Tonton Konsert KCON:TACT 3 dan Peluang Menang Pertemuan Maya Bersama Bintang 'Penthouse', Kim Young Dae Hanya di Astro!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tonton Konsert KCON:TACT 3 dan Peluang Menang Pertemuan Maya Bersama Bintang 'Penthouse', Kim Young Dae Hanya di Astro!

TONTON KONSERT KCON:TACT 3 DAN PELUANG MENANG PERTEMUAN MAYA BERSAMA BINTANG 'PENTHOUSE', KIM YOUNG DAE HANYA DI ASTRO!

Sempena sambutan ulang tahun ke-25 Astro, semua pelanggan Astro dapat menikmati peluang eksklusif untuk strim siaran langsung, KCON:TACT 3, festival muzik terbesar di dunia yang meraikan budaya pop dan hiburan Korea, dari jam 8 malam setiap hari bermula 20 hingga 28 Mac 2021, secaa eksklusif di aplikasi Astro GO tanpa sebarang caj tambahan.

Peminat K-Pop dapat melihat satu gabungan persembahan secara langsung yang mengujakan serta sesi bertemu peminat yang menampilkan idola K-Pop terhangat seperti AB6IX, A.C.E, ATEEZ, BTOB, Dreamcatcher, ENHYPEN, EVERGLOW, HA SUNG WOON, HyunA, iKON, ITZY, JESSI, JO1, KANG DANIEL, LEE JIN YUK, LOONA, MAMAMOO, OH MY GIRL, P1Harmony, SF9, Stray Kids, SUNMI, THE BOYZ, TOMMOROW X TOGETHER, TOO dan WOODZ (Cho Seung Youn).

Tonton Konsert KCON:TACT 3 dan Peluang Menang Pertemuan Maya Bersama Bintang 'Penthouse', Kim Young Dae Hanya di Astro!

Di samping itu, peminat dapat menikmati kandungan khas termasuk rakaman di belakang tabir yang memperlihatkan persiapan persembahan dari beberapa idola K-Pop kegemaran mereka dan kandungan pra-rakaman terpilih yang menampilkan lebih daripada 26 artis dan selebriti K-Pop.

Festival ini pernah dijalankan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Mexico dan Jepun, dan pada tahun ini para peminat dapat menikmati pengalaman strim secara langsung persembahan 'jelajah dunia' di KCON:TACT 3 dengan selesa di kediaman mereka.

Tonton Konsert KCON:TACT 3 dan Peluang Menang Pertemuan Maya Bersama Bintang 'Penthouse', Kim Young Dae Hanya di Astro!

Semua rakyat Malaysia juga boleh memuat turun aplikasi percuma Astro GO dan padankan ke akaun Astro keluarga atau rakan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara menghubungkan aplikasi Astro GO, lawati product.astro.com.my/astrogo atau lihat video ini.

Muat turun Astro GO sekarang dan strim KCON:TACT 3

PELUANG MENANG DALAM 'ONEDERFUL DAY WITH KIM YOUNG DAE'

Tonton Konsert KCON:TACT 3 dan Peluang Menang Pertemuan Maya Bersama Bintang 'Penthouse', Kim Young Dae Hanya di Astro!

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke -25 Astro, semua pelanggan Astro juga boleh mengambil bahagian dalam 'ONEderful Day with Kim Young Dae', sebuah pertandingan dengan kerjasama saluran hiburan Korea terkemuka, ONE, menawarkan peluang bertemu secara tertutup bersama Kim Young Dae, bintang popular dari K-drama 'Penthouse 2', melalui sesi perjumpaan maya eksklusif.

Pertemuan maya tertutup yang eksklusif ini akan diadakan pada 28 Mac 2021 dari jam 2.45 petang hingga 3.40 petang.

Pelanggan boleh mengambil bahagian dari sekarang hingga 21 Mac 2021 dengan melayari laman web promotions.astro.com.my dan menjawab dua soalan mudah. Walaupun terbuka untuk semua pelanggan Astro, penyertaan dari pelanggan Pek Korea menggandakan peluang mereka untuk menang.

Dari penyertaan yang diterima, empat belas pelanggan Astro akan dipilih sebagai pemenang untuk pertemuan maya eksklusif ini. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mac melalui laman web yang sama.

Layari promotions.astro.com.my untuk mengambil bahagian sekarang.

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.