Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada | Tahukah anda bahawa ada mereka yang mampu menjana pendapatan di Lazada sama ada tanpa modal atau dengan modal sehingga 3 ke 4 angka dalam masa seminggu? Pasti anda nak tahu cara berniaga dan buat duit di Lazada dengan menjual produk bukan?

Kepada anda yang berminat nak berniaga, apa kata anda mula dengan mendaftar sebagai penjual di laman Lazada. Anda bolehlah download aplikasi Lazada Malaysia atau buka di web sahaja. 

Lazada merupakan salah satu laman beli belah atas talian terbesar di Malaysia. Setiap bulan, lebih daripada 10 juta pengguna akan masuk ke laman Lazada ini untuk melihat dan membeli barangan di sini. Jika pada hari-hari promosi hebat seperti 11.11, 12.12 dan pelbagai lagi, pastinya angka tersebut berlipat kali ganda jumlahnya berbanding hari biasa. 

"Saya tak ada produk nak jual."

Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai produk untuk dijual kerana anda boleh menjadi dropship menjual barangan tersebut. Anda hanya perlu masukkan gambar produk sahaja, dan promosi sahaja, yang lain-lain akan diuruskan oleh pembekal. Anda tidak perlu pegang stok, hanya bila order masuk, anda inform pada pembekal tersebut dan mereka yang akan hantar produk kepada pelanggan. Mudah bukan?

Okay, mesti berkobar-kobar nak belajar cara menjual produk di Lazada kan? Sebenarnya mudah sahaja cara nak berniaga di Lazada ini, hanya beberapa step sahaja perlu diikut dan terus perniagaan anda di Lazada berjalan lancar. Untuk merka yang ada produk sendiri, anda hanya perlu masukkan gambar anda di platform Lazada, kemudian tunggu pesanan masuk, kemudian bungkus produk tersebut dan hantar pada pihak kurier. 

Okay kalau nak tahu lebih detail penjelasannya, anda boleh baca sampai ke perenggan akhir, dimana cara mendaftar dan berniaga di Lazada akan saya tunjukkan. 


CARA DAFTAR & BERNIAGA DI LAZADA

1) DAFTAR AKAUN LAZADA

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Buka laman web Lazada | Lazada.com.my kemudian anda perlu klik pada bahagian 'Sell On Lazada' seperti yang tertera di dalam gambar di atas. 

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Baiklah, ada tiga jenis seller di Lazada. Lazmall Seller, Local Seller dan LazGlobal Seller. Untuk anda yang berniaga barangan sendiri, bolehlah pilih di bahagian Local Seller. 


Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Kemudian, anda akan dibawa ke halaman Seller Center ini.  Anda boleh masukkan email anda dan kata laluan yang anda mahukan disini. Kemudian anda perlu memasukkan no telefon anda dengan betul untuk pihak Lazada menghantar kod verifikasi sama ada akaun anda itu 'valid' atau tidak.

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Seterusnya anda perlu mengisi ruangan untuk nama kedai anda. Anda boleh meletakkan apa-apa sahaja nama kedai anda yang dirasakan bagus dan sesuai untuk menarik pembeli nanti. 

Mungkin anda tertanya-tanya apakah perlu sijil/borang perakuan dan pelbagai lagi sebelum menjadi penjual di Lazada, kan? 

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Okay, sebenarnya anda tidak perlu risau. Untuk anda yang memilih 'Individual Seller', anda tidak perlu risau dengan SSM.  Anda hanya perlu daftar dahulu akaun anda di Lazada, set up kedai anda di Lazada dengan betul-betul dan selepas mendapat pesanan pertama barulah boleh anda daftar dengan SSM. 


Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Sekarang akaun anda sudah siap! Jadi bahagian seterusnya adalah meletakkan gambar produk pertama yang anda ingin jual.

2) LETAK GAMBAR & MAKLUMAT PRODUK

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Untuk masukkan produk pertama anda di dalam kedai Lazada anda, anda hanya perlu tekan tab "Add the first product" seperti yang tertera seperti di dalam gambar. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman seterusnya. 

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Ada empat bahagian yang anda perlu isi.  Pertama adalah bahagian basic information. Dibahagian ini anda perlu memasukkan gambar produk anda, meletakkan nama produk anda dan juga memilih kategori mana produk anda tersenarai. 

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Bahagian seterusnya adalah deskripsi produk anda yang lebih jelas. Segala apa informasi berkenaan produk anda diletakkan disini. 

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Di bahagian Price & Stock pula anda perlu mengisi harga, jumlah stok, saiz produk dan pelbagai lagi disini. 

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Di bahagian terakhir pula adalah memasukkan berat dan saiz pakej produk anda. Selain itu, disini juga anda boleh nyatakan sama produk yang anda jual berbahaya atau tidak.  Setelah berpuas hati denga semuanya, anda boleh menekat butang 'Submit'. 

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Ya, anda telah berjaya memasukkan produk pertama anda ke dalam kedai Lazada anda! Tahniah! Seterusnya anda boleh terus melihat produk anda 'LIVE' di halaman Lazada. 

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada


Setelah produk anda berjaya dimasukkan ke platform dengan jayanya, kini produk anda sudah boleh dibeli oleh pelanggan yang berminat di Lazada! Mudahkan cara daftar dan berniaga di Lazada?!

Sekian sahaja untuk cara mendaftar dan memulakan perniagaan anda di laman beli belah Lazada. Untuk anda yang berminat untuk belajar lebih mendalam lagi dari segi mempromosikan produk, dan pelbagai lagi mengenai Lazada, anda boleh membeli ebook yang dijual di Shopee.

BERMINAT? Klik link dibawah untuk dapatkan ebook ini di Shopee. 


Sekiranya anda tiada modal untuk membeli ebook pun tak mengapa kerana ada banyak tips dan panduan yang anda boleh dapatkan di Google dan laman pencarian yang lain. Selain itu, ada juga mereka yang telah berjaya di platform ini memberikan tips-tips mereka di laman facebook, twitter dan sebagainya. 

Saranan saya sekiranya anda betul-betul serius dalam berniaga di Lazada, sama ada menjual produk atau menjadi dropship, anda patut memilik ebook ini kerana pelbagai info dan trick yang terdapat dalam ebook ini boleh membantu merancakkan perniagaan anda.

Apa-apapun, selamat menjual produk anda dan tambah pendapatan melalui perniagaan di Lazada. Terima kasih kerana membaca hingga ke akhir.


SEKIAN

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post