Maggi® Sedia 130,000 Mangkuk Bubur Lambuk Penuh Khasiat Untuk Wira Barisan Hadapan Dan Komuniti Yang Memerlukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maggi® Sedia 130,000 Mangkuk Bubur Lambuk Penuh Khasiat Untuk Wira Barisan Hadapan Dan Komuniti Yang Memerlukan

MAGGI® SEDIA 130,000 MANGKUK BUBUR LAMBUK PENUH KHASIAT UNTUK WIRA BARISAN HADAPAN DAN KOMUNITI YANG MEMERLUKAN

Semangkuk bubur lambuk merupakan sajian wajib setiap bulan Ramadan dan dianggap sebagai juadah nostalgia di kalangan rakyat Malaysia. Sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini, pasukan Chef MAGGI® menyediakan 130,000 mangkuk bubur lambuk istimewa MAGGI® untuk diedarkan ke 135 lokasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Antara penerima sumbangan bubur lambuk MAGGI® tahun ini adalah para petugas barisan hadapan yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Badan Organisasi Mencegah Bencana Alam (Bomba), Polis Diraja Malaysia (PDRM), petugas-petugas kesihatan dan pejabat kerajaan yang telah bertungkus lumus mengabdikan masa dan tenaga mereka dalam perjuangan negara melawan pandemik COVID-19.

Bubur lambuk MAGGI® juga turut diagihkan kepada anggota masyarakat yang memerlukan seperti keluarga B40 dan penghuni di 52 Program Perumahan Rakyat (PPR), serta rumah anak yatim dan kebajikan.

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, "Kami menghargai dedikasi dan pengorbanan yang tidak ternilai oleh wira barisan hadapan yang telah memberikan sumbangan besar terhadap keperluan masyarakat sepanjang pandemik ini. Ini adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih dan membawa kemeriahan Raya kepada mereka yang terus berkhidmat untuk negara pada masa-masa yang mencabar ini. Inisiatif bubur lambuk MAGGI® tahun ini lebih bermakna hasil jalinan kerjasama dengan Jasmine Food Corporation, ALIF, BHPetrogas dan Kara Malaysia, dalam menyediakan juadah berbuka yang enak dan seimbang, diperbuat daripada bahan-bahan segar seperti ayam dan rempah ratus. Dengan kerjasama rakan-rakan niaga, kami dapat membantu lebih ramai individu yang memerlukan sambil mengekalkan tradisi bubur lambuk istimewa kami."

Dalam menjayakan penyediaan bubur lambuk MAGGI®, pengeluar beras terkemuka di Malaysia Jasmine Food Corporation, telah menyumbang 2,500 kg beras wangi Jasmine dan jenama minyak masak ALIF menaja 1,250 liter minyak masak. MAGGI® juga menerima 140 tong gas petroleum cecair (LPG) daripada BHPetrogas dan 1,250 liter santan kelapa dari Kara Malaysia, pengeluar produk santan tempatan.

Maggi® Sedia 130,000 Mangkuk Bubur Lambuk Penuh Khasiat Untuk Wira Barisan Hadapan Dan Komuniti Yang Memerlukan

Nurul Shawalina dari KPJ Selangor Specialist Hospital berkata, "Kami sangat bersyukur dan terharu dengan sokongan yang diterima daripada MAGGI®. Sumbangan amal daripada MAGGI® ini memberi keceriaan kepada kami yang bekerja sepanjang masa dalam perjuangan melawan COVID-19. Semangkuk bubur lambuk MAGGI® yang penuh khasiat ini pasti akan memberikan kepuasan ketika berbuka puasa, serta membekalkan tenaga dan semangat yang sangat diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan dengan lebih sempurna."

Sementara itu, Hamdan Bin Harun, Presiden Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Rasau berkata, "Kami amat mengalu-alukan sumbangan amal daripada MAGGI® ini dengan tangan terbuka, yang ditujukan terutamanya bagi golongan miskin dan mereka yang menghadapi kesulitan akibat pandemik. Bubur lambuk adalah juadah yang dihasilkan dengan niat murni, sinonim dengan amalan memberi di bulan Ramadan. Oleh yang demikian sajian bubur lambuk MAGGI® ini pasti akan menguntum senyuman di wajah mereka sambil mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat sewaktu berbuka puasa bersama.” Penduduk Pangsapuri Taman Sri Rasau adalah antara 130,000 penerima bubur lambuk MAGGI® tahun ini.

Maggi® Sedia 130,000 Mangkuk Bubur Lambuk Penuh Khasiat Untuk Wira Barisan Hadapan Dan Komuniti Yang Memerlukan

"Tetap setia dengan janji jenama kami, Anda dan MAGGI® Sajikan Kelainan (You and MAGGI® Cook the Difference), kami yakin makanan yang disediakan sendiri di rumah mampu membawa kebaikan dan perubahan positif kepada keluarga dan masyarakat. Walaupun kita dilanda pandemik, bagi kami di MAGGI®, satu amalan yang tetap tidak berubah adalah semangat memberi. Komited untuk mencipta hidangan yang membawakan suasana meriah kepada rakyat Malaysia, kami berbesar hati dapat meneruskan tradisi edaran bubur lambuk MAGGI® yang berkhasiat setiap Ramadan, yang kini sudah berjalan selama beberapa tahun. Kami berharap inisiatif ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi keberkatan Ramadan dengan mereka yang sedang berkhidmat atau memerlukan," tambah Geetha.

Untuk mempelajari cara menyediakan bubur lambuk MAGGI® yang lazat, layari laman web MAGGI® di www.maggi.my
Sekian

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم