Marrybrown Lancarkan Menu Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals !

Assalamualaikum dan salam sejahtera


MARRYBROWN LANCARKAN MENU SENSASI OHSEM SMOKEY (S.O.S) BBQ MEALS | Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Aku tahu bahawa semua orang suka fast food. Ya, walaupun ada yang diet dan sebagainya, tapi makanan fast food adalah pilihan untuk dapatkan makanan dengan pantas dan mengenyangkan!

Kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua satu menu terbaru dan istimewa daripada Marrybrown!

SENSASI OHSEM SMOKEY (S.O.S) BBQ MEALS

"Sepanjang tempoh penghasilan menu ini, kami perlu memastikan bahawa sos yang disediakan menepati citarasa tempatan dengan kesempurnaan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur yang sesuai tanpa menjejaskan rasa hidangan keseluruhan atau meninggalkan rasa yang terlalu kuat,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

“Kami mengalukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba charcoal bun kami yang berasaskan sos BBQ dan rempah dalam ramuannya kelazatannya. Penggemar juga boleh menikmati kemanisan dan keunikan rasa drumettes kami.”

TIGA SET MENU :-

S.O.S BBQ Burger Combo
( dihidangkan bersama Potato Wedges & Onions Rings )

S.O.S BBQ Drumette Combo
( dihidangkan bersama Potato Wedges & Onions Rings )

S.O.S BBQ BOX
( pilihan terbaik kerana dihidangkan bersama S.O.S BBQ Burger & S.O.S BBQ Drumette , MB Crispy Chicken, Potato Wedges )

Okay, takkan itu sahaja kan? Pengalaman aku mencuba buat kali pertama menu ini juga aku nak kongsikan.

REVIEW SENSASI OHSEM SMOKEY


SOS BBQ TERBAIK - Okay aku sebenarnya jarang nak suka sos BBQ yang sedap sebab selama ini aku hanya suka sos daripada satu jenama lain yang agak terkenal. Tapi sos BBQ Marrybrown kali ini bagi aku sos yang menarik. Cukup rasa, ada rasa pedas, rasa manis dan sebagainya. Kalau ada dijual sos ini diluar mesti aku dah beli sebab sedap untuk dicicah dengan makanan lain.

DRUMETTE - Siapa yang tak suka bahagian drumette? Sila angkata tangan dan tahniah sebab anda seorang yang pelik. Bagi aku drumette iaitu bahagian kepak yang mempunyai banyak isi adalah bahagian yang sedap untuk ayam. Ditambah pula dengan salutan sos BBQ memang sangat sedap dan terangkat untuk menu ni! Terbaik!

BURGER - Of course bila ada sos BBQ dalam burger ni, menjadikan menu burger ni lagi menarik dan da bomb! Sebenarnya ini kali pertama aku makan burger charcoal ni. Mula-mula memang rasa pelik, tapi lama kelamaan rasa mula sebati dan aku setuju burger charcoal memang sedap.

JOM KE MARRYBROWN BERHAMPIRAN! 



Dengan itu, untuk sesiapa nak cuba SENSASI OHSEM SMOKEY (S.O.S) BBQ MEALS bolehlah ke Marrybrown berhampiran. Hidangan lazat ini akan mula dijual bermula 21 OGOS sehingga 5 OKTOBER ini sahaja!

Untuk harga pulak, jangan risau sebab harga memang berpatutan! Harga bermula dari RM16.90 dan yang lagi seronok, setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola.

Marrybrown kini mempunyai jutaan penggemar melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia 
Instagram: Marrybrownmy 
Youtube: MarrybrownTV 


8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wah sedap menu terbaru ni, harga pun berpatutan :)

    ReplyDelete
  2. aduh sedap pulak tgk. ade yg delivery hari ni

    ReplyDelete
  3. sedapnya..marrybrown tak pernah mengecewakan..

    ReplyDelete
  4. menu nampak sedapp, baju model pun sangat ohsem

    ReplyDelete
  5. Nice Info
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap.
    Selalu makan MB bila di klia2 je.

    ReplyDelete
  7. Salam, blogwalking here, done follow blog ini. Marrybrown punya menu mmg best. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post