Review Instant Pasta Knorr Cheesy Carbonara

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Instant Pasta Knorr Cheesy Carbonara

Aku sebenarnya teringin nak makan pasta yang bercheese tapi aku malas nak masak. Kalau di rumah keluarga di Kedah, boleh dikatakan setiap minggu aku akan masak bersama adik beradik sebarang jenis pasta.
Bila dah berada di Lembah klang, duduk sendiri, nak masak pasta sendiri macam malas lepas tu aku sendiri tak reti agak berapa banyak yang aku nak. Kadang-kadang aku rasa macam nak makan banyak, tapi end up tak habis, tapi nasib baik ada ahli keluarga yang lain. Bila di rumah sewa ni, kalau buat lebih nanti tak habis nak bagai pada siapa?

INSTANT PASTA KNORR CHEESY CARBONARA


Alhamdulillah baru-baru ini aku ada pergi shopping barang dekat Aeon Cheras Selatan dan aku jumpa satu produk yang aku rasa macam nak cuba. Produknya adalah Instant Pasta Knorr Cheesy Carbonara. Ranya ini kali pertama aku nampak produk ni, dan kebetulan aku jumpa, terus aku masukkan dalam troli.

Al Dente Fusili yang lazat dimasak dalam sos carbonara dan keju dengan daging ayam. 

Nampak macam meyakinkan, selain dapat jimatkan masa sebab katanya dalam 5 minit sahaja dah boleh siap dihidang dan boleh menjamu selera. Cara memasak pun mudah sahaja.

Review Instant Pasta Knorr Cheesy Carbonara

Di dalam satu bungkus Instant Pasta Knorr Cheese Carbonara ini ada tiga pek pasta dan juga tiga pek serbuk cheese. Jadi anda boleh pilih kalau macam lapar sangat, letak je ketiga-tiga pek dalam satu masa. Tapi kalau macam nak rasa sahaja, bolehlah buat satu pek apsta dan satu pek serbuk cheese sahaja.

CARA MEMASAK INSTANT PASTA KNORR CHEESY CARBONARA
  • Tuangkan kandungan ke dalam bekas.
  • Tambahkan 110ml air panas (90 -95) ke dalam bekas dan kacau
  • Tutup dan biarkan selama 5 minit. Kacau sebelum menikmati. 
Mudah sahaja cara memasak, macam anda selalu masak mee segera, begitulah caranya. Dibawah ini adalah gambaran apa yang anda akan lihat ketika memasak. Oh, apa yang anda nampak dalam bowl tersebut adalah ketiga-tiga pek telah dimasukkan. Itulah portionnya.

Review Instant Pasta Knorr Cheesy Carbonara

REVIEW INSTANT PASTA KNORR CHEESY CARBONARA

Baiklah, setelah aku mencuba sendiri dan memasak, kini tibalah masa untuk aku memberi pendapat. Bagi aku ia biasa-biasa sahaja. Bahkan mungkin ada beberapa ramuan yang tidak cukup. Rasa cheesenya agak lemah tapi mungkin kerana aku terlebih letak air, tapi aku rasa macam ada sesuatu yang kurang.

Mungkin kalau nak lebih menarik, kena tambah sendiri contohnya macam daging ayam, sosej dan sebagainya. Mungkin tambah bahan perasa juga sebab macam tak berapa nak masin. Kalau di rumah, macam-macam bahan kami letak dan rasanya of course lah sedap. Tapi mungkin sebab ini adalah instant jadi rasanya ada sedikit kurang.

Adakah aku akan beli lagi Instant Pasta Knorr Cheesy Carbonara, mungkin. Tapi itupun sekiranya aku rasa macam nak cuba, dan pastinya kalau aku beli lagi nanti aku akan tambah beberapa bahan lain untuk menjadikan ia lebih menarik. 

Oh ya, aku ada juga check rupanya Instant Pasta Knorr Cheesy Carbonara ini ada juga dijual di Shopee. Kalau korang berminat bolehlah beli di SINI. Sekian sahaja untuk review kali ini, dan untuk pengetahuan anda review ini bukannya review berbayar.

SEKIAN

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. You are looking for a real financial loan company to procure a loan of 10,000 euros to 10,000,000 euros (for commercial or business loans, personal loans, personal loans, mortgage loans, car loans, debt consolidation loans, venture capital loans, health loans etc.))
    Or is he denied a loan from a bank or financial institution for any reason?
    Apply now and get a real financial loan. Processed and approved in 3 days.
    PACIFIC FINANCIAL LOAN FIRM  We are an international loan lender which provides real financials to individuals and companies at a low interest rate of 2% with a valid identity card or international passport of your country for verification.Loan repayments start at 1 (one) year after the loan is received and the repayment period is 3 to 35 years.

    For an immediate response and process your application for the border within 2 business days
    Contact us directly through this mail: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    Contact us with the following information:

    Full name: ____________________________
    The amount of money needed as a loan: ________________
    Credit term: _________________________
    The purpose of the loan: ______________________
    Birthday: ___________________________
    Gender: _______________________________
    Marriage Status: __________________________
    Contact address: _______________________
    City / ZIP Code: __________________________
    Country: _______________________________
    Occupation: ____________________________
    Mobile phone: __________________________

    Send your request for an immediate response to: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    thank

    Chief Executive Officer Mrs. Victoria Johnson

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post