Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2021

Menantikan tarikh pembayaran gaji 2021 anda? Tak tahu bila gaji anda masuk? Penjawat awam atau kakitangan awam pastinya tahu bahawa pembayaran gaji kebiasaanya dibayar ketika hujung bulan. Diwaktu inilah pastinya penjawat awam sibuk melakukan pembayaran dan juga menguruskan pembelanjaan gaji. 

Untuk kemudahan anda, berikut adalah jadual gaji 2021 untuk kakitangan awam dan kerajaan untuk rujukan anda semua. 

JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2021 

Berikut adalah perkongsian mengenai tarikh dan juga jadual pembayaran gaji setiap bulan untuk tahun 2021 bagi kakitangan awam. Semoga dengan adanya jadual dan tarikh-tarikh ini anda dapat merancang perbelanjaan sama ada untuk urusan sekolah, perayaan, percutian dan sebagainya. 

Untuk tarikh pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2021, antara waktu yang agak bahaya adalah ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia adalah kerana pembayaran gaji berikutnya mengambil masa yang lebih lama kerana gaji telah diberi awal untuk persiapan perayaan tersebut. 


JADUAL GAJI TAHUN 2021

Info mengenai tarikh pembayaran gaji untuk tahun 2021 ini diambil dari makluman Surat Pekeliling Akauntan Malaysia dan ia tertakluk kepada perubahan.

Maklumat yang tertera di dalam jadual ini termasuklah bulan, tarikh, hari dan juga jenis perayaan yang diraikan pada bulan tersebut. Kebanyakan bulan hari pembayaran gaji adalah pada hari Khamis manakala terdapat 5 kali pembayaran gaji diawalkan atas sebab perayaan yang disambut di Malaysia. 


JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2021

BULAN

TARIKH

HARI

NOTA

JANUARI

25.01.2021

ISNIN

-

FEBRUARI

09.02.2021

SELASA

TAHUN BARU CINA : 12 & 13 FEBRUARI (JUMAAT & SABTU)

MAC

18.03.2021

KHAMIS

-

APRIL

22.04.2021

KHAMIS

-

MEI

06.05.2021

KHAMIS

HARI RAYA AIDILFITRI : 13 & 14 MEI (KHAMIS & JUMAAT)

HARI PESTA KAAMATAN : 30 & 31 MEI (AHAD & ISNIN)

JUN

14.06.2021

ISNIN

HARI GAWAI : 1 & 2 JUN (SELASA & RABU)

JULAI

14.07.2021

RABU

HARI RAYA AIDILADHA : 20 & 21 JULAI (SELASA & RABU)

OGOS

19.08.2021

KHAMIS

-

SEPTEMBER

23.09.2021

KHAMIS

-

OKTOBER

25.10.2021

ISNIN

-

NOVEMBER

25.11.2021

KHAMIS

HARI DEEPAVALI : 4 NOVEMBER (KHAMIS)

DISEMBER

20.12.2021

ISNIN

HARI KRISMAS : 25 DISEMBER (SABTU)



LAMPIRAN JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2021

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2021

*Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dan masa ke masa. 

Semoga dengan adanya jadual pembayaran gaji untuk tahun 2021 ini dapat memudahkan urusan kakitangan awam atau penjawat awam dalam menguruskan perbelanjaan. Rancanglah perbelanjaan anda dengan baik supaya kehidupan anda lebih terjamin dan ceria. 


Semoga Bermanfaat.

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.