Nasi Kandar Marrybrown Kembali Lagi Dengan Kombo Ayam Crispy!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Nasi Kandar Marrybrown  Kembali Lagi Dengan Kombo Ayam Crispy! | Apa khabar buat rakan-rakan dan peminat ayam di serata dunia? Baiklah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda salah satu menu yang aku tertarik untuk share dengan anda iaitu Nasi Kandar Marrybrown.


Dilahirkan dan membesar di negeri-negeri utara Malaysia (Kedah, Penang & Perak) , aku sememangnya sudah didedahkan dengan nasi kandar seawal didalam perut ibu mengandung. Nasi kandar merupakan menu makanan kegemaran keluarga aku. Kebiasaannya bila bersama satu keluarga, kami akan makan di restoran nasi kandar kegemaran, dan makan bersama-sama.

Nasi kandar juga menjadi salah satu menu yang popular di Malaysia, terutamnya bagi mereka yang gemar ke restoran milik India Muslim dan sebagainya. Dengan pilihan nasi, ayam yang pelbagai jenis serta kuah banjir, sememangnya menu ini begitu dekat dengan rakyat Malaysia yang sangat suka makan



Marrybrown kali ini membawakan kembali menu Nasi Kandar Marrybrown dengan dua pilihan kombo. Sebagai peminat tegar menu Nasi Kandar, aku sememangnya sangat teruja untuk mencuba dan memberi pendapat tentang bagaimana rasa dan rupa Nasi Kandar Marrybrown ini.



NASI KANDAR MARRYBROWN


Sedikit info tentang Nasi Kandar Marrybrown ini, ia didatangkan dengan nasi yang dibanjiri dengan kuah kari, dilengkapi dengan telur rebus, bendi, papadom dan segelas Heaven and Earth Teh Ais Limau. 

💰Harga : 

1) Nasi Kandar 2-pcs 🐔Chicken Combo: Harga dari RM 16.20
2) Nasi Kandar 1-pcs 🐔Chicken Combo: Harga dari RM 12.70



Dengan harga yang berpatutan,  Nasi Kandar Marrybrown sememangnya bakal menjadi menu kegemaran aku selepas ini. Saiz makanan yang bagi aku cukup mengenyangkan.


Satu set kombo ini sudah cukup untuk membuatkan aku kenyang satu hari. Nasi yang disediakan  juga dalam kuantiti yang banyak. Ditambah pula dengan bendi, telur rebus dan papadom, terus teringat pengalaman makan nasi kandar bersama keluarga ketika aku masih kecil. Selain itu, ayam crispy yang bersaiz besar sememangnya satu nikmat yang sangat indah!


Dengan itu, aku menjemput anda semua, ya, anda yang sedang membaca entri ini sambil terliur, untuk terus ke cawangan Marrybrown yang berhampiran dan mencuba Nasi Kandar Marrybrown sekarang juga! 

TONTON VIDEO INI




#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #NasiKandarMB #MacamNiBaruPuas #KiniKembaliLagi


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila lawati: 

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my

SEKIAN

14 comments:

  1. selalu makan bubur nasi MB.. nasi2 belum pernah cuba.
    lagipun MB jauh dari rumah kadang2 je makan.. xpe ada chance kita cuba =)

    ReplyDelete
  2. Tu dia.. ayam dua ketoi. Memang dia bagi dua ketoi lagu tu ka?

    ReplyDelete
  3. Akak salute la ngan Marrybrown ni. Dia punya promosi bukan kaleng kaleng ya. Semua luar kotak kebiasaan set makanan fast food. Ni nasi kandar plak. Pekerja Marrybrown mesti dah hebat bab gaya promosi MB. Nanti akak nak cuba kat MM. Hehe

    ReplyDelete
  4. Nampak kegaringan ayam di situ. Bagus marrybrown promosikan makanan kita ni fast food

    ReplyDelete
  5. Nampak portion besar kenyang makan nasi kandar sampai tersandar 😂 pekena pulak aym crispy MB memang heaven lahh

    ReplyDelete
  6. Ramai bloggers kata ni sedap nanti bila free nak cuba juga la set MB ni...

    ReplyDelete
  7. Sedap ye? Next time kena ajak saya la makan sekali ye. Dah la nampak cam besar je portion dia, mesti kekenyangan kan.

    ReplyDelete
  8. Semua kata sedap, nak kena cuba laaa ni ek.. tapi menu gini Sis suka makan di kedai macamtu dari bungkus.. sebab dapat ayam pepanas gitu kannn

    ReplyDelete
  9. wow... Marrybrown sajikan Nasi Kandar. Mesti peminat nasi kandar takkn lepaskan peluang ni

    ReplyDelete
  10. lepas ni datang MB pekena nasi kandaq.. nampak sedap je ayam goreng tu. selalu jugak tapau nasi lemak MB tu

    ReplyDelete
  11. Kak blm pernah lg masuk marrybrown sbb kat rumag mmg xde jd kena carilah npknya klu nk mkn nasi kandar marrybrown ni

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap dan menyelerakan. Kalau cuba sekali mesti nak repeat lagi

    ReplyDelete
  13. Looks so good. We have MarryBrown here, dunno if they have this or not. Must go and check it out. Thanks for sharing!!!

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.