Lirik Lagu : Neraca - Kmy Kmo, Luca Sickta Ft Dato' Jamal Abdillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lirik Lagu : Neraca - Kmy Kmo, Luca Sickta Ft Dato' Jamal Abdillah

Penyanyi Rap tanah air, Kmy Kmo dan Luca Sickta kali ini berganding dengan seorang lagi legenda tanah air iaitu Dato' Jamal Abdillah dalam lagu terbaru mereka berjudul Neraca. Gandingan rapper anak muda ini pernah hadir dengan lagu 7 Nasihat bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Zuhud bersama Dato' M Nasir.

NERACA - KMY KMO, LUCA SICKTA FT DATO' JAMAL ABDILLAH Penyanyi : Kmy Kmo & Luca Sickta Feat. Dato’ Jamal Abdillah Komposer : Kmy Kmo & Luca Sickta Penulis Lirik : Kmy Kmo & Luca Sickta

LIRIK LAGU : NERACA - KMY KMO, LUCA SICKTA FT DATO' JAMAL ABDILLAH (Chorus) (Dato’ Jamal Abdillah) Aaaaaaaa.... Lepaskan semua, lepaskan semua, Aaaaaaa... Lepaskan semua, jadi lepaskan semua. Verse 1 : ( Luca Sickta ) Ber alun dan bergemanya Terbuka di singgah sana, Yang pejam akan tercelik, Kelam, terpekik, Pelik, tercekik, Ber santun nan sehaya, Terlukanya si cahaya, Sang rejam sakan menarik, Jeram tertarik, mata pun sakit, Jangan lena, bangun dari mimpi, Terapi minda, jiwa hak hakiki, Berapa pena? Pegun dengan mimpi, Berapi indra, tagih kata sakti, Kiri kanan mu tertulis sudah, Usah diramal yang bukan mudah, Gubah gaya mu jika ngerti hati, DiriNya, Rakan ku, berhenti mati, Mula dari tangan (tangan) Terus naik ke siku, (siku) Basah tempat angan, (angan) Biar mengalir di situ, (situ) Sentuh pendengaran, (dengaran) Peka mendengar yang SATU, (bisu) Lupa jangan pada dua langkah mu, daya yang merempuh liku, Pre Chorus : (Dato’ Jamal Abdillah, Kmy Kmo & Luca Sickta) Sucikan, menyucikan, mengikut tertib, Korbankan mengorbankan, tanpa terdetik, Fikiran yang fikirkan hidup sedetik, Jadi, Lepaskan semua, Jadi, Lepaskan semua, (Chorus) (Dato’ Jamal Abdillah) Aaaaaaaa.... Lepaskan semua, lepaskan semua, Aaaaaaa... Lepaskan semua, jadi lepaskan semua. (Dato’ Jamal Abdillah) Sinar mentari, Yang menerangi, Bumi yang digelapkan sang purnama, Seruan itu kekal berbunyi, Kekal bergema seluruh cakrawala, Memanggil engkau, Memanggil aku, Memanggil kita dari rutin drama, Mencari arah, Suara itu, Tuk laksanakan rutin yang sebenarnya, (Chorus) (Dato’ Jamal Abdillah) Aaaaaaaa.... Lepaskan semua, lepaskan semua, Aaaaaaa... Lepaskan semua, jadi lepaskan semua. Verse 2 : ( Kmy Kmo ) Dari saripati nutfah , sampai nafkhur ruh kau teguh, hingga selaput terbuka indah pancarindera pun menyentuh, emosi sudah merasa yang manis tangis hati rapuh, belum temu cara tangkis hingga faham pada nafsu angkuh, jadi apa maksud hidup dibumi dahaga terkenal, sedangkan acap kali tertinggal hingga diri tak mengenal, aku bukan lagi aku lepas hanyut di lautan syahwat, jika amal tercatat berat pasti yang kiri kering dakwat, slepas, jelas, makin, lemas, tewas, aku, rimas, lepas, nikmat, ini, semuuanya, di akhiri, bertemuNYA, maka mata hati kau sedar udara makin tercemar, ahhh, menitis la hiba dijiwa dan mula rasa kecewa, bangkit lah susun atur bermula dengan wajib lima, impak nya pasti maksima hingga nurani terkesima. Outro: (Dato’ Jamal Abdillah) Selepas Olah Limbang Amal Tuk aku, Berjuta Emas Ku Akan Lenyap Akibat Neraca.. akhir...

MUZIK VIDEO RASMI NERACA - KMY KMO, LUCA SICKTA FT DATO' JAMAL ABDILLAH


Sekian

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post