Makan di Restoran D'Istana Baloh Jembal, Kota Bharu, Kelantan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Makan di Restoran D'Istana Baloh Jembal, Kota Bharu Kelantan | Apa khabar buat semua rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku diberi kesempatan untuk kongsikan dengan anda satu lokasi menarik untuk anda makan bersama keluarga. Kenapa menarik? Kalau nak tahu anda kenalah baca sehingga ke penghujung artikel ya! ✌😎

MAKAN DI RESTORAN D'ISTANA BALOH JEMBAL, KOTA BHARU, KELANTAN


Sebelum ini aku ada ceritakan bahawa aku ada melawat negeri Kelantan di artikel Jom Jelajah Negeri Kelantan dengan Pakej Kelantan Sightseeing Tour. Buat masa sekarang aku masih lagi menulis travelogeu sepanjang perjalanan aku ke negeri Kelantan, tapi artikel tersebut sangat panjang dan masih banyak lagi belum ditulis. 😅 In shaa Allah dah siap artikel tu nanti aku kongsi dengan anda.

Berbalik kepada cerita asal, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah di sebuah restoran. Sebuah restoran yang unik dan menawarkan makanan yang sedap-sedap belaka! Sepanjang perjalanan pulang ke ibu negara, aku memang sangat kenyang dan sehingga sekarang masih teringat menu-menu yang ada di restoran D'Istana Baloh Jembal.



Sebelum menceritakan tentang makanan, aku nak kongsi dulu gambar sekitar restoran ini. Kalau anda perasan, restoran ini membawakan konsep Istana Melayu Tradisional

Menurut MawardiyunusBaloh Jembal bermaksud rumah kecil, atau tempat simpanan padi bagi rakyat zaman dahulu kala dan ini menjadi simbol atas kegigihan dalam bekerja dengan penuh perancangan. Jembal pula bermaksud keturunan diraja di Kelantan yang memberi simbol pemimpin yang menjaga budi pekerti, adat budaya dan berusaha dalam mendidik rakyat sebaiknya.


Terdapat pelbagai ruangan yang tersedia untuk para pengunjung menikmati hidangan di sini. Ada ruangan yang terbuka, ada ruangan di dalam rumah, ada ruangan untuk bersila dan sebagainya. Pilihan yang pelbagai memberikan pengunjung untuk merasai pengalaman makan secara tradisional dan sebagainya.




SET HIDANGAN MAKAN

Tibalah masa yang dinantikan iaitu bercerita tentang makanan. Okay, makanan yang dihidangkan direstoran ini mengambil konsep melayu lama. Sebagai contoh, hidangan yang ada adalah seperti hidangan di kampung pada zaman dahulu kala dan juga pinggan mangkuk yang digunakan adalah seperti yang digunakan oleh datuk nenek kita di kampung. Sangat klasik ya!


Set hidangan utama di D'istana Baloh Jembal adalah set Nasi Ulam Budu. Hidangan set ini adalah untuk 4 hingga 6 orang makan.

Di dalam set ini terdapat, nasi putih, patik tempoyak, ikan keli goreng, ayam goreng, sayur lemak, singgang ikan tongkol, sambal belacan, ulam + budu + ikan bakar tawar, buah-buahan dan air jug (sirap, teh o ais).

Harga bagi set ini adalah sangat berpatutan iaitu pada harga RM57 sahaja! Harga yang sangat murah dan berpatutan dengan set ini. Kalau di Kuala Lumpur, set sebegini harganya mungkin dua kali lebih mahal! 

Untuk memberikan anda rasa cemburu, aku akan kongsikan beberapa gambar yang diambil oleh Mawardiyunus ketika kami sedang menikmati set hidangan yang sangat sedap ini!





Selain set Nasi Ulam Budu, anda juga boleh memesan hidangan lain. Antara menu yang anda boleh pesan secara ala carte adalah seperti Asam Pedas Keladi, Acar Pisang dan Jeruk Maman.

Oh ada lagi! Di restoran D'Istana Baloh Jembal juga mempunyai hidangan masakan panas dan juga Western. Untuk pengetahuan anda, hidangan masakan panas dan western ini hanya tersedia selepas waktu Asar. Dibawah aku kongsikan senarainya beserta dengan harga :-

MASAKAN PANAS
👉Nasi Ayam Penyet : RM 10
👉Nasi Keli Penyet : RM 10
👉Pelbagai Nasi Goreng : RM 7
👉Pelbagai Kuay Teow/Mee/Bihun : RM8

WESTERN
👉Chicken Chop : RM 10
👉Lamb Chop : RM 17
👉Spaghetti Bolognaise : RM 10
👉Spaghetti Carbonara : RM 10
👉Spaghetti Aglio Olio : RM 10
👉Nugget : RM 4
👉Sosej : RM 4
👉French Fries : RM 4


Secara keseluruhannya, pengalaman makan di restoran D'Istana Baloh Jembal merupakan pengalaman yang sangat seronok. Mengimbau balik kenangan ketika zaman kecil bersama datuk dan nenek. Sekiranya anda ingin merasa pengalaman makan seperti ini, anda bolehlah datang ke restoran D'Istana Baloh Jembal, Kota Bharu, Kelantan.

LOKASI
D ‘ Istana Baloh Jembal
Lorong Sri Madani, 15200 Kota Bharu, Kelantan

WAKTU OPERASI
Sabtu - Khamis : 12 tengahari sehingga 11 malam.
Jumaat :  3 petang sehingga 11 malam.



SEKIAN

19 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. one of the recommended place untuk di kunjungi kalau sampai di Kota Bharu. sambil makan sambil bergambar cantik2.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ayam goreng kat sini haha teringat2 rasanya dah la semua masakan dia sedap

    ReplyDelete
  3. The restaurant feels so nostalgic, price looks fair too.
    Worth trying it out if I visit Kota Bharu =)

    ReplyDelete
  4. terasa macam balik kampung la pulak pemandangan dia tu. cantik sangat!

    ReplyDelete
  5. ok dah save link nak masuk dalam senarai untik next trip jjcm ke pantai timur ....ni paling best makan sambil pakai baju kurung biar ikut tema gituuuu baru letopss gambar

    ReplyDelete
  6. Terbaik review ini bro dan melihat kepada suasana tempat dan harga ia berpatutan jika satu famili. staysafe bro..

    ReplyDelete
  7. Love the home cook at Restoran D'Istana Baloh Jembal, Kota Bharu, Kelantan. The food look really delicious and so cheap!

    ReplyDelete
  8. Wpun sisyat orang kelantan, tak pernah sampai lagi ni kat baloh jembal 😅

    ReplyDelete
  9. Selama duduk di Kota Bharu dulu, tak pernah tau pun tempat ni. Nampak menarik dari segi hiasan dalaman dan menu -- asli dan tradisional.

    ReplyDelete
  10. Menarik, nanti pergi Kelantan bolehlah singgah sini, menu masakan kelantan fav kite juga ni bolehlah try

    ReplyDelete
  11. Terima kaaih sebab datang restoran kakak ipar sy. Mmg sedap masakan along esp gulai tempoyak

    ReplyDelete
  12. Bestnya tempat makan ni.. Suka konsepnya dan designnya.. Instaworthy spot ni... Set makanan pun nampak tempting and takde la mahal sangat ikut senarai harga ni... Okay nak mark dalam Google Map dulu.

    ReplyDelete
  13. Tq sebab singgah makan kat sini. Kedai kakak ipar sy. Mmg dia terror masak hehe

    ReplyDelete
  14. home cook is love. how i wish the place is nearer. If i visit Kelantan, i will pay a vist there

    ReplyDelete
  15. Sangat sangat suka dengan gambar semua di atas, cantikkkk...
    Btw rumah tu kan nampak usang, tapi kukuh yaaa... adeiii menu pun menyelerakan,s elera kampung betul...

    ReplyDelete
  16. Cantik tempat ni. Menu pun nampak menarik dan harga berpatutan. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  17. Classic betul restoran ni, macam macam masakan kampung kelantan, semua lauk sedap.

    ReplyDelete
  18. Set hidangan memang klasik tapi makanan kampung ni sedaaappp... hehehe...yang janrang dapat makanan dan suasana macam ni, nanti mesti rindu nak datang lagi...

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post