Cara Pemakaian Sunblock/Sunscreen Untuk Lindungi Kulit Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Cara Pemakaian Sunblock/Sunscreen Untuk Lindungi Kulit Anda | Jujur aku nak bagitau yang aku hanya menggunakan sunscreen atau sunblock hanya bermula tahun lepas. Tahun-tahun sebelum itu aku memang langsung tak gunakan sebarang produk untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari.

Sebelum ini, aku memang ambil mudah tentang penjagaan kulit muka, badan dan sebagainya. Untuk muka aku hanya mencuci menggunakan pencuci muka dan seterusnya biarkan sahaja. Tapi aku mula menjaga selepas muka aku makin teruk. Bukanlah teruk sangat, tapi lepas aku melihat dan membaca tentnag kulit wajah, aku pun mula sedar betapa pentingnya menjaga kulit muka. 

Jadi disebabkan itu aku nak kongsikan dengan anda, mungkin ada yang lebih bijak pandai dan expert dalam bab ni, tapi aku sekadar nak berkongsi juga sebagai satu peringatan untuk diri sendiri. Selamat membaca ✌😎

Cara Pemakaian Sunblock Terbaik

Menurut salah seorang Ahli Pakar Kulit, Dr. Amy Kassouf, penggunaan sunblock adalah satu kaedah perlindungan terbaik untuk melindungi kulit daripada kesan sinaran ultraungu (UV) matahari.

Menurut Dr. Amy, untuk cara pakai sunblock yang terbaik, sekiranya kita memakai pakaian mandi ketika ke pantai, kita seharusnya perlu menggunakan sekurang-kurangnya 30ml sunblock dalam satu-satu masa. Pastikan kita kembali menggunakannya dalam setiap 2 atau 3 jam. Kita juga perlu untuk lebih kerap memakainya jika berpeluh.

Selepas mandi atau berenang di pantai, kita masih juga disarankan untuk memakai sunblock bagi melindungi kulit daripada kesan sinar UV matahari. Pelindung matahari spektrum luas adalah yang terbaik kerana ia  melindungi tubuh badan kita daripada sinar UVA dan UVB.

UVA dan UVB adalah dua jenis sinar matahari yang menyebabkan kerosakan pada badan. Sinar UVA dan UVB menyebabkan beberapa perkara berkenaan keadaan kesihatan yang berlaku seperti penuaan kulit pramatang, kerosakan mata – termasuk katarak – dan kanser kulit. Selain itu juga, sinar UVA dan UVB turut menekan sistem imun tubuh daripada berfungsi dengan baik.

Menurut Dr. Amy, adalah sangat penting untuk individu menggunakan sunblock yang betul iaitu pelindung matahari dengan spektrum yang luas. Ini kerana, sunblock jenis ini boleh melindungi kulit kita daripada kedua-dua sinar UVA dan UVB. Bagi penentuan kadar SPF, gunakan losyen pelindung matahari dengan nilai SPF sekurang-kurangnya 30.

  • Menggunakan sekurang-kurangnya 30ml sunblock dalam satu-satu masa sekiranya memakan pakaian mandi ketika ke pantai.
  • Kembali menggunakan sunblock setiap 2 atau tiga jam & perlu lebih kerap pakai jika berpeluh.
  • Disarankan memakai sunblock selepas mandi atau berenang di pantai.

Jadi inilah sedikit sebanyak perkongsian hari ni. Untuk memilih mana produk sunblock yang sesuai dan sebagainya , anda bolehlah cari atau bertemu dengan pakar kulit. Kebiasaannya sunblock atau sunscreen ini berbeza mengikut jenis kulit. 

SEKIAN

Sumber : HelloDoktor

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.