Saksikan Festival Muzik dan Anugerah Terbesar Korea Secara Langsung di Astro!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Saksikan Festival Muzik dan Anugerah Terbesar Korea Secara Langsung di Astro!

2020 MBC Korean Music Festival, 2020 KBS Entertainment Awards, 2020 MBC Drama Awards dan 2020 KBS Drama Awards

SAKSIKAN FESTIVAL MUZIK DAN ANUGERAH KOREA

Pada hujung tahun ini, semua peminat K-pop boleh menikmati festival muzik dan anugerah terbesar Korea menerusi Astro.

Para pelanggan boleh menyaksikan idola dan bintang K-pop kesukaan secara langsung menerusi:

💙‘2020 MBC Korean Music Festival’, dihoskan oleh Yoona dan Sung Kyu dari Girls Generation, ditemani pelakon popular Korea, Kim Seon Ho, menampilkan muzik terbaik K-pop dan persembahan dari Refund Sister, kumpulan hebat Korea yang dianggotai oleh Lee Hyori, Jessi, MAMAMOO’s Hwasa dan Uhm Jung Hwa, pada 31 Disember, jam 8.05 malam menerusi Oh!K HD (saluran 394 HD).

💙‘2020 KBS Entertainment Awards’, menampilkan bintang popular KBS termasuk Yoo Jae Suk, Jun Hyun Moo, Kim Seon Ho, Ravi VIXX, Lee Yu Ri dan ramai lagi, di dalam anugerah festival tahunan pada 27 Disember, jam 2.45 petang menerusi KBS World (saluran 393 HD / saluran 391).

💙'2020 MBC Drama Awards', dihoskan oleh Kim Sung Joo, anugerah ini meraikan drama-drama TV terbaik Korea sepanjang 2020 dalam pelbagai kategori seperti Pelakon Lelaki Baru Terbaik, Pelakon Wanita Baru Terbaik, Drama Terbaik, Anugerah Pasangan Terbaik dan banyak lagi pada 30 Disember, jam 8.05 malam menerusi Oh!K HD (saluran 394).

💙‘2020 KBS Drama Awards’, dihoskan oleh Jo Bo Ah, Lee Sang Yeob dan Do Kyung Wan, personaliti popular Korea, anugerah ini menghargai beberapa siri drama TV dan para pelakon terhebat pada 31 Disember, jam 7.30 malam menerusi KBS World (saluran 393 HD / saluran 391).

Selain itu, peminat K-pop juga boleh berhibur dengan idola dan drama Korea kegemaran dengan menikmati anugerah menarik ini pada sama minggu dengan Korea menerusi:  

💙‘2020 SBS Gayo Daejun’, dengan lagu hit Korea dan persembahan daripada BTS, salah satu kumpulan lelaki terhebat Korea, pada 31 Disember, jam 9.30 malam menerusi ONE HD (saluran 393).

💙‘2020 SBS Entertainment Awards’, dihoskan oleh Sin Dong-yup, pelawak terkenal SBS, anugerah ini menampilkan idola bintang K-pop popular seperti Kim Hee Chul (Super Junior), Lee Seung Gi, Cha Eun Woo (Astro), Kim Dong Jun (ZEA) dan ramai lagi, pada 26 Disember, jam 4.30 petang menerusi ONE HD (saluran 393).

Festival Muzik dan Anugerah [Siaran Langsung]


2020 MBC Korean Music Festival [Siaran Langsung]


Oh!K HD (saluran 394), 31 Disember 2020 @ 8.05malam

‘2020 MBC Korean Music Festival’ akan mempersembahkan pentas eksklusif hanya untuk malam festival! Dari suara terbaik hingga persembahan yang hebat, kolaborasi antara artis akan membuat anda terkejut dan teruja.


2020 KBS Entertainment Awards [Siaran Langsung]


KBS World (saluran 392 HD / saluran 391), 27 Disember 2020 @ 2.45 petang
 
Ini adalah detik untuk memperingati para penghibur dan pertunjukan hiburan yang telah membuat kita tersenyum sejak setahun yang lalu. Meraikan bintang-bintang terbesar Korea! Siapa di antara calon-calon pada tahun ini? Ketahui di ‘2020 KBS Entertainment Awards’!


2020 MBC Drama Awards [Siaran Langsung]


Oh!K (saluran 394 HD), 30 Disember 2020 @ 8.05 malam
 
‘2020 MBC Drama Awards’ adalah anugerah yang memberi penghargaan daripada Munha Brodcasting Corporation untuk pencapaian cemerlang dalam drama Korea yang disiarkan di rangkaiannya. Ia diadakan setiap tahun pada bulan Disember.


2020 KBS Drama Awards [Siaran Langsung]


KBS World (saluran 392 HD / saluran 391), 31 Disember 2020 @ 7.30 malam

 ‘2020 KBS Drama Awards’ adalah anugerah penghargaan yang disampaikan oleh Korean Broadcasting System untuk pencapaian cemerlang dalam drama Korea. Penghormatan tertinggi dalam anugerah ini adalah "Hadiah Utama", yang dianugerahkan kepada pelakon lelaki atau pelakon wanita terbaik tahun ini.

Festival Muzik dan Anugerah [Sama Minggu Dengan Korea] 


2020 SBS Gayo Daejun [Sama Minggu Dengan Korea]

ONE (CH 393 HD), 31 Disember 2020 @ 9.30 malam

Raikan penghujung tahun 2020 dengan muzik! ‘2020 SBS Gayo Daejeon’ dipenuhi dengan lagu-lagu hit yang membuat kita teruja, terharu, dan memberi inspirasi. Festival ini memaparkan persembahan artis yang mendapat populariti di seluruh dunia serta persembahan yang sangat istimewa untuk semua peminat K-pop.



2020 SBS Entertainment Awards [Sama Minggu Dengan Korea]

ONE (saluran 393 HD), 26 Disember 2020 @ 4.30 petang

Untuk ulang tahun ke-30, ‘2020 SBS Entertainment Awards’ padat dengan pelbagai kandungan yang akan menghiburkan peminat K-pop. Dengan tema 'Connect,' anugerah ini menjemput beberapa penghibur legenda untuk bertemu pelapis baharu dan dihiburkan dengan perbualan mesra dan lucu.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post