Aseania Beach Resort - Resort Terbaik di Pulau Besar, Mersing, Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Aseania Beach Resort - Resort Terbaik di Pulau Besar, Mersing, Johor  | Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua resort terbaik yang ada di Pulau Besar, Mersing, Johor. Kalau anda ada baca dalam artikel sebelum ini, iaitu artikel Travelogue 5 Hari 4 Malam di Johor Darul Takzim, aku ada ceritakan sedikit atau sepintas lalu mengenai resort yang aku bakal kongsikan ini. In shaa Allah dalam artikel kali ini, anda akan melihat beberapa gambar yang menarik dan cantik, gambar makanan dan juga gambar resort tersebut. ✌😎

ASEANIA BEACH RESORT - RESORT TERBAIK DI PULAU BESAR, MERSING, JOHOR


Pulau Besar, dikenali juga dengan nama Pulau Babi Besar merupakan sebuah pulau di Laut Cina Selatan. Merupakan sebahagian daripada kepulauan Mersing seperti Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Hujung, Pulau Tinggi dan sebagainya, pulau ini mempunyai pantai yang bersih dan putih.

Sebelum memulakan cerita lebih lanjut, aku nak berterima kasih kepada Gaya Travel Magazine dan Tourism Johor untuk peluang menjejakkan kaki ke pulau ini. Oh, kepada anda yang belum tahu, trip ke sini adalah sebahagian daripada program Majestic Johor yang diadakan pada awal bulan September.




Tiba sahaja di Pulau Besar ini, aku begitu teruja. Pertama pastinya melihat kejernihan dan kecantikan air lautnya. Begitu biru ya! Berbeza dengan air laut yang pernah aku lihat sebelum ini di sekitar perairan Selat Melaka. (Aku memang kurang pengalaman bercuti di tempat-tempat cantik).

Keduanya adalah melihat betapa cantiknya pantai dan persekitaran, termasuklah langit yang begitu indah, bagaikan menghargai kedatangan kami ke pulau ini. Sebenarnya ada beberapa lagi resort disini, tetapi yang utama dan paling terbaik adalah Aseania Beach Resort.

ASEANIA BEACH RESORT


Aku cukup suka dengan konsep resort ini, di mana setiap bilik adalah dibina terasing dan dengan reka bentuk ala-ala kampung. Kawasan persekitan juga sangat bersih serta sangat tersusun rapi. Ada beberapa pilihan kalau anda nak datang disini, ada yang berdekatan dengan pantai, ada yang agak ke dalam dan sebagainya.




KEADAAN BILIK RESORT

Seperti biasa dalam artikel review hotel atau review resort sebelum ini, kali ini aku nak tunjukkan pada anda gambar di dalam bilik, kemudahan yang disediakan serta rupa bahagian dalamnya.


Setiap bilik adalah jenis twin sharing, tapi ada juga bilik yang triple sharing tapi aku tak tahu bilik yang mana. Bilik yang aku tinggal untuk malam tersebut adalah jenis twin sharing. Katil yang sangat besar dan luas ya! Memang sangat selesa. Selain itu, daripada gambar yang sama jugak anda boleh lihat kedudukan pendingin hawa yang betul-betul dibahagian kepala. Memang sangat sejuk dan berfungsi dengan baik.



Bagi aku bilik yang diberi dan disediakan ini sangagt lengkap. Semua yang anda perlukan ada, dan sekiranya ada yang tak cukup, anda boleh terus minta pada bahagian reception resort. Aku rasa bilik sebegini boleh memuatkan keluarga yang ramai contohnya 4 orang dan sebagainya. Konsep bilik sebegini sangat menarik, tambahan pula ada bahagian berandah di hadapan bilik. Sesuai untuk berehat-rehat dan lepak.


SESI BERGAMBAR

Sesi bergambar pastinya sesi paling ditunggu-tunggu. Bila dah sampai ke pulau yang cantik, laut yang membiru dan jernih serta persekitaran yang indah, bergambar adalah satu kewajipan! Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan tanpa melengahkan masa mencari port-port yang cantik untuk diambil gambar sebagai kenangan dan juga mencari gambar yang sesuai untuk diupload di instagram untuk membuatkan rakan-rakan lain cemburu. Jadi, dibawah adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil.✌😎





Bila tiba di pulau sebegini, ditambah lagi dengan jumlah pengunjung yang agak kurang, sememangnya nak bergambar sangat mudah tanpa sebarang gangguan. Selain itu, laut yang cantik, cahaya matahari yang menuju waktu terbenam memang sangat indah. Satu pengalaman yang aku rasa sangat berharga. Okay bila semua dah berpuas hati dengan gambar masing-masing, apa lagi, kami semua terus masuk ke laut mandi-manda!


SESI MAKAN MALAM


Selepas selesai membersihkan diri dan sebagainya, tibalah masa untuk makan malam. Pada sebelah malamnya kami semua makan malam dengan menu barbeku. Makan pula di restoran yang betul-betul terletak di tepi pantai, memang begitu santai dan tenang, bilamana sambil makan, sambil ditampar angin sepoi-sepoi bahasa.

Pilihan makanan juga sangat banyak dan begitu menyelerakan. Menu pertama yang aku nampak dan aku ambil berulang kali adalah sate ayam dan sate daging! Memang kegemaran aku, terutamanya bila balik ke kampung di Kedah, memang aku akan makan bersama keluarga kerana harga yang murah. 😝


Malam tu memang aku sangat kenyang dengan sate dan juga menu-menu lain. Mungkin sebab lapar sangat selepas mandi-manda. Sehingga artikel ini ditulis aku masih lagi terbayang denagn menu-menu pada malam tu yang cukup menyelerakan.

SESI SARAPAN PAGI



Untuk sarapan pagi pula, menu yang disediakan adalah seperti menu biasa, nasi lemak dan beberapa menu lain. Walaupun sebenarnya aku masih kekenyangan dengan makanan barbeku malam sebelumnya, aku tak dapat nak lepaskan bersarapan. Memang sedap dan menyelerakan!

SESI MAKAN TENGAHHARI


Sebelum bergerak ke lokasi berikutnya, kami semua makan tengah hari di Aseania Beach Resort ini. Selepas mencuba untuk ketiga-tiga sesi makan, aku dapat simpulkan bahawa makanan di sini sanagt sedap dan terbaik! Anda tak perlu risau bila datang dan menginap disini tentang makanannya. Anda pasti kenyang dan puas hati. 

Untuk makanan tengah hari disini aku cukup puas dan sangat kenyang. Rasa macam boleh nak tambah beberapa kali lagi haha.😜

HARGA & JENIS PENGINAPAN


Okay, untuk harga dan tawaran yang disediakan di Aseania Beach Resort ini, anda boleh lihat di dalam gamabr yang disediakan diatas. Harga yang sangat berpatutan dengan pengalaman yang bakal anda rasai bersama mereka yang tersayang!

Kesimpulannya, jika anda datang ke Pulau Besar, anda perlu untuk menginap di Aseania Beach Resort kerana resort ini begitu lengkap dengan kemudahan, makanan yang sedap serta pantai dan laut yang sangat indah!

Lokasi : Lot 33,34 & 35, Pulau Babi Besar, 86800 Mersing, Johor


SEKIAN

#GayaTravel #visitJohor2020 #majesticjohor #tourismjohor

Program Majestic Johor yang berlangsung dari 1 September 2020 - 5 September 2020 ini dibawakan oleh Tourism Johor dan Gaya Travel Magazine.

26 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. cantik nya..tapi jauh sangat la pulak..

    ReplyDelete
  2. Wahh lawa-lawa belaka gambarnya! Ruginya tak dapat join trip ni kelmarin! Lama sangat tak pergi ke Pulau Mersing. Dari artikel Aerill ni nampak macam makin best je! Kena letak dalam bucket list balik lah macam ni!

    ReplyDelete
  3. Eloknya gambar beliau. Pergi holiday tak ajak I. Mudahan keadaan semakin elok, maka senang nak travel kan. Boleh enjoy vacation kan

    ReplyDelete
  4. rindunya pada laut. rindu nak travel. cantik gak resort ni. after covid cool down definitely nak bercuti kat sini.thanks sharing

    ReplyDelete
  5. perghhhh bergambar ala model lah aerill hahaha not bad lah harga sea view dia, bilik pun nampak lengkap dan selesa dengan semua kemudahan.

    ReplyDelete
  6. wah cantik giler pulau dia. resort nampak selesa dan menu pun menarik. hopefully boleh sampai sini :)

    ReplyDelete
  7. cantiknya resort ni. rindu pulak nak pergi mersing. tempat iza belajar time sekolah menengah dulu.

    ReplyDelete
  8. Bersih dan asri yah disana. Mana tempatnya sangat instagramable, buat yang suka foto - foto sih wajib datang kesana. Keren nih jadi pengen liburan juga :D

    ReplyDelete
  9. ahahahah~ banyak nya sesi ngko dik.. tapi serius cantik sangat pulau besar ni.. akak ada survey2 gak dan dorang kids friendly kan.. nanti lah, cari masa yang sesuai nak singgah bawa anak2 explore..

    ReplyDelete
  10. Allahu... Cantiknya view! Surprise tengok harga, ingatkan mahal sangat rupanya mampu bayau! Nak ajak family holiday tenang-tenang kat sini laaaa
    Thanks sharing

    ReplyDelete
  11. Haaa inilah antara sa;ah satu Pulau yang Sis dan family cancel nak pi bercuti sebab PKP awal dulu.. nasib baik dapat refund.. next nak pergi juga nanti.. gilerr cantik viewwnya kannn... jeles Sis!

    ReplyDelete
  12. Wah. Nice review dan cantik Aseania beach resort ni. Tak sangka memang ada nama pulau BXbi eh. Nasib baik kita tak promote nama tu hehe.. anyway. best sangat nampak review ni. Harap dapat sampai sini one day

    ReplyDelete
  13. I heard about this Aseania Beach Resort before, itu lah tak kesampaian lagi ke Pulau Besar, Mersing, Johor.

    ReplyDelete
  14. Wahhh this definitely will be on my list! Dah dua kali ke Tioman this year, next nak singgah Pulau Ni la.... Hotel pun nampak selesa dan harga berpatutan.. Thanks for sharing this!

    ReplyDelete
  15. Teruja saja madam bila viu semua foto yang dikongsi. Tak pernah lagi stay/vacation di mana2 kepulauan.Asyik tengok dan baca reviu rakan blogger je selama ni. Doakan ya kita jejak Mersing satu hari nanti. PS. Terliur sate plak.

    ReplyDelete
  16. Wow the beach is so beautiful and the scenery is breathtaking. Would love to visit this island one day. Will definitely check this resort out. :)

    ReplyDelete
  17. its a nice vacation at Aseania Beach Resort Johor. I wish to go for a beach vacation too but now I am trying to stay home first. See how later la

    ReplyDelete
  18. Kak dah lama xjln2 ke johor, next time blhlah sggh ke sini. Makan angin, tgk view dia pun cantik

    ReplyDelete
  19. Cantiknyaaa permandangan. Bestnya dpt lihat keindahan alam. Bila nak ke Mersing. Nak cari tempat ni. Best best.

    ReplyDelete
  20. Belum sempat ke mersing lagi tapi mmg selalu baca review best2 je.. Kena pegi la nnt lpas covid reda.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post