Cerita Hari Raya 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog aerill.com. Alhamdulillah, tahun ini aku diberi kesempatan untuk beraya bersama keluarga. Ya, mungkin ada yang pelik macam mana boleh pulang beraya bersama keluarga?

Pelajar IPT diberi kelonggaran untuk pulang, jadi aku tanpa melengahkan masa menggunakan kelonggaran yang diberikan. Yalah, aku dah tak jumpa keluarga selama beberapa bulan. Tapi dalam masa yang sama aku turut bersimpati dengan mereka yang tak dapat berjumpa keluarga, isteri, suami dan sebagainya dan tiada kelonggaran yang diberikan. 

Aku pulang ke Kedah pada dua hari sebelum hari raya dan segalanya telah aku persiapkan. Segala SOP dan sebagainya aku ikut termasuklah membasuh pakaian dan sebagainya sebaik sahaja sampai dirumah, yalah mana tahu aku ini pembawa virus. In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan ceritakan secara santai, dan juga sebagai kenangan untuk masa hadapan apabila dibaca kembali. 


HARI IBU & BIRTHDAY AYAH


Dalam waktu yang sama juga, aku sempat menyambut dua sambutan iaitu hari ibu dan juga hari lahir ayah aku pada sehari sebelum raya. Kami berbuka dengan makan kek dan KFC yang dibeli dan ditempah sehari sebelumnya.  Hari ibu adalah pada 9 Mei manakala hari ulang tahun kelahiran ayah aku adalah pada 11 Mei. Hari raya pula pada tanggal 13 Mei.  11 Mei aku tiba dirumah, tempah kek esoknya ambil untuk dimakan ketika berbuka puasa pada hari terakhir Ramadhan.

HARI RAYA AIDILFITRI 2021

Disebabkan pada mulanya aku tidak bercadang untuk beraya bersama keluarga, jadi tiada baju raya baru untuk aku tahun ini. Keluarga aku pula masing-masing mempunyai baju raya baru dan mengikut tema kecuali kakak aku sebab temanya warna bersama dengan abang ipar dan anak saudara aku. 



Tapi hari raya kali ini betul-betul sederhana. Jiran-jiran tak ada yang ziarah menziarahi, kanak-kanak yang datang nak beraya pun disuruh balik sebab takut tentang penularan Covid. Juadah yang disediakan pun hanya untuk seisi keluarga sahaja. Macam biasa, ketupat palas memang wajib dibuat, rendang ayam dan daging juga. Kuih pula hanya beberapa jenis sahaja yang dibuat iaitu kuih samprit, cornflakes madu, kacang botak dan kuih siput sahaja. Memang biasa sahaja berbanding tahun sebelum-sebelum ini.


Jadi begitulah cerita hari raya 2021 yang serba sederhana. Menghabiskan lauk-pauk, ketupat, rendang, kuih raya dan sebagainya. Menonton cerita-cerita yang kononnya menarik di televisyen (aku tonton drama dan filem di Netflix). Aku juga bercuti dari segala SOSIAL MEDIA, dimana aku langsung tidak membuka BLOG, TWITTER, FACEBOOK, WHATSAPP DAN SEBAGAINYA untuk merehatkan diri sehabis baik. 

Entah bila kehidupan kita akan kembali seperti sebelum zaman Covid-19. Entah bila kita dapat merentas negeri, pergi ke mana sahaja tanpa sebarang perasaan takut dan waswas. Entah bila kita dapat melancong, beriadah dan berjalan-jalan bersama keluarga danr akan-rakan. Sama-samalah kita menjaga diri kita, keluarga kita dan masyarakat. 

Akhir kata, selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin aku ucapkan buat semua rakan-rakan. Segala salah dan silap harap diampunkan dan semoga hari-hari yang mendatang akan diberikan limpahan nikmat rezeki dan kesihatan yang melimpah ruah. 

SEKIAN

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Kau mesti tak mandi kan masa amik gambar raya nii atau masa nak amik gambar raya nii kau baru bangun tido selepas bermalas-malasan dengan kueh raya hidengan ibu tercinta ..

    Selamat Hari Raya Aidil-fitri dan Aidil-Adha Aerill ..

    #StaySafe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post