Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga hari-hari anda sentiasa bahagia dan sihat sejahtera. Kali ini aku dengan gembiranya nak ceritalah dengan anda semua pengalaman aku makan dan luangkan masa bersama keluarga. 

Okay, kisahnya begini, apabila diumumkan sahaja bahawa rentas daerah sudah dibolehkan, aku yang ketika itu berada di Kedah mengajak keluarga untuk makan sate di Semeling, Bedong. Bedong merupakan salah satu bandar yang terletak di daerah Kuala Muda, 12 kilometer utara dari bandar Sungai Petani. Aku pula bersama keluarga menetap di daerah Kulim.

Alhamdulillah, apabila sudah dibenarkan merentas daerah, kami sekeluarga pun merancanglah untuk makan sate. Ada banyak sebenarnya gerai dan restoran sate di Semeling/ Bedong ini. Pada mulanya nak makan sate di tengah pekan Semeling, sebab memang selalu pergi situ, tapi sebab restorannya hanya ada sate sahaja, manakala mak & ayah aku nak makan nasi dan menu lain, jadi kami pun mencari restoran lain.

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Sebenarnya dari awal lagi dah nampak restoran At Satay Semeling ni, tapi selalu macam ramai sangat, itu yang malas nak singgah. Kebetulan masa kami pergi memang tak ramai lagi. Jadi, kami terus sahaja pergi makan sate dan makanan lain di restoran At Satay Semeling ini.

Kalau nak tahu macam mana rupa depan restoran ini boleh lihat gambar paling atas sekali. Maaf ya, itu bukanlah gambar yang aku ambil sendiri tetapi aku pinjam dari sedapnya-makan.blogspot.com . Lupa pula sebenarnya nak snap gambar hadapan restoran ini.

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Sate sememangnya makanan kegemaran aku, terutamanya apabila di Kedah, memang sate antara makanan yang aku akan makan. Kalau di KL atau Selangor, agak jarang sebenarnya aku makan sate pertama sebab harganya yang 2  atau 3 kali lebih mahal daripada harga di Kedah dan kedua rasanya yang kurang sedap berbanding di Kedah.

Di rumah aku di Kulim pun ada sahaja yang menjual sate tetapi bagi aku ia kurang sedap dan contohnya sate ayam banyak yang diletakkan kulit berbanding isi. Bila datang ke At Satay Semeling ini, memang akan berpuas hati! 

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Macam mana? Melihat gambar ini pun dah buatkan aku terliur. Sate ayam dan sate dagingnya bagi aku adalah yang terbaik. Ditambah lagi dengan kuah kacang yang sedap, memang tiada kata yang mampu diungkapkan. Bayangkan ya, sate daging itu pada awalnya hanya 20 cucuk sahaja dipesan, kemudian, ditambah lagi 20 cucuk, menjadikan kesemuanya 80 cucuk sate, 40 sate ayam + 40 sate daging, dimakan bersama keluarga aku iaitu seramai 5 orang sahaja.

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Jangan risau, bukan hanya sate sahaja yang dijual di sini. Ada banyak juga menu lain yang ada disini seperti aneka nasi goreng, cucur udang, aneka mee, nasi lemak, dan macam-macam lagi. Kalau datang ramai-ramai tapi ada yang macam tak nak makan sate tu bolehlah cuba makanan lain juga.

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Suasana makan di sini juga selesa, ada banyak tempat duduk dan tempat makan yang disediakan. Sekarang pula kalau nak masuk memang perlu scan MySejahtera dan suhu. Tempat meletak kereta yang luas juga disediakan, tak payah risau dah tentang parking. Surau dan tandas juga disediakan. Memang memberi kemudahan kepada pelanggan.

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah


HARGA MAKANAN & MINUMAN

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Untuk kali pertama aku datang bersama ayah, mak dan dua orang adik aku sahaja. Kemudian, pada hari yang lain pula aku datang lagi bersama keluarga dan juga ditambah dua orang lagi iaitu kakak aku dan anaknya. Abang ipar aku tak dapat nak turut serta sebab dia ada urusan lain.

Macam biasa, apa yang dipesan adalah sate ayam dan daging serta menu lain untuk dimakan bersama keluarga. Kemudian selesai makan, kami pun bersiar-siar di Tanjung Dawai yang terletak kira-kira 10 minit sahaja.

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Menikmati angin laut dan juga keindahan matahari terbenam. Ini juga adalah pertama kali Baby Daniel datang ke pantai dan melihat laut. Memang dialah yang paling teruja. Selain iut, kami sekeluarga pun sudah lama tak bersiar-siar di tepi pantai. Yalah, Kulim mana ada pantai.

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah

Jadi sekian sahaja coretan kali ini. Ini bukanlah review berbayar ya, tetapi memang makan sate di At Satay Semeling merupakan antara yang perlu anda cuba apabila datang ke daerah Kuala Muda, Kedah ini.  Harga yang murah, restoran yang selesa, apa lagi yang anda mahukan? Jumpa lagi dalam artikel lain. 

LOKASI AT SATAY SEMELING


SEKIAN

Kredit : Sedapnya-Makan

22 comments:

  1. Boleh try ni... betul tu, kat Kulim tak ada sate sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Betul lah, tengok gambar sate tu terus terliur. Nampak sedap!

    ReplyDelete
  3. Sate ni sis makan juga tapi kalau balik kampung suami kat kedah ni sis pi cari ais kacang dinalang (Ais Kacang Salji) bihun sup dan laksa utara....

    ReplyDelete
  4. Fuh layan makan sate lebih-lebih lagi tengok versi sate kat semeling ni. Walaupun nampak macam biasa, tapi maybe kena try baru tau

    ReplyDelete
  5. Bestnya boleh jumpa family. Selalu juga saya balik utara, nanti boleh add Satay Semeling, Bedong ni dalam list.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sempat lah rentas negeri sebelum PKP bermula hari tu hehe :)

      Delete
  6. Baca post you nie buat I rindu pula nak makan satay. Padahal baru jer makan satay last week. Hehehehehehehe.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sorry, nampak gaya u kena pgi makan lagi lah haha :)

      Delete
  7. Nampak sedap betul ye juadah di situ. Nanti kalau ada rezki ke Kedah, boleh la try makan kat situ. Thanks for recommending.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang recommended! Nanti Rawlins datang kedah boleh lah jalan2 jugak :)

      Delete
  8. Best kan bila dah boleh merentas daerah..boleh pergi tempat yang kita suka..sedapnya tengok sate tu..nanti nak cari sate la..kita pun dah lama tak makan

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap Satay tu, dagingnya nampak juicy.. cuma Sis nampak takde bagi bawang ek? Sis kalau makan satay takde bawang, rasa tak lengkap gitu hehehehe

    ReplyDelete
  10. Pernah makan.. Memang sedap n fames dekat belah2 sungai petani nu... Nnt len kali nk repeat lagi

    ReplyDelete
  11. Ya ampun tgk sate pun tahu sedap. Nampak padat betul isinya

    ReplyDelete
  12. Rindu betul nak ke pantai. Sesejak pandemik ni lom berapa nak berani tp memang pasang impian nak bawak anak² bercuti

    ReplyDelete
  13. wah memang nampak sedap dan agak besar juga satay yer. thanks sharing, nnt next time boleh JJCM makan kat sini

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.