Review Pengalaman Menginap di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik dan sihat-sihat belaka. Kalau tak sihat, tu, ambillah ubat, pergilah klinik, sebab sekarang ni kesihatanlah yang paling penting dan perlu dititikberatkan. 

Baiklah tanpa membebel lebih panjang, kali ini aku nak berkongsi dengan anda dengan sebuah hotel cantik, tersergam indah di bandaraya Kuala Terengganu. Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang untuk menginap di Paya Bunga Hotel selama 4 hari dan 3 malam bersempena dengan program Pakat Maghi Ganu yang dianjurkan oleh Gaya Travel bersama Beautiful Terengganu Malaysia.

Review Pengalaman Menginap di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu

Sepanjang program ini aku dan juga rakan-rakan menginap disini untuk merehatkan diri setelah melalui pelbagai aktiviti di siang hari. Untuk artikel kali ini aku nak berkongsilah sedikit sebanyak tentang hotel ini.

Paya Bunga Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang dan terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Hotel ini mempunyai 208 buah bilik dan suite yang lengkap dengan kemudahan. 

Hotel ini terletak di Kawasan Pusat Perniagaan Kuala Terengganu, yang menawarkan suasana yang tenang, kemudahan menarik dan menyeronokkan di sekitar hotel di kompleks-kompleks berprestij di negeri Terengganu: Paya Bunga Square, Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Plaza.

Hotel perniagaan yang bergaya adalah sebahagian daripada bangunan bersepadu dengan Paya Bunga Square dan dihubungkan dengan mudah melalui jambatan penghubung berhawa dingin sepenuhnya ke Paya Bunga Plaza dan Paya Bunga Sentral.

Sebanyak 1172 tempat letak kenderaan ada di ketiga-tiga kompleks ini. Ia juga dikelilingi oleh sebahagian besar organisasi perniagaan dan kewangan terkemuka di Kuala Terengganu.

Review Pengalaman Menginap di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu

Ketika kami sampai, sebelum masuk ke dalam kawasan hotel, setiap orang perlu scan My Sejahtera dan juga perlu memakai pelitup muka sebagai langkah mengikut SOP. Hotel ini sebenarnya memang besar dan tinggi!

Review Pengalaman Menginap di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu
Proses Check-in Bilik

Rombongan kami dari Kuala Lumpur tidaklah ramai, kami hanya datang dengan satu kenderaan sahaja iaitu Hyundai Starex dan termasuk pemandu semua sekali hanyalah 9 orang sahaja. Untuk pembahagian bilik pula, kami dibahagian kepada 2 orang sebilik manakala ada seorang akan mendapat bilik sendiri tanpa berkongsi.

Review Pengalaman Menginap di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu

JOM LIHAT SUASANA DI DALAM BILIK HOTEL

Review Pengalaman Menginap di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu
Ruangan dalam bilik yang selesa.

Review Pengalaman Menginap di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu
Ada meja untuk melakukan kerja-kerja contohnya menaip dan sebagainya.


Review Pengalaman Menginap di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu
Ruangan tandas dan bilik mandi juga sangat selesa.


Review Pengalaman Menginap di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu
Kelengkapan yang disediakan.




Review Pengalaman Menginap di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu
Pemandangan dari tingkap.

Bila anda buka sahaja tingkap, anda akan melihat pemandangan indah bandaraya Kuala Terengganu. Jambatan Angkat yang popular itu pun anda boleh lihat di sini. Suasana sewaktu matahari terbit lagi cantik dan menakjubkan!

Sebenarnya ada pelbagai kemudahan lain tersedia di hotel ini tetapi aku tak sempat nak pusing-pusing kerana aktiviti yang agak padat dan juga keletihan. Dibawah ini adalah beberapa gambar kemudahan yang tersedia di hotel ini.

Review Pengalaman Menginap di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu

Secara keseluruhannya, penginapan di Paya Bunga Hotel ini sangat selesa. SOP dan sebagainya dijaga dengan baik, sepanjang masa akan ada orang yang menjaga suhu di hadapan pintu masuk. Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai di bandaraya Kuala Terengganu ini.

Sekiranya anda merancang untuk datang ke Kuala Terengganu dan bercuti di sini, anda bolehlah menjadikan Paya Bunga Hotel sebagai tempat penginapan anda. 

LokasiPaya Bunga Hotel Terengganu, Jalan Tengku Embong Fatimah, Off Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

SEKIAN

#BeautifulTerengganu #TourismTerengganu 
#CutiCutiMalaysia #Travellocal #Travelsafe #GayaTravel

Program Pakat Maghi Terengganu ini telah berlangsung dari 15 Disember 2020  sehingga 18 Disember 2020 dan dibawakan oleh Gaya Travel Magazine dan Beautiful Terengganu Malaysia.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post