Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!

Terdapat pelbagai jenis air fryer dipasaran, dengan pelbagai saiz kapasiti, rekaan-rekaan menarik dan harga yang berpatutan. Pada masa sekarang ini dengan teknologi yang sentiasa berkembang, air fryer menjadi salah satu peralatan dapur memasak yang perlu ada pada setiap isi rumah.

Air fryer atau 'penggoreng udara' ini merupakan satu peralatan memasak yang berfungsi dengan mengalirkan udara panas pada makanan. Udara yang panas ini akan membuatkan masakan itu masak dan menghasilkan lapisan rangup. 

Dengan tidak menggunakan sebarang minyak, cara memasak sebegini adalah lebih menyihatkan. Selain faktor lain seperti keselamatan ketika memasak juga terjaga dengan adanya air fryer. Contohnya, anda tidak perlu risau tentang minyak panas terpercik dan sebagainya. 

Atas sebab itulah, lebih ramai yang memilih untuk menggoreng makanan menggunakan airfryer. Bagaimana pula dengan harga? Okay, untuk anda yang risau tentang harga, jangan risau kerana sekarang terdapat pelbagai jenis air fryer di pasaran dan anda boleh dapatkan pada harga yang cukup berpatutan.

Selain itu, pelbagai saiz kapasiti juga tersedia memberikan anda pilihan sama ada membeli air fryer bersaiz besar, sederhana ataupun kecil.

Oleh itu, untuk memudahkan anda, kali ini aku nak senaraikan 10 air fryer yang menjadi pilihan pengguna kerana kualitinya, saiz kapasiti, rekaan yang menarik dan juga harga yang berpatutan. Untuk anda yang ingin terus membeli, link pembelian juga turut disertakan.

10 AIR FRYER TERBAIK, BERKUALITI & HARGA BERPATUTAN


1. Air Fryer 5.5 L (1500W) Extra Large Oil Free Single Pod Non-Stick Teflon Timer Kitchen Aid Healthy Cooker

Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!

KAPASITI : 3.8 L | 5.5 L | 6.5 L 
HARGA : RM 189.00 - RM 199.00 

Okay, ini adalah air fryer pertama dalam senarai ini. Mempunyai 3 jenis kapasiti sesuai mengikut keperluan anda. Ada mereka yang tidak mahukan saiz yang besar, ada yang mahu saiz besar untuk keluarga yang besar. Lebih daripada 5,000 unit telah terjual dan harga yang ditawarkan juga terletak apda linkungan harga yang amat berpatutan. 

Antara ciri-ciri mernaik adalah seperti 360° hot Air circulation technology, timer yang boleh diset pada linkungan masa dari 5 minit sehingga 30 minit, dan juga suhu yang boleh dilaras dari pada 60°Celcius sehinggalah 200° Celsius . 



2. Airbot Air Fryer AF100 Oil Free Single Pod Non-Stick Teflon Timer Kitchen Aid Healthy Cooker (3L / 12 Months Warranty)

Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!

KAPASITI : 3L
HARGA : RM 129.00

Air fryer berikutnya adalah Airbot Air Fryer. Air fryer ini datang dengan satu sahaja kapasiti iaitu 3L. Ini juga adalah antara air fryer yang popular dan sehingga kini lebih daripada 4,000 unit telah terjual! Saiz yang sebegini sesuai untuk anda memasak pelbagai jenis menu. Tidak terlampau besar dan tidak terlampau kecil. Rekaan air fryer ini juga cantik untuk diletakkan pada ruangan dapur anda. 

Selain itu, air fryer ini adalah seberat 2.8 kilogram sahaja dan warrantynya adalah untuk 1 tahun. Jadi tak perlu risau sekiranya ada apa-apa yang terjadi sama ada rosak atau sebagainya kerana semuanya di dalam warranty.  

LINK PEMBELIAN: Air Fryer Airbot 3L


3. KHIND ARF-26 Healthy Speedy Air Fryer (2.6 L) / MEC AIR FRYER MAF-2580 1.5L @ MAF-4380 3.2L


Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!


KAPASITI : 2.6L HARGA : RM 164.00 -168.00

Air fryer berikutnya adalah daripada jenama Khind. Antara jenama Malaysia yang sememangnya diakui tentang kualitinya. Air fryer ini didatangkan dengan kapasiti 2.6 L yang sesuai untuk anda masak pelbagai jenis masakan. 

Antara fungsi menarik adalah seperti High Speed Air Circulation Technology. Auto Shut Down Heater dan sebagainya. Warranty bagi air fryer ini adalah 1 tahun dan disertakan dengan Detachable Frying Basket for Ease of Cleaning.

LINK PEMBELIAN: Air Fryer Khind 2.6 L

4. PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth Series - Size XL (4.8L) PS1520

Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!


KAPASITI : 4.8L
HARGA : RM247.00 

Air fryer berikutnya adalah air fryer berjenama PerrySmith. Dengan saiz kapasiti yang besar iaitu 4.8L, air fryer ini sememangnya sungguh berkuasa untuk menyediakan hidangan yang besar dan banyak untuk keluarga anda. Lebih daripada 6,000 unit telah terjual, air fryer ini didatangkan dengan warna merah yang cukup cantik! 

Ciri-ciri menarik air fryer ini termasuklah ECOHEALTH technology, 3D airflow heating system dan juga multi-layer cool to touch the body. Dengan harga yang berpatutan ini dan rekaan menarik, anda patut beli dan memasak dengan air fryer ini.


5. Russell Taylors Air Fryer XL (4.8L) AF-34

Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!

KAPASITI : 4.8L 
HARGA :  RM249.99

Jenama air fryer berikutnya adalah Russell Taylors. Jenama ini adalah salah satu yang paling popular dan lebih 10,000 unit telah terjual! Memang laku giler air fryer Russell Taylors ni. Didatangkan dengan saiz besar XL iaitu 4.8L, air fryer ini sangat besar dan membolehkan anda memasak pelbagai hidangan dalam saiz yang banyak! Sesuai untuk anda yang selalu masak saiz hidangan yang besar. 

Air fryer ini juga mudah untuk dibersihkan dan didatangkan dengan Rapid Air Technology. Warranty untuk air fryer ini juga adalah 1 tahun. Lebih menarik, penghantaran percuma pula! Apa lagi tunggu? Cepat-cepat beli! 



6. Kelen Munoz Air Fryer - Red/Black (3L) KMAF18R

Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!


KAPASITI : 3L
HARGA : RM129.99 

Air fryer berikutnya adalah daripada jenama Kelen Munoz. Air fryer ini didatangkan dengan saiz kapasiti sebesar 3L. Air fryer ini berteknologi Rapid Air yang memberikan masa untuk memasak 40% lebih cepat. Lebih daripada 2,700 unit telah terjual bersama dengan rating sebanyak 1,900 pembeli, air fryer ini sememangnya salah satu air fryer terbaik dalam pasaran.

Tersedia dengan dua pilihan warna iaitu merah dan hitam, air fryer ini hadir dengan Removable non-stick coated cooking basket dan Double Layer Accessory! 

LINK PEMBELIAN: Air Fryer Kelen Munoz 3L

7. Giselle Air Fryer with Timer & Temperature Control - Black (4.8XL) KEA0204

Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!


KAPASITI : 4.8L
HARGA : RM179.99 

Air fryer berikutnya adalah daripada jenama Giselle. Air fryer ini adalah berkapasiti 4.8L, saiz yang cukup besar untuk anda memasak hidangan bersaiz besar sama ada untuk majlis-majlis atau perayaan. Dengan harga yang cukup berpatutan, sangat berbaloi sekiranya anda membeli air fryer ini kerana ia hadir dengan Rapid Air Technology, menggunakan futuristic technology.

Selain itu, unit ini turut terjual lebih daripada 3,700 unit dan hadir dengan warna hitam. Untuk hal waranti sekiranya berlaku kerosakan pula, anda jangan risau kerana waranti untuk air fryer ini adalah selama 1 tahun! 

LINK PEMBELIAN: Air Fryer Giselle 4.8L

8. (OFFICIAL STORE) *READY STOCK!!* Innofood KT-AF04S Embedded Capacitive Touch (3.8L) Air Fryer Matte White [READY STOCK]

Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!


KAPASITI : 3.8L
HARGA : RM199.00 

Air fryer seterusnya adalah daripada jenama Innofood. Didatangkan dengan rekaan cukup menarik, air fryer ini berkapasiti 3.8L. Lebih daripada 1,200 unit telah terjual, air fryer ini hadir dengan Digital Display! Saiz yang sederhana ini mampu memasak pelbagai jenis hidangan mengikut citara anda!

Lebih menarik, terdapat 10 preset menu, 5 preset functions dan 6 operation functions untuk memudahkan anda dalam proses memasak.  Berat air fryer ini adalah 4.5 kilogram dan fungsi timernya adalah dari 0 sehingga 60 minit. 

LINK PEMBELIAN: Air Fryer Innofood 3.8L

9. Riino Turbo Air Fryer Intelligent All In One Oil Free Cooking Function Model (10L) AF506E

Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!


KAPASITI : 10L
HARGA : RM379.00 

Air fryer selanjutnya adalah berjenama Riino. Air fryer ini datang dengan kapasiti yang cukup besar iaitu 10L dan boleh memasak pelbagai hidangan dengan saiz yang besar untuk jangka masa yang cukup pantas. Selain itu, lebih daripada 900 unit telah terjual! 

Rekaan air fryer ini juga cukup menarik dan pasti cantik diletakkan diruangan memasak dirumah anda. Selain itu, air fryer ini juga sangat environment friendly kerana penggunaan tenaga, radiasi dan juga tekonologi smoke free. 


10. Russell Taylors Air Fryer Large (3.8L) Af-25

Senarai 10 Air Fryer Terbaik, Berkualiti dan Harga Berpatutan!


KAPASITI : 3.8L
HARGA : RM199.99 

Air fryer terakhir dalam senarai ini adalah daripada jenama Russell Taylors. Untuk air fryer ini, ia berbeza daripada yang di nombor 5, daripada jenama yang sama. Perbezaannya paling ketara tentunya dari segi saiz dan juga harga. 

Air fryer ini adalah berkapasiti 3.8L iaitu cukup besar untuk anda memasak hidangan bersaiz sederhana. Air fryer ini juga cukup popular kerana sehingga kini lebih 11,000 unit telah terjual! Ciri-ciri menarik pada air fryer ini, selain daripada rekaan yang cukup menarik, ia juga tersedia dengan adjustable thermostat, Rapid Air Technology dan senang untuk dibersihkan! 


AKHIR KATA

Bagaimana dengan semua air fryer yang tersenarai? Kalau sebelum ini proses memasak mengambil masa yang lama, makanan yang berminyak dan sebagainya, kini tidak perlu risau lagi sebab air fryer memudahkan segalanya. Jika ada air fryer yang anda minat, apa lagi tunggu, terus membeli dan guna air fryer sebagai alternatif memasak yang terbaik!

SEKIAN

3 comments:

  1. Mudah dan menjimatkan masa & tenaga. Rata-rata hari ni, hampir setiap rumah ade air fryer ni.

    ReplyDelete
  2. memang senang nak masak dengan air fryer ni. dah macam2 jenis yg ada di pasaran sekarang. ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.