Vivo Malaysia Perkenalkan Peranti X Series Terbaru - X50 & X50 Pro

Assalamualaikum dan salam sejahtera


VIVO MALAYSIA PERKENALKAN PERANTI X SERIES TERBARU - X50 & X50 PRO | Baru-baru ini aku berpeluang untuk turut serta dalam majlis pelancaran peranti pintar terbaru keluaran jenama Vivo iaitu Vivo X50 dan X50 Pro.

VIVO MALAYSIA PERKENALKAN PERANTI X SERIES TERBARU - X50 & X50 PRO

Di tahun 2020 ini, banyak jenama peranti mengeluarkan peranti terbaru, mengikut perkembangan teknologi dunia. Walaupun tahun 2020 mempunyai banyak cabaran terutamanya pandemik Covid-19, tapi ia tidak mematahkan semangat jenama-jenama peranti pintar untuk terus mengeluarkan model-model terbaru.

Jenama Vivo melancarkan dua peranti terbaru dalam keluarga X Series iaitu X50 dan X50 Pro dalam satu majlis pelancaran yang diadakan begitu meriah tetapi masih menjaga penjarakkan sosial dan sebagainya.

X50 & X50 PRO


Apa yang menarik dalam model peranti terbaru ini adalah beberapa ciri menarik yang tidak terdapat dalam mana-mana peranti lain. Antaranya adalah teknologi gimbal, night mode, zoom feature dan portrait technologies.

Kamera di dalam peranti X50 Pro tersedia dengan salah satu ciri terbaru iaitu Gimbal Camera System yang memberikan pengguna peranti tersebut kestabilan dalam mengambil video mahupun gambar. Gambar yang diambil pada waktu malam juga dapat dipertingkatkan kualitinya melalui sistem ini.


Penghasilan imej yang jelas, terang dan stabil merupakan hasil daripada teknolgi gimbal yang tersedia, memberikan sudut pusingan dan anti-goyang yang berbeza berbanding teknologi yang sedia ada.


Peranti X50 Pro mempunyai tetapan kamera yang menarik iaitu 32MP untuk kamera hadapan, dan empat kamera di bahagian belakang. Empat kamera tersebut ialah 48MP kamera utama, 8MP Super Wide-Angle, 13MP Professional Portrait dan 8MP 5x Telescopic. Lebih menarik adalah lens untuk kamera Telescopic ini menyokong sehingga 60x Hyper zoom!

Untuk gambar yang diambil pada waktu malam, X50 and X50 Pro menawarkan mode Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode.  Gambar yang diambil lebih jelas dan terang serta menarik.


Peranti X50 dan X50 Pro ini menyokong 5G Connectivity dengan kelajuan terpantas! Pastinya anda yang menyukai kelajuan internet yang pantas dan sebagainya akan tertarik dengan peranti pintar ini. Ia juga dijana dengan cip pemprosessan Qualcomm Snapdragon 765G.

Siri X50 dibila dengan skrin yang fleksible, lebih ringan dan tahan lama. Untuk model X50, ia didatangkan dengan pilihan warna Frost Blue dan Glaze Black, manakala model X50 Pro didatangkan dengan warna Alpha Grey.

Harga yang ditawarkan untuk kedua-dua model ini belum diberitahu, dan semuanya akan diumumkan pada pelancaran rasminya bertarikh 21 Julai 2020 dan akan bersiaran melalui Facebook Live Stream di Vivo Malaysia's Official.

GAMBAR DIAMBIL MENGGUNAKAN X50 PRO




VIVO TWS Earphone Neo


Vivo juga memperkenalkan satu aksesori terbaru iaitu TWS Earphone Neo . TWS Earphone Neo didatangkan dengan 14.2mm Moving-Coil Unit. Dikuasakan dengan Quallcomm's 4th-Generation TWS Platform, the QCC3046, teknologi Bluetooth 5.2 dengan jarak maksimum 10meter.TWS Earphone Neo ini menawarkan pengalaman mendengar muzik yang terbaik, stabil dan pantas.  

Harga yang ditawarkan untuk TWS Eaprohone Neo ini adalah pada harga RM359 dan pengguna mempunyai dua pilihan warna iairu Starry Blue dan Moonlight White.

TONTON VIDEO SEKITAR MAJLIS PELANCARAN EKSKLUSIF MEDIA


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman facebook vivo dan juga laman web rasmi vivo.

Laman Web :  https://www.vivo.com/my/

SEKIAN

3 comments:

  1. Tak pernah guna vivo. Tapi Vivo ni yang akak suka dia punya kaler kat belakaang tu. Lawa2 semuanya..

    ReplyDelete
  2. dahsyat betul vivo ni...

    baru sempat blogwalking. thanks ya join segmen mia. senarai peserta ada di sini https://www.mialiana.com/2020/07/senarai-url-blog-37.html

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.