(PART 3) Kelantan Travelogue Bahagian Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku akan berkongsi dengan anda bahagian terakhir dalam siri Kelantan Travelogue. Selama 3 Hari dan 2 Malam kami berada di negeri Kelantan dan dalam siri terakhir ini aku akan ceritakan beberapa tempat menarik yang dilawati juga pandangan aku terhadap trip kali ini. Selamat membaca ya!

 MAKAN NASI ARAB 


Setelah merehatkan diri di hotel, membersihkan diri dan juga mengumpul tenaga yang telah hilang akibat perjalanan Kelantan Sightseeing Tour yang begitu memenatkan tapi sangat menarik, kami pun makan malam disebuah restoran nasi arab terletak berdekatan sahaja dengan Jewels Hotel. Hanya berjalan kaki sahaja, tak sampai 5 minit sahaja dah sampai. Bila makan nasi arab, memang aku akan kekenyangan. Yalah, nasinya memang buat kita cepat rasa kenyang, ditambah dengan ayamnya, fuhh memang full perut ni!

 ASLAH BOUTIQUE HOTEL 


Diperjalanan balik, kami sempat singgah melihat sebuah lagi hotel yng terletak berdekatan sahaja dengan restoran nasi arab ini iaitu Aslah Boutique Hotel.


Jika anda datang ke Kota Bharu dan ingin menginap di hotel berbajet rendah, bolehlah menginap di hotel ini. Dekat juga dengan tempat tarikan menarik disekitar bandar ini.

 PULANG KE HOTEL 



Setelah pulang ke hotel, pasar malam atau uptown dihadapan Jewels Hotel baru sahaja dibuka. Nak pergi beli makanan macam lpar lagi, jadi aku naik atas ke bilik dulu, lepas dah memerut dan sebagainya, barulah aku turun bersama yang lain melihat dan membeli makanan ringan.

Disebabkan sudah malam terakhir, jadi aku pun belilah beberapa makanan yang aku rasa nak cuba, contohnya macam ayam gunting, teh ais madu dan sebagainya. Bila dah mengantuk, kami pun naik atas dan berehat untuk hari esok pula.


 PASAR SITI KHADIJAH 


Keesokan harinya, iaitu hari terakhir, awal pagi selepas bersarapan di hotel, kami terus berjalan kaki ke satu lokasi yang sangat popular di negeri Kelantan ini iaitu Pasar sSiti Khadijah! Dari dulu lagi sebenarnya bila aku impikan nak datang ke negeri Kelantan, aku bercadang antara tempat yang aku akan singgah adalah Pasar Siti Khadijah ini.


Teruja dan gembira sebenarnya bila dapat jejakkan kaki disini, melihat begitu ramai rakyat Kelantan berniaga dan juga membeli barang-barang dipasar sini.  Sempat jugalah aku bersarapan kali kedua disini bila melihat ramai yang menjual makanan sedap-sedap ditingkat atas. 



 DATARAN REHAL 


Sementara matahari belum tegak di atas kepala, kami terus ke Dataran Rehal iaitu antara lokasi ikonik untuk mereka yang datang ke negeri Kelantan ini. Setelah bergambar dan sebagainya, matahari pun dah terpacak atas kepala, kami pun beransur pulang ke hotel, mengemas barang dan sebagainya sebelum pulang menaiki kapal terbang Firefly ke Subang.


 RESTORAN D'ISTANA BALOH JEMBAL 


Setelah berehat, kemas barang dan sebagainya, pada mulanya kami bercadang untuk makan tengah hari di hotel sahaja, tapi disebabkan ruangan makan hotel digunakan untuk acara lain, kami berpeluang untuk mencuba makanan di restoran D'Istana Baloh Jembal.

Kalau tidak, kami tidak sempat nak ke restoran ini sepanjang 3 hari 2 malam ni, tapi entah macam mana, akhirnya berpeluang juga untuk makan disini. Of course aku suka makan dekat restoran ni, sebab makanan yang dihidangkan adalah makanan ala kampung! Oh ya, aku ada tulis review tentang restoran ini jugak!



 LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA 


Setelah selesai makan, perut pun dah kekenyangan, kami pun beransur ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan berpisah dengan rakan-rakan di Kelantan. Walaupun waktu penerbangan ditunda selama sejam, kami sempatlah berjalan-jalan, membeli belah di sekitar kawasan lapangan terbang.


Kebanyakan orang jika dalam kapal terbang, akan melelapkan mata dan sebagainya, tapi aku suka melihat pemandangan di tingkap. Betapa kecilnya rumah-rumah, hutan dan jalan raya. Selain itu, melihat kebesaran Tuhan, awan-awan yang besar dan tebal, pelbagai rupa bentuk. Sama juga bila didalam kereta, kalau perjalanan yang jauh, selagi aku tak penat, selagi tu aku akan melihat tingkap, melihat kawasan orang.

 LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL AZIZ SHAH 


Alhamdulillah, kami sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan selamat. Masa datang membawa beg yang agak ringan, bila pulang makin bertambah berat pula. Mestilah aku ada beli beberapa buah tangan untuk keluarga aku yang menunggu dengan sabar dekat airport ni.

Okay, mungkin ada yang pelik kenapa keluarga aku ada dekat Selangor, sedangkan sebelum-sebelum ini semuanya ada di Kulim, Kedah. Sebenarnya keberadaan mereka di Selangor ada agendanya tersendiri. In shaa Alllah dalam artikel lain aku akan ceritakan pula mengapa mereka berada di Selangor.

 PENGALAMAN INDAH 

Of course sepanjang pengalaman dari awal perjalanan sehinggalah akhir merupakan pengalaman yang cukup indah. Tidak percaya pun ada jugak. Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke seluruh negeri di semenanjung Malaysia. Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan. In shaa Allah mungkin selepas Covid-19 berakhir, aku akan jejakkan kaki ke Malaysia Timur pula?

Pengalaman di Kelantan, melawat tempat-tempat menarik, melihat bagaimana rakyat di negeri ini berniaga dan sebagainya membuatkan aku berfikir bahawa tiada yang membezakan antara negeri-negeri lain dan negeri Kelantan. Cuma, pastinya setiap negeri mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri tapi untuk konsep asas rakyat Malaysia tiada bezanya.

Walaupun aku masih belum boleh bercakap dialek Kelantan, tapi in shaa Allah selepas ini aku akan bawa keluarga aku pula ke negeri ini, sambil melawat tempat-tempat menarik lain yang ada ni negeri Kelantan Darul Naim.


#kbsightseeingtour #visitkelantan2020 #kelantandihati #DomesticTourism #familyfoodfestival #CutiCutiMalaysia #MYtravelmediabuddy #firefly #palingbestchallenge #vocabkelantan

SEKIAN

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post