Senarai 19 Drama & Filem di Netflix Wajib Anda Tonton

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda senarai 19 filem dan drama di Netflix yang anda wajib tonton. Netflix merupakan salah satu saluran media dalam talian yang sangat popular. Banyak drama dan filem ditayangkan di Netflix secara eksklusif untuk mereka yang melanggan.

Oleh itu, kali ini aku nak kongsikan dengan anda antara filem dan drama eksklusif ditayangkan di Netflix. Mungkin ada di dalam senarai ini yang anda tidak suka, pernah tonton, tidak patut ada dalam senarai, tapi tidak mengapa, anda boleh buat senarai anda sendiri dibahagian komen ya! Jemput baca.✌😎


 19 DRAMA & FILEM DI NETFLIX WAJIB ANDA TONTON 

1. RATCHED


Drama Ratched (2020) merupakan sebuah drama psikologi thriller tentang karakter nama yang sama daripada novel One Flew Over the Cuckoo's Nest (1962) tulisan Ken Kesey. Diterbitkan oleh Evan Romansky dan Ryan Murphy, drama ini dilakonkan oleh Sarah Paulson sebagai watak utamanya dan drama ini menjadi prekuel kepada novel tersebut. Musim pertama untuk drama ini ditayangkan pada 18 September 2020. 

Ratched is a suspenseful drama series that tells the origin story of asylum nurse Mildred Ratched. In 1947, Mildred arrives in Northern California to seek employment at a leading psychiatric hospital where new and unsettling experiments have begun on the human mind. On a clandestine mission, Mildred presents herself as the perfect image of what a dedicated nurse should be, but the wheels are always turning and as she begins to infiltrate the mental health care system and those within it, Mildred's stylish exterior belies a growing darkness that has long been smoldering within, revealing that true monsters are made, not born.



 RATCHED (2020) 

Created by : Evan Romansky
Based on : The character of Nurse Ratched from One Flew Over the Cuckoo's Nest
by Ken Kesey
Starring : Sarah Paulson, Finn Wittrock, Cynthia Nixon, Jon Jon Briones, Charlie Carver, Judy Davis, Sharon Stone
No. of seasons : 1
No. of episodes : 8

2. THE UMBRELLA ACADEMY


Drama Umbrella Academy (2019-2020) merupakan sebuah drama siri adiwira berdasarkan komik dengan tajuk yang sama ditulis oleh Gerard Way. Dihasilkan oleh Netflix oleh Steve Blackman, drama ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang porak peranda dimana setiap adik-beradik merupakan adik beradik angkat mempunyai kuasa adiwira untuk menyelesaikan misteri kematian bapa mereka dan juga ancaman pengakhiran dunia. 

Drama ini dibintangi oleh Ellen Page, Tom Hopper, David Castañeda, Emmy Raver-Lampman, Robert Sheehan, Aidan Gallagher, Cameron Britton, Mary J. Blige, John Magaro, Adam Godley, Colm Feore, Justin H. Min, Ritu Arya, Yusuf Gatewood, Marin Ireland, dan Kate Walsh.  Musim pertama ditayangkan pada 15 Februari 2019 manakala musim kedua ditayangkan pada 31 July 2020. 


 UMBRELLA ACADEMY (2019-2020) 

Created by : Steve Blackman
Starring : Ellen Page, Tom Hopper, David Castañeda, Emmy Raver-Lampman, Robert Sheehan, Aidan Gallagher, Mary J. Blige, Cameron Britton, John Magaro, Adam Godley, Colm Feore, Justin H. Min, Ritu Arya, Yusuf Gatewood, Marin Ireland, Kate Walsh
No. of seasons : 2
No. of episodes :  20 

3. MONEY HEIST


Drama Money Heist (2017-2020) ini merupakan sebuah drama Spanyol bertemakan pencurian dan jenayah diterbitkan oleh Alex Pina. 

Drama ini merceritakan tentang dua pencurian yang diketuai oleh Professor, satu di Royal Mint of Spain dan satu lagi di Bank of Spain. Siri drama ini pada mulanya dihasilkan untuk  dua bahagian kemudiannya Netflix membeli hak penyiaran dan menyambung musim serta menambah bajet untuk setiap episod yang dihasilkan. 



 MONEY HEIST (2017-2020) 

Created By : Alex Pina
Starring : Úrsula Corberó, Álvaro Morte, Itziar Ituño, Pedro Alonso, Paco Tous, Alba Flores, Miguel Herrán, Jaime Lorente, Esther Acebo, Enrique Arce, María Pedraza, Darko Perić, Kiti Mánver, Hovik Keuchkerian, Rodrigo de la Serna, Najwa Nimri, Luka Peroš, Belén Cuesta, Fernando Cayo
No. of seasons : 2 (4 parts)
No. of episodes : 31

4. 13 REASONS WHY


Drama 13 Reasons Why (2017-2020) merupakan sebuah drama remaja yang ditayangkan di Netflix oleh Brian Yorkey. Drama ini adalah berdasarkan novel Thirteen Reasons Why (2007) yang ditulis oleh Jay Asher. Antara pelakon didalam drama ini termasuklah Dylan Minnette, Katherine Langford, Alisha Boe, Brandon Flynn, Miles Heizer dan ramai lagi.

Drama ini emngisahkan tentang seorang pelajar sekolah Clay Jnesen dan selepas kes bunuh diri pelajar juga iaitu Hannah Baker. 


 13 REASONS WHY (2017-2020) 

Based on : Thirteen Reasons Why by Jay Asher
Starring : Dylan Minnette,Katherine Langford, Christian Navarro, Alisha Boe, Brandon Flynn, Justin Prentice, Miles Heizer, Ross butler, Devin Druid
No. of seasons : 4
No. of episodes : 49 

5. ORANGE IS THE NEW BLACK


Drama Orange Is the New Black (2013-2019) merupakan sebuah drama komedi-drama diterbitkan oleh Jenji Kohan untuk tayangan di Netflix. Drama ini adalah berdasarkan kisah Piper Kerman yang ditulis iaitu Orange Is the New Black: My Year in a Women's Prison (2010), mengisahkan tentang beliau di FCI Danbury, sebuah penjara persekutuan. Drama ini ditayangkan di Netflix pada 11 Julai 2013 dan musium terakhirnya ditayangkan pada 26 Julai 2019. 

Drama siri ini menerima pelbagai anugerah dan merupakan antara drama paling ramai tontonan di Netflix. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Taylor Schilling, Laura Prepon, Michael Harney, Michelle Hurst, Kate Mulgrew, Jason Biggs, Uzo Aduba, Danielle Brooks, Natasha Lyonne, Taryn Manning, Selenis Leyva, Adrienne C. Moore, Dascha Polanco, Nick Sandow, Yael Stone, Samira Wiley, Jackie Cruz, Lea DeLaria, Elizabeth Rodriguez, Jessica Pimentel, Laura Gómez, Matt Peters, Dale Soules dan Alysia Reiner.


 ORANGE IS THE NEW BLACK (2013-2019) 

Created By : Jenji Kohan
Starring : Taylor Schilling, Laura Prepon, Michael Harney, Michelle Hurst, Kate Mulgrew, Jason Biggs, Uzo Aduba, Danielle Brooks, Natasha Lyonne, Taryn Manning, Selenis Leyva, Adrienne C. Moore, Dascha Polanco, Nick Sandow, Yael Stone, Samira Wiley, Jackie Cruz, Lea DeLaria, Elizabeth Rodriguez, Jessica Pimentel, Laura Gómez, Matt Peters, Dale Soules & Alysia Reiner.
No. of seasons : 7
No. of episodes : 91 

6. STRANGER THINGS


Drama Stranger Things (2016-2020) ini merupakan sebuah drama sains fiksyen diterbitkan oelh Duffer Brothers dan ditayangkan di Netflix. Musim pertama ditayangkan pada 15 Julai 2016 dan sehingga kini sudah 3 musim dan musim ke 4 bakal ditayangkan pada awal bulan November ini. 

Drama ini membawa latar 1980-an disebuah bandar di Indiana. Menceritakan tentang penyiasatan kehilangan seorang budak lelaki dan kejadian aneh yang berlaku di sekitar bandar. Antara pelakon yang terlibat di dalam drama ini termasuklah Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzom Caleb McLaughlin, Noah Schnapp, Sadie Sink dan ramai lagi.


 STRANGER THINGS (2016 - 2020) 

Created by : The Duffer Brothers
Starring : Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo
No. of seasons : 3
No. of episodes : 25

7. THE WITCHER


The Witcher (2019) merupakan sebuah drama Polish-American  fantasi dan diterbitkan oleh Lauren Schmidt Hissrich dan berdasarkan buku dengan tajuk yang sama ditulis oleh Andrzej Sapkowski.

Drama fiksyen ini di set untuk zaman medieval, drama ini mengisahkan tentang legenda Gerat of Rivia dan puteri Ciri dimana kedua mereka dihubungkan melalui takdir. Musim pertama sebanyak 8 episod ditayangkan di Netflix pada 20 Disember 2019 dan untuk musim keduanya dijangkakan akan ditayangkan pada tahun 2021. 


 THE WITCHER (2019) 

Created by : Lauren Schmidt Hissrich
Starring : Henry Cavill, Freya Allan, Eamon Farren, Anya Chalotra, Joey Batey, MyAnna Buring
No. of seasons : 1
No. of episodes : 8 

8. ONE DAY AT A TIME


Drama siri One Day at a Time merupakan sebuah sitcom berdasarkan Norman Lear sitcom dengan nama yang sama pada tahun 1975-1984. Drama ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Justina Machado, Todd Grinnel, Isabella Gomez, Marcel Ruiz, Stephen Tobolowsky dan Rita Moreno. 

Drama ini mengisahkan tentang sebuah keluarga Cuban-American yang tinggal di bandar Los Angeles.  Siri ini ditayangkan pada tahun 6 Januari 2017 dan telah dibatalkan sirinya pada  tahun 2019. Tetapi pada tahun yang sama, POP sebuah tv online mengumumkan untuk menyiarkan musim terbaru disaluran tersebut.



 ONE DAY AT A TIME (2017-2020) 

Based on : One Day at a Time by Whitney Blake and Allan Manings
Starring : Justina Machado, Todd Grinnel, Isabella Gomez, Marcel Ruiz, Stephen Tobolowsky, Rita Moreno
No. of seasons : 4
No. of episodes : 46

9. SEX EDUCATION


Drama Sex Education ini merupakan sebuah drama komedi British yang ditulis oleh Laurie Nunn. Antara pelakonnya termasuklah Asa Butterfield, Gilian Anderson, Ncuti Gatwa dan Emma Mackey. Drama ini merupakan antara drama yang mendapat tontonan tertinggi di Netflix dengan lebih 40 juta tontonan untuk siri pertama. Siri kedua pula ditayangkan selepasnya dan mendapat kritikan positif juga. 

Drama ini mengisahkan tentang Otis Milburn, seorang remaja yang sederhana tetapi mempunyai ilmu tentang seks disebabkan ibunya adalah seorang pakar terapi seks dan mengetahui segalanya tentang seks. Setelah secara tidak sengaja membantu pembuli di sekolahnya tentang seks, Otis membuka bisnes nasihat seks di sekolah besama dengan Maeve. 



 SEX EDUCATION (2019 -2020) 

Created by : Laurie Nunn
Starring : Asa Butterfield, Gillian Anderson, Ncuti Gatwa, Emma Mackey, Connor Swindells
No. of series : 2
No. of episodes : 16

10. SHERLOCK


Drama Sherlock (2010 - 2017) ini merupakan sebuah drama siri jenayah British berdasarkan kisah Sherlock Holmes yang dikarang oleh Arthurt Conan Doyle. Drama ini dibintangi oleh pelakon handalan seperti Benedict Cumberbatch, Martin Freeman, Rupert Graves dan ramai lagi. 

Drama ini diterbitkan oleh BBC dan ditayangkan di Netflix untuk tayangan antarabangsa. Drama ini ditayangkan untuk empat siri dan secara keseluruhannya mempunyai 13 episod. 



 SHERLOCK (2010-2017) 

Created by : Mark Gatiss, Steven Moffat
Starring : Benedict Cumberbatch, Martin Freeman, Rupert Graves.
No. of series : 4
No. of episodes : 13

11. PEAKY BLINDERS


Drama siri Peaky Blinders (2013 -2019) ini bukanlah siri yang diterbitkan oleh Netflix tetapi ditayangkan juga di Netflix sama seperti Sherlock. Drama ini mengambil latar kurun ke-19 dan di England.  Antara pelakon-pelakonnya termasuklah Cilian Murphy, Helen McCrory, Joe Cole dan Paul Anderson.

Drama ini mengisahkan tentang keluarga gangster Irish dan Roma pada tahun 1919, beberapa bulan selepas Perang Dunia Pertama. Drama ini menerima kritikan positif terutamanya pada jalan cerita, lakonan, visual dan juga cinematography. 


 PEAKY BLINDERS (2013-2019) 

Created By : Steven Knight
No. of Series : 5
No. of Episodes : 30 

12. RIVERDALE


Drama Riverdale merupakan sebuah drama remaja berdasarkan watak di dalam Archie Comics. Diterbitkan oleh Warner Bros Television dan CBS Television Studios. Ditayangkan untuk peminat antarabangsa di Netflix, drama ini dilakonkan oleh KJ Apa, Lili Reinhart, Camila Mendes dan Cole Sprouse.

Mula ditayangkan pada 26 Januari 2017, kini drama ini sudah mempunyai sehingga 4 musim dan musim ke 5 bakal ditayangkan pada awal 2021. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Archie Andrew (KJ Apa) yang tinggal disebuah bandar kecil Riverdale dan pengembaraan terhadap misteri yang tersembunyi. 


 RIVERDALE (2017 - 2021) 

Based on Characters by Archie Comics
Starring : KJ Apa, Lili Reinhart, Camila Mendes, Cole Sprouse
No. of Seasons : 4
No. of Episodes : 76

13. THE BABYSITTER | THE BABYSITTER : KILLER QUEEN 


Filem The Babysitter (2017) dan sekuelnya The Babysitter : Killer Queen (2020) merupakan filem bergenre komedi seram remaja dan kedua-duanya diarahkan oleh McG. Dilakonkan oleh Samara Weaving, Judah Lewis, Hana Mae Lee dan Robbie Amell, filem pertama ditayangkan bermula 13 Oktober 2017 manakala filem kedua pula pada 10 September 2020. 

Filem The Babysitter (2017) menceritakan tentang kisah seorang pelajar yang dibuli oleh jirannya, tetapi dibantu oleh penjaganya yang baik. Tetapi perkara pelik sebaliknya berlaku apabila rupa-rupanya penjaga tersebut merupakan salah satu ahli kumpulan ajaran sesat. 

Filem The Babysitter : Killer Queen (2020) pula menceritakan tentang remaja yang sama , tetapi setelah dua tahun selepas itu. Kali ini sekali lagi dia terpaksa untuk bertarung selamatkan nyawa setelah sekali lagi dikejar untuk dibunuh. 


 THE BABYSITTER (2017) & THE BABYSITTER : KILLER QUEEN (2020) 

Pengarah : McG
Pelakon :  Samara Weaving, Judah Lewis, Hana Mae Lee, Robbie Amel.
Durasi : 85 minit & 101 minit


14. THE KISSING BOOTH | THE KISSING BOOTH 2 


Filem The Kissing Booth (2018) dan sekuelnya The Kissing Booth 2 (2020) diarahkan oeh Vince Marcello dan berdasarkan novelt ajuk yang sama ditulis oleh Beth Reekles. Sebuah filem percintaan remaja dan juga komedi, filem ini dibintangi oleh Joey King, Jacob Elordi, dan Joel Courtney.

Untuk filem The Kissing Booth (2018), menceritakan tentang Elle bersahabat baik dengan Lee, tetapi dalam masa yang sama menyimpan perasaan dengan Noah, iaitu abang kepada Lee. Elle dan Noah bercinta tetapi tanpa pengetahuan Lee. Filem sekuelnya pula menceritakan tentang kehidupan Elle dimana Noah ke Harvard, dan Elle kembali ke sekolah untuk tahun akhir.  Filem ketiga untuk siri ini sedang dalam pembikinan. 


 THE KISSING BOOTH (2018) & THE KISSING BOOTH 2 (2020) 

Pengarah : Vince Marcello
Pelakon :  Joey King, Joel Courtney, Jacob Elordi
Durasi : 110 minit & 131 minit

15. THE PRINCESS SWITCH


Filem The Princess Switch ini merupakan sebuah filem romantik komedi diarahkan oleh Mike Rohl dan dibintangi oleh Vanessa Hudgens, Sam Palladio dan juga Nick Sagar. Filem ini mengisahkan tentang dua orang wanita yang rupa seiras bertemu dan kemudiannya masing-masing bertukar tempat. Filem ini ditayangkan di Netflix pada 16 November 2018. 

Sebuah filem yang ringan. Jika anda suka dengan filem-filem keluaran Disney pada awal tahun 2000-an, maka anda juga akan suka deNgan filem ini.Sequel untuk filem ini juga masih dalam pembikinan.



 THE PRINCESS SWITCH (2018) 

Pengarah : Mike Rohl
Pelakon : Wanesssa Hudgens, Sam Palladio, Nick Sagar
Durasi : 102 minit 

16. HOLD THE DARK


Hold The Dark (2018) merupakan sebuah filem aksi-thriller diarahkan oleh Jeremy Saulnier dan lakon layar oleh Macon Blair. Dibintangi pelakon seperti Jeffrey Wright, Alexander Skarsgard, James Badge Dale dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan di Netflix pada tarikh 28 September 2018. Filem ini mengisahkan tentang seorang penulis, Russel Core, yang kehilangan tiga orang anaknya disyaki dibunuh oleh serigala. Russel Core diupah oleh seorang ibu yang kehilangan anak lelakinya untuk mencari anaknya tersebut di hutam Alaska. 


 HOLD THE DARK (2018) 

Pengarah : Jeremy Saulnier
Pelakon : Jeffrey Wright, Alexader Skarsgard, James Badge Dale, Riley Keough
Durasi : 125 minit 

17. THE PERFECTION


The Perfection merupakan semua filem psikologi-thriller-seram yang diarahkan oleh Richard Shepard. Dilakonkan oleh Allison Williams, Logan Browning, Steven Weber dan juga Alaina Huffman. 

An elegant and terrifying suspense ride filled with unexpected twists and turns. When troubled musical prodigy Charlotte (Allison Williams) seeks out Elizabeth (Logan Browning), the new star pupil of her former school, the encounter sends both musicians down a sinister path with shocking consequences.


 THE PERFECTION (2019) 

Pengarah :Richard Shepard
Pelakon : Allison Williams, Logan Browning, Steven Weber, Alaina Huffman
Durasi : 90 minit 

18. BIRD BOX


Bird Box (2018) dibarisi pelakon hebat seperti Sandra Bullock, Trevante Rhodes, Sarah Paulson dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang berusaha menyelamatkan dan menjaga dua orang anaknya daripada makhluk atau entiti dimana sesiapa sahaja yang melihat mereka akan menjadi gila dan akan membunuh diri sendiri. 

Sequal untuk filem ini telah diumumkan pada bulan Julai 2020 yang lalu dan didalam pembikinan.


 BIRD BOX (2018) 

Pengarah : Susanne Bier
Pelakon :  Sandra Bullock, Trevante Rhodes, John Malkovich, Danielle Macdonald, Sarah Paulson
Durasi : 124 minit 


19. ENOLA HOLMES


Sebuah filem misteri yang ditayangkan pada tahun 2020 di Netflix, Enola Holmes (2020) menceritakan mengenai seorang perempuan remaja yang juga merupakan adik kepada penyiasat terkenal Sherlock Holmes. Enola Holmes pergi ke London untuk mencari ibunya yang hilang. Pelbagai perkara berlaku dalam usaha Enola Holmes mencari ibunya. 

Dibintangi pelakon hebat seperti Henri Cavill, Sam Claflin, Millie Bobby Brown dan juga Helena Bonham Carter, filem ini mendapat review positif daripada pengkritik filem terutamanya atas lakonan watak utama filem ini. 


 ENOLA HOLMES (2020) 

Pengarah : Harry Bradbeer
Pelakon : Millie Bobby Brown, Sam Claflin, Henry Cavill, Helena Bonham Carter
Durasi : 121 Minit

Sekian sahaja senarai 19 drama dan filem di Netflix yang anda perlu tonton. Bagaimana? Ada tak drama atau filem yang anda ingin tonton? Bagaimana pula dengan drama atau filem yang anda pernah tonton? Oh ya, jika drama atau filem yang anda pernah tonton tiada dalam senarai, bolehlah anda komen diruangan bawah ya.

Sekian.

Sumber : Wikipedia | Netflix | Google Image

16 comments:

  1. Banyak cite best2 kat netflix ni sampai tak tertengok.

    ReplyDelete
  2. Thank you for suggestion. Ada movies and Series yang Myra dah tengok. Yang belum tengok nie nanti nak marathon masa weekend.

    ReplyDelete
  3. Thanks for the list. Abe kie cuma tgok filem je. Kalau nak layan drama tu x sempat la..

    ReplyDelete
  4. Baru tgk Enola, Umbrella Academy, Bird Box, Princess Switch je.. 😆

    ReplyDelete
  5. Hampir kesemua dah tengok heheheh. Paling love is Ratched & Riverdale

    ReplyDelete
  6. Kebanyakan drama ada dalam list. Tapi sebab banyak sangat nak tengok, ada yang dah tengok ada yang belum

    ReplyDelete
  7. so far dah tengok antara yang dalam list tu! ada yang best dan ada yang tergantung hahahaah kadang tak suka yang bersiri sangt sebab melaratt penah sekali tu sebab best sangat sampai ke pagi tak tidur marathon movie

    ReplyDelete
  8. Malangnya saya takde Netflix. Tp takpe la,saya akan take note semua series ni,mana la tau kot2 nanti ada keluar kt tv3 ke..

    ReplyDelete
  9. Bagus ada senarai gini, senang laaa Sis ko nak merujuk kot laaa rasa nak layan Netflix.. buat masa ni memang xde cann nak nengok, anak aje konker remote..

    ReplyDelete
  10. Hwmpir semua dalam list dah tgk. Tapi yg bt nak tgk sex education. Macam kelakar jalan cerita dia

    ReplyDelete
  11. Tq buatkan list. Done simpan & bagi dekat adik juga. Boleh tengok sama2 hihi

    ReplyDelete
  12. Thanks for this great list! I also watch Netflix at home almost everyday. Can't wait for the next season of Money Heist! yay

    ReplyDelete
  13. Thanks for suggestion, nanti boleh lah ajak family dok melepak tengok sesama. Alang-alang tengah cuti ni

    ReplyDelete
  14. Enola Holmes best sangat! Haritu dah tengok Ratched, lepas ni nak layan Peaky Binders pulak sementara tunggu series 13 Reasons Why keluar hehe

    ReplyDelete
  15. wah.. nampak macam best best semua filem dalam list kat atas.. TB memang tak tahu pun filem terkini yang best, mujur baca entri ni baru tahu movie2 yang best ni..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.