Disney+ Hostar di Malaysia Bermula 1 Jun Dengan Harga RM54.90 Untuk 3 Bulan Langganan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Disney+ Hostar di Malaysia Bermula 1 Jun Dengan Harga RM54.90 Untuk Langganan 3 Bulan

Disney+ Hostar di Malaysia Bermula 1 Jun Dengan Harga RM54.90 Untuk 3 Bulan Langganan |  Peminat Marvel, Star Wars dan pelbagai lagi di Malaysia pastinya gembira dengan berita tentang Disney+ yang akan tersedia di Malaysia bermula 1 June ini! Penantian lebih daripada 1 tahun akhirnya terlerai apabila pengumuman tentang Disney+ diumumkan pada awal Mei yang lalu. 

Disney+ Hostar di Malaysia Bermula 1 Jun Dengan Harga RM54.90 Untuk 3 Bulan Langganan

Sebelum ini, terdapat pelbagai spekulasi, khabar angin dan sebagainya tentang Disney+ di Malaysia. Dikenali sebagai Disney+ Hotstar di Malaysia, laman ini akan memulakan operasi langganannya pada 1 Jun ini.  Harga yang ditawarkan untuk pelanggan melanggan Disney+ Hostar adalah RM54.90 untuk 3 bulan langganan, iaitu RM18.30 bagi setiap bulan. 

Selain itu, pengguna di Malaysia juga dapat melanggan Disney+ Hostar melalui pakej istimewa daripada Astro iaitu kepada pelanggan Astro Movies Pack.

Disney+ Hostar di Malaysia Bermula 1 Jun Dengan Harga RM54.90 Untuk Langganan 3 Bulan

Disney+ Hostar di Malaysia Bermula 1 Jun Dengan Harga RM54.90 Untuk Langganan 3 Bulan

Disney+ Hotstar merupakan satu laman pengstriman untuk filem, dokumentari, siri-siri menarik daripada tempatan dan juga global. Disney+ Hotstar membawakan filem Hollywood dan juga kandungan yang memenangi pelbagai anugerah daripada Disney, Marvel, Star Wars, Pizar, National Geographic dan pelbagai lagi, termasuklah juga filem-filem daripada studio tempatan.

Disney+ Hostar di Malaysia Bermula 1 Jun Dengan Harga RM54.90 Untuk Langganan 3 Bulan

Tersedia di peranti dengan sambungan internet, Disney+ Hostar menawarkan siaran tanpa iklan dengan pelbagai pilihan filem menarik, siri aksi dan juga animasi, dokumentari, termasuklah seperti siri The Mandalorian, WandaVision, The Falcon and The Winter Soldier dan juga filem seperti Avengers : Endgame, Aladdin dan juga Frozen 2. Disney+ Hotstar juga membawakan pelbagai content tempatan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin Ipin dan pelbagai lagi. 

Disney+ Hostar di Malaysia Bermula 1 Jun Dengan Harga RM54.90 Untuk Langganan 3 Bulan

Disney+ Hotstar 
✅ Pelanggan boleh menonton di dua skrin secara serentak menerusi peranti seperti telefon pintar, komputer riba ataupun televisyen.
✅ Majoriti semua kandungan yang tersedia di Disney+ Hostar tersedia untuk dimuat turun, jadi anda boleh tonton di mana sahaja.
✅  Servis Disney+ Hotstar bebas iklan, anda boleh tonton kandungan tanpa sebarang gangguan.

Cara Melanggan Disney+ Hotstar

Pelanngan boleh melangan Disney+ Hotstar secara terus di laman web www.hotstar.com/my/ atau muat turun dan langgan di aplikasi Disney+ Hotstar.



0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم