Header Ads

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua rakan-rakan dan peminat telefon pintar serata dunia? Bagaimana dengan hari anda setakat ini? Semoga anda sentiasa dalam keadaan dan kesihatan yang baik. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda review aku mengenai sebuah peranti pintar keluaran jenama realme. Sesiapa yang rajin mengikuti blog aku pasti akan perasan bahawa banyak juga artikel mengenai realme telah aku tulis sebelum ini. Oh ya, aku juga ada tulis review sebelum ini tentang peranti pintar yang aku sedang gunakan sekarang iaitu realme 5i.


Sebenarnya, peranti realme 6 yang aku nak kongsikan ini bukan milik aku, tetapi milik kakak aku. Sebelum ini kakak aku gunakan peranti Neffos apa ntah, yang spesifikasinya sangat rendah dan bila nak ambil gambar atau hantar mesej tak dapat dilakukan sebab ruangan sudah penuh. Kebetulan, beberapa bulan sebelum iaitu bulan 2 rasanya aku ada beli peranti pintar realme 5i di Shopee. Alhamdulillah setakat ini semuanya masih baik-baik belaka, dan masih kelihatan baru ya!

REALME 6

SPESIFIKASI

⭐ 90Hz Ultra Smooth Display (In-Display Selfie)
⭐ 30W Flash Charge ( Fully Charge in 60 mins)
⭐ 64MP AI Quad Camera (119 degree Wide-angle Lens)
⭐ Side Fingerprint Sendor (0.29s Instant Unlock)
⭐ Helio G90T
⭐ realme UI (Android 10)

Processor : MediaT Helio G90T
Storage & RAM : 6GB / 128GB

Display : 90Hz Ultra Smooth Display
              Resolution : 2400x1080 FHD+
              Corning Gorilla Glass

Charging & Baterry : 30W Flash Charge
USB Type-C port

Camera : Rear Camera
                64MP Ultra high-resolution wide-angle camera
                8MP Ultra wide-angle lens
                B&W Portrait lens
                2MP Macro lens

               In-display Selfie
               16MP Primary Camera

3-Card Slot : 2 Sim Slot + 1 MicroSD Slot
Operating System : realme UI Based on Android 10


Sebenarnya banyak juga peranti pintar yang telah disurvey, tetapi setelah melihat realme 5i yang aku gunakan nampak baik dan berfungsi elok, aku mengesyorkan kakak aku untuk membeli peranti berjenama yang sama. Disebabkan bajetnya agak besar, jadi aku syorkan untuk beli realme 6.

Kalau dilihat dari segi binaan, nampak berkualiti. Bahagian belakang peranti ini kelihatan mewah dan cantik. Tambahan pula kakak aku memang minat pada warna biru.


Di bahagian depan pula, kamera selfienya terletak di sudut tepi sebelah kiri. Berbeza dengan realme 5i yang aku sedang gunakan. Saiznya juga yang besar dan muat pada tangan sangat selesa untuk digunakan.



Menggunakan USB Type-C, salah satu jenis port mengecas yang ramai suka kerana ia pantas dalam mengendalikan pengecasan dan penyaluran maklumat. Tambahan lagi, ia tersedia dengan 30W Flash Charge, memang laju untuk cas peranti ini.

Mengenai jenis USB, aku sebenarnya tak kisah. Selalu juga nampak ramai yang bertelagah tentang ini. Ada yang mengatakan di tahun 2020, sudah tidak perlu gunakan port micro USB. Bagi aku ia mengikut bajet masing-masing. Jika ada bajet lebih, pilih peranti yang mempunyai port USB Type-C.



Mengenai kameranya pula, jujur aku katakan aku lebih suka kamera yang ada di realme 6. Ya lah, sebab dah upgrade berbanding realme 5i. realme 5 dan realme 5 pro pun lebih advance berbanding realme 5i.

Kakak aku memang suka kamera yang tersedia di peranti realme 6 ini. Yalah, senang kakak aku nak abadikan gambar anak sulungnya, Baby Daniel di dalam peranti ini. Kalau peranti sebelum ini, iaitu jenama Neffos, memang tak cukup ruang untuk menyimpan gambar. Dibawah ada beberapa gambar Baby Daniel diambil menggunakan realme 6.





Comot sedikit muka sebab baby Daniel baru sahaja lepas makan petang. Lepas tu, terus nak duduk di pondok depan rumah. Alhamdulillah, baby Daniel baru sahaja lepas pembedahan dan sekarang dalam fasa pemulihan.


BELI DI MANA? MESTILAH BELI DI SHOPEE! BOLEH PERCAYA KE?

Bila beli barang berharga ratus-ratus ringgit di laman beli belah online, pastinya ramai yang akan ragu-ragu dan berfikir beratus-ratus dan mungkin beribu-ribu kali. Tambahan lagi bila barangan yang dibeli adalah gadget atau elektronik. Macam yang aku tulis sebelum ini, aku sebenarnya fikir jugak tentang perkara-perkara ni.

Tapi lepas melihat review-review, ulasan dari orang yang pernah membeli, serta aku mesej terus pada seller tentang hal-hal berkaitan, aku beri kepercayaan, dan alhamdulillah peranti aku sebelum ini realme 5i sampai dengan selamat. Disebabkan kali pertama sampai dengan selamat, aku tak teragak-agak lagi untuk beli pada seller yang sama.



Seller yang aku cakap ini nama kedai di Shopeenya adalah TEC Enterprise. Aku memang percaya dengan seller ni sebab selepas sahaja kita buat pembayaran dan nombor order sudah wujud, terus beberapa minit lepas tu, seller ini hantar mesej chat gambar barang yang telah dibungkus rapi berserta consignment note dengan alamat kita di bungkusan tersebut.


Lepas itu, kita hanya tunggu sahaja barang yang kita beli sampai dirumah. Alhamdulillah, memang cepat sampai. Selain itu, kalau ada apa-apa masalah atau pertanyaan boleh terus tanya di ruangan chat dan pasti seller akan balas dengan pantas. Sebab itu aku percaya dengan seller ni.✌😎


Kalau ada yang berminat nak beli peranti pintar atau melihat barangan lain yang dijual oleh seller ini boleh klik pada link ni👉 https://bit.ly/3czFiAa

Secara keseluruhannya, aku dan kakak aku sangat berpuas hati dengan peranti realme 6. Nampak gayanya dalam keluarga aku dah ada dua orang ang menggunakan peranti berjenama realme. In shaa Allah selepas ini mungkin ayah aku pula bakal menyusul.  Sekian sahaja review kali ini. Bertemu lagi di masa lain ya. 

Sumber : realme website | shopee

SEKIAN

20 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Macam bagus plak yang baru ni kann, ingat nak belikan Mak laaa..
    Moga baby Daniel cepat sihat yaa..

    Sis kalau hanpdhone ni, suka tgk kameranya jee, sebab kita suka amik gambarkan...Realme6 ni nampak bagus, nnati nak survey laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah nnti tgok 😊 ,realme ada mcm2 lagi yg terbaru

      Delete
  2. minggu lps abam kie belikan Vivo V19 kpd isteri di Shopee. Alhamdulillah, sampai dgn selamat...

    ReplyDelete
  3. wow bagusnya berani beli online.. tp sbb trusted seller so ok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. berani sbb dh percaya. lagipun kalau brg smpai x elok boleh report dkt shopee

      Delete
  4. not bad harga dia dengan specs yang advance. kamera memang sharp.

    ReplyDelete
  5. Beraninya beli online. Tapi cun handphone nie! Eyqa pun kalau nak beli handphone, lama gila ambil masa untuk search specifications.

    ReplyDelete
  6. This Realme phone looks good. Harga Dia pun berpatutan. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  7. Kita pernah lah servay kat kedai yang realme ni murah juga dan sangat bagus untuk mereka yang nak ada phone tapi tak nak high spec cukup ada untuk buat ambil gambar dan video realme ni bagus....

    ReplyDelete
  8. realme sekarang tengah trend tau. ramai officemate BBL pakai realme jadi second phone. camera pun boleh tahan cantik.. kalu kaki games lagi suka smooth dorang kata

    ReplyDelete
  9. Menariknya. Gambar dia cantik. Cepat betul keluar model baru. Kena tukar fonla nampak gayanya ni.

    ReplyDelete
  10. Wahhh cantik juga gambar nya.. Kita pun tgh survey phone baru ni.. The best thing dia dual sim sbb za buat bisnes so need 2 num. Boleh la pakai slot in kot2 emergency phone lg 1 bateri habis

    ReplyDelete
  11. Cantek gmbr dia nampak sharp. Suka tengok.. not bad juga phone real me ni kan

    ReplyDelete
  12. Ingt nak cari satu telefon utk ayah yang murah2.. Boleh percaya juga shopee ni ye. .tapi kdg was2 jiga. .Tepon realme memg best. Nanti nak usha

    ReplyDelete
  13. Cantik warnanya. Ena pon suka pakai type C. Memang berbeza. Boleh referla seller ni sebab susah nak beli online kt shopee dgn barang yg tinggi nilainye.

    ReplyDelete
  14. Nice. ish tapi tak tahu kenapa kalau nak beli brg mahal dekat online rasa mcm tak percaya. tapi baca review ni rasa mc why not cuba.

    ReplyDelete
  15. Ni yang nak kena upgrade ni... sekarang ni memang guna Realme juga tapi spec yang rendah la sikit... hehehehe... kamera yang sharp tu mengusik-ngusik hatiku gitchewwww...yelah, dah kojenya sekejap ambik gambar kat sini, sekejap ambik gambar kat sana kannnn... ke sana ke sini, ke sana ke sini gitu...

    ReplyDelete
  16. bagi Iza macam berbaloi beli realme ni. harga dia worth it la dengan apa yang kita boleh dapat dengan phone tu.

    ReplyDelete
  17. Hudbnd pun sekarang pakai realme. Beli dekat shopee juga. Wife ni la yang kena tolong. Hehhehe..
    Erm..
    Tapi siri apa tak tau pula. Yang tau dia pakai jenis fast charging..

    ReplyDelete

Post a comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Previous Post Next Post