkan aku agak mengantuk. Mungkin apa yang aku jangkakan tidak terjadi dalam drama ini.




LAKONAN

Sebelum ini aku pernah tonton lakonan Park Seo-joon dalam drama What's Wrong with The Secretary Kim (2018). Lakonan dalam drama tersebut sangat bagus dan menghiburkan. Tetapi sesuatu yang lain dan berbeza ditunjukkan oleh beliau dimana filem ini banyak bermain dengan  emosi. Beliau berjaya menunjukkan reaksi bagaimana seorang yang pernah menjadi banduan dan melalui pelbagai kepayahan.

Untuk pelakon lain pulak,  aku suka dengan watak Kim Da-mi. Lakonan bersahaja, dan watak di dalam drama ini sangat menarik. 

Begitu juga dengan watak antagonis di dalam drama ini. Begitu menjadi dan membuatkan aku benci dengan orang tua tersebut.


KESIMPULANNYA

Ada episod-episod di dalam drama ini yang seronok ditonton, dan ada episod yang meleret-leret. Apa-apapun sebuah drama yang menarik untuk ditonton, jalan cerita secara keseluruhannya menarik, bertepatan dengan motif membalas dendam menggunakan cara perniagaan. Lakonan pelakon-pelakon yang hebat dan boleh diperbaiki.

Bintang : ⭐⭐⭐/ 5


SEKIAN

Sumber : Wikipedia | Google Image

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. kak tengok ep1 aritu last stop terus situ, belum sambung tengok lagi. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post