Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)

The Falcon and the Winter Soldier (2021) merupakan sebuah mini siri yang diterbitkan oleh Malcolm Spellman untuk laman pengstriman Disney+, menampilkan watak daripada Komik Marvel iaitu Sam Wilson / Falcon dan Bucky Barnes / Winter Soldier.  Siri ini merupakan sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) dan berkaitan dengan filem-filem didalam franchise ini. The Falcon and the Winter Soldier (2021) ini berlaku selepas kejadian di Avengers: Endgame (2019).

Siri ini telah dilancarkand an ditayangkan di Disney+ pada 19 Mac 2021 dan mengandungi 6 episod dan tayangan episod terakhirnya adalah pada 23 April 2021. Siri ini adalah sebahagian daripada Phase 4 untuk Marvel Cinematic Universe dan filem Captain America 4 dalam perancangan sebagai kesinambungan siri ini. 

BARISAN PELAKON

  • Sebastian Stan sebagai James "Bucky Barnes / Winter Soldier / White Wolf
  • Anthony Mackie sebagai Sam Wilson  / Falcon / Captain America
  • Wyatt Russell sebagai John Walker / Captain America / U.S. Agent
  • Erin Kellyman sebagai Karli Morgenthau
  • Danny Ramirez sebagai Jaoquin Torres
  • Adepero Oduye sebagai Sarah Wilson
  • Geogers St-Pierre sebagai Geogers Batroc
  • Don Cheadle sebagai James " Rhodey" Rhodes
  • Daniel Brühl sebagai Helmut Zemo
  • Emily VanCamp sebagai Sharon Carter / Power Broker
  • Florence Kasumba sebagai Ayo
  • Julia Louis-Dreyfus sebagai Valentina Allegra de Fontaine

#1 NEW WORLD ORDER
Tarikh Tayangan : 19 Mac 2021

Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)

Selepas enam bulan daripada kejadian Blip, Sam Wilson a.k.a Falcon perlu menghentikan Georges Batroc dan kumpulan pengganas LAF. Kumpulan pengganas ini telah merampas sebuah kapal terbang dan membawa tebusan ke kawasan Tunisia. Sam Wilson melakukan operasi ini dengan sokongan penuh seorang tentera udara U.S Joaquin Torres. Sam Wilson yang diberikan mandat sebagai Captain America oleh Steve Rogers di penghujung Avengers : Endgame (2019) ragu-ragu dengan idea tersebut dan akhirnya membuat keputusan untuk memberikan "shield" kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk dipamerkan di muzium. 

Bucky Barnes, yang baru sahaja diberi keampunan, perlu mengikuti terapi yang disuruh oleh pihak kerajaan. Dalam sesi terapi tersebut dia berbincang tentang cubaannya untuk memperbaiki masa lampaunya ketika dia menjadi Winter Soldier. Joaquin Torres menyiasat kumpulan pengganas yang baru muncul iaitu Flag Smashers yang mempercayai bahawa kehidupan ketika "BLIP" adalah lebih baik. Joaquin Torres tercedera apabila diserang oleh anggota kumpulan pengganas tersebut yang turut mempunyai kekuatan super sewaktu kumpulan tersebut sedang merompak sebuah bank di Switzerland.

Joaquin Torres kemudiannya memberitahu Wilson tentang kejadian tersebut. Wilson pula ketika itu sedang membantu adiknya Sarah Wilson dalam perniagaan keluarganya di Delacroix, Lousiana. Kemudian, kerajaan pula membuat pengumuman tentang Captain America yang baru iaitu John Walker. 

#2 THE STAR-SPANGLED MAN
Tarikh Tayangan : 26 Mac 2021

Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)

John Walker muncul di rancangan Good Morning America dan menzahirkan tentang impiannya untuk menunaikan tanggungjawabnya sama seperti Steve Rogers. Bucky Barnes memberitahu Sam Wilson bahawa dia sebenarnya perlu simpan 'shield' sebelum mengikut dan menemaninya ke Munich, dimana kumpulan Flag Smashers dan ketuanya Karli Morgenthau merompak penghantaran ubat. 

Sam Wilson dan Bucky Barnes menyerang kumpulan tersebut tetapi kumpulan pengganas tersebut semuanya adalah super soldier dan mereka mengalahkan mereka berdua. John Walker dan Lemar Hoskins kemudiannya tiba dan membantu, malangnya Flag Smashers melarikan diri. John Walker mahu bekerjasama dengan Bucky Barnes dan Sam Wilson, tetapi mereka enggan. 

Bucky Barnes dan Sam Wilson kemudiannya ke Baltimore dan Barnes memperkenalkan tentang seorang askar veteran yang mempunyai kuasa super soldier dan memerangi Winter Soldier dalam perang Korea iaitu Isaiah Bradley.  Walaubagaimanapun, Bradley menolak untuk membantu mereka mendapatkan maklumat mengenai super soldier serum kerana dia sebelum ini dipenjarakan dan dijadikan bahan eksperimen oleh kerajaan dan Hydra selama 30 tahun. Bucky Barnes kemudiannya ditahan kerana tidak menjalani sesi terapi yang ditetapkan kerajaan, dan kemudiannya John Walker membebaskannya. Bucky Barnes dan Sam Wilson sekali lagi enggan bekerjasama dengan Walker dan Barnes mencadangnya kepada Wilson untuk bertemu dengan Helmut Zemo yang dipenjarakan sebelum ini. 

#3 POWER BROKER
Tarikh Tayangan : 2 April 2021

Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)

Helmut Zemo menawarkan untuk membantu mereka menghentikan kumpulan Flag Smashers. Bucky Barnes mengatur rusuhan berlaku di penjara dan membantu Zemo melarikan diri. Kemudiannya, mereka bertiga ke Madripoor, sebuah pulau yang melindungi penjenayah dan dikendalikan oleh Power Broker. 

Penjenayah yang mempunyai pangkat tinggi Selby mendedahkan bahawa Power Broker mengupah bekas saintis Hydra iaitu Dr Wilfred Nagel untuk mencipta semula Super Soldier Serum. Selby kemudiannya dibunuh sewaktu identiti Sam Wilson terdedah dan Wilson, Barnes dan Zemo menjadi buruan untuk dibunuh. 

Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)

Sharon Carter yang hidup dalam buruan di pulau itu menyelamatkan mereka bertiga dan membawa mereka ke makmal Dr. Wilfred Nagel.  Dua puluh dos telah dicipta oleh Nagel dan kesemuanya telah dicuri oleh Karli Morgenthau. Mereka bertiga kemudiannya diserang dan Nagel dibunuh oleh Zemo dalam keadaan huru-hara yang berlaku sebelum menjumpai kenderaan untuk selamatkn diri. Wilson berjanji supaya Sharon Carter akan diberi pengampunan. Kumpulan Flag Smashers menyerbu dan mengebom tempat penyimpanan Global Repatriation Council (GRC) di Lithuania manakala Zemo, Barnes dan Wilson mencari mereka di Latvia. Bucky Barnes kemudiannya bertemu dengan Ayo, seorang ahli Dora Milaje. 


#4 THE WHOLE WORLD IS WATCHING
Tarikh Tayangan : 9 April 2021

Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)

Ayo memberikan masa selama 8 jam sahaja untuk Bucky Barnes dan Sam Wilson menggunakan khidmat Zemo sebelum orang Wakanda membawanya ke penjara atas pembunuhan raja mereka T'Chaka yang dilakukan oleh Zemo. Helmut Zemo membantu mereka mencari Karli Morgenthau di majlis pengebumian ibu angkatnya, dan John Walker dan Lemar Hoskins memintas mereka.

Sam Wilson kemudiannya bercakap secara bersendirian dengan Karli Morgenthau dan berusaha untuk meyakinkan bahawa keganasan adalah cara yang salah, tetapi John Walker kemudiannya dengan tidak sabar mencampur tangan dan pergaduhan besar berlaku. Zemo menghancurkan sebahagian besar serum sebelum ditangkap oleh John Walker yang secara diam-diam mengambil botol serum yang terakhir.

Ayo dan pasukan Dora Milaje kemudiannya datang untuk Zemo. John Walker pula enggan menyerahkannya. Dalam pertarungan berikutnya, Dora Milaje memalukan Walker sementara Zemo pula melarikan diri.

Karli Morgenthau kemudiannya mengancam Sarah Wilson dan memaksa Wilson untuk bertemu dengannya seroang diri dalam usaha untuk memujuk Sam Wilson menyertai mereka. John Walker dan Lemar Hoskins menyerang ahli kumpulan Flag Smashers dan menyebabkan pertempuran berlaku dan secara tidak sengaja Karli Morgenthau membunuh Lemar Hoskins. Marah dengan kematian rakannya, setelah mengambil serum tersebut, Walker menggunakan 'shield' untuk membunuh salah seorang ahli pengganas Flag Smashers dihadapan orang awam yang turut merakam kejadian tersebut.

#5 TRUTH
Tarikh Tayangan : 16 April 2021

Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)

Sam Wilson dan Bucky Barnes menuntut "shield' semula daripada Walker. Pertarungan dan pertengkaran berlaku di mana Walker menghancurkan sut Falcon milik Sam Wilson. Bucky Barnes dan Wilson kemudiannya mengambil semula 'shield' tersebut dan mematahkan lengan John Walker. Barnes kemudiannya bertemu Helmut Zemo di Sokovia dan menyerahkan Zemo kepada Dora Milaje. 

John Walker kemudiannya dilucutkan gelarannya sebagai Captain America oleh kerajaan. Selepas dilucutkan gelaran, Walker didatangi oleh Contessa Valentina  Allegra de Fontaine. Wilson meninggalkan sut Falconnya yang rosak kepada Joaquin Torres dan kemudian melawat Isaiah Bradley.

Isaiah Bradley kemudiannya mengatakan dia tidak percaya bahawa orang berkulit hitam tidak boleh dan tidak seharusnya menjadi Capten America. Sam Wilson kembali ke rumah dan membantu membaiki kapal kepunyaan keluarga. Dia turut dibantu oleh penduduk sekitar dan juga Bucky Barnes. Barnes yang turut membantu membawa bagasi khas dari Wakanda kepada Sam Wilson.

Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)

Bucky Barnes dan Sam Wilson berlatih menggunakan 'shield' dan bersetuju untuk meninggalkan pertengkaran masa lalu dan bekerjasama. Kumpulan Flag Smashers pula merancang untuk melakukan serangan pada persidangan GRC di bandar New York dan disertai Georges Batroc yang secara senyap telah diupah oleh Sharon Carter. Babak kredit memperlihatkan John Walker membina perisai baru dari besi dan pingat. 


#6 ONE WORLD ONE PEOPLE

Tarikh Tayangan : 23 April 2021

Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)

Memakai sut pakaian Captain America yang baru dari Wakanda, Sam Wilson terbang ke New York untuk menghentikan serangan Flag Smashers dengan bantuan Bucky Barnes, Sharon Carter, dan John Walker. Sharon Carter secara tidak sengaja mendedahkan bahawa dia adalah Power Broker kepada Georges Batroc dan membunuhnya sementara Sam Wilson cuba berdebat dengan Karli Morgenthau sebelum Sharon Carter membunuhnya juga. 

Sam Wilson meyakinkan GRC untuk menangguhkan pemindahan paksa orang-orang yang dipindahkan yang diperjuangkan Karli Morgenthau dan sebaliknya berusaha untuk menolong mereka. Ahli pengganas Flag Smashers yang mengambil serum ditangkap oleh Bucky Barnes dan John Walker dan dihantar ke Raft, tetapi mereka dibunuh oleh butler Helmut  Zemo, Oeznik, dalam perjalanan.

Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)

De Fontaine memberikan seragam dan nama kod baru kepada Walker: U.S Agent. Bucky Barnes menyelesaikan tugasnya dengan memperbaiki masa lampaunya dengan semua orang yang dia pernah cederakan sebagai Winter Soldier sementara Sam Wilson pula menempatkan tugu peringatan yang didedikasikan untuk Isaiah Bradley yang ditambahkan ke pameran muzium Captain America. Dalam babak pertengahan kredit, setelah mendapat pengampunan penuh, Sharon Carter sertai semula CIA dan ingin menggunakan akses ini untuk menjual rahsia dan sumber kerajaan.

Sinopsis Penuh Siri The Falcon and the Winter Soldier (2021)


SIRI THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER (2021)

Sebagai penggemar dan peminat Marvel Cinematic Universe, aku benar-benar teruja apabila akhirnya Disney+ sudah tersedia di Malaysia. Walaupun dikenali sebagai Disney+ Hotstar, tapi kandungannya lebih kurang sahaja. 

Semoga dengan sinopsis ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memahami mini siri ini. Oh ya, untuk ulasan penuh berkaitan dengan siri ini nantikan artikelnya nanti! 

SEKIAN

Sumber : Wikipedia / Marvel Studios

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post