Kisah Seram : Penghuni Misteri di Surau Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kisah Seram : Penghuni Misteri di Surau Lama

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku berpeluang untuk berkongsi sebuah cerita untuk "Kisah Seram Apa Minggu Ini?". Nampaknya sudah lama tidak bersiaran dan kali terakhir kisah seram dikongsikan adalah pada bulan April yang lalu. Maafkan saya kerana ada tugas-tugas yang lain.

Baiklah, cerita kali ini adalah separa seram, mengenai kejadian misteri yang berlaku di sebuah surau yang telah lama tidak digunakan dan diimarahkan. Sama-sama kita membaca kisah seram ini dan anda boleh baca kisah-kisah seram lain yang ada di blog ini ya! Selamat Membaca!

PENGHUNI MISTERI DI SURAU LAMA

Seperti yg diceritakan oleh akak aku, surau ni sudah lama terbiar, dah bertahun-tahun. Dulu ada seorang hamba Allah ni rajin jaga surau ni, tapi disebabkan dia dah tua dan uzur maka dah tak ada lagilah orang yang nak menjaga surau tersebut. Biasalah, bila dah kosong mesti benda-benda halus ni tumpang. Sebab itulah secara tak sengaja aku ter "rakam" gambar entiti tu, yalah semua tu dgn keizinan-Nya.

Berbalik pada kisah surau ni, kisah bermula pada satu petang nan senja. Ada sepasang suami isteri ni dari kampung yang sama, keretanya mengalami kerosakan dan masa itu dorang nak ke bandar tapi disebabkan kereta dah buat hal, mereka pakat terus hantar kat bengkel dalam kampung tu juga.

Lama juga diorang tunggu si pomen tu baiki kereta dorang, si isteri pulak dah bosan menunggu lalu dia minta izin kat si suami biar dia balik dulu, berjalan kaki. Mula-mula si suami tak bagi, "Dah nak siap ni tunggu jelah kejap! Lagipun dah nak maghrib ni!" Marah suaminya.

Tapi isterinya berdegil nak jalan jugak' "Kalau abang dah siap nanti ambilah saya dekat surau depan tu. Saya bosanlah tunggu macam ni'' ngomel si isteri tadi dan terus pergi. Si isteri ni jalan punya jalan sampailah dia di surau tu dan dia duduk kat tangga surau untuk berehat, sambil menjeling ke arah bengkel yang tak jauh dari surau tersebut.

Kisah Seram : Penghuni Misteri di Surau Lama

Tiba-tiba ada org tua bertongkat sambil terbongkok-bongkok menyapa dia ''Anak tunggu siapa?" soal pakcik tu. ''Eh, erk..erk.. saya tunggu suami saya.'' jawabnya tergagap-gagap sebab terkejut tiba-tiba je orang tua tu muncul dari arah depan dia. ''Kalau macam tu mari kita solat berjemaah sekali.''ajak org tua tu pada dia. ''Takpalah pakcik kejap lagi suami saya datang ambil saya''. Dia memberi alasan sambil meninjau-ninjau ke arah bengkel tersebut.

Dia rasa pelik sebab surau ni kan dah tak digunakan lagi. Baru sahaja dia nak bagitau pakcik tu, bila ditoleh, orang tua tu dah ghaib macam tu sahaja. Tiba-tiba dia terhidu bau yang sangat harum. Apa lagi, dia terus lari sekuat hati pergi ke bengkel tu semula. Dengan nafas tercungap-cungap dan dalam keadaan menggigil dia tarik tangan suami dia ajak balik dan kebetulan pula kereta dah pun siap dibaiki.

Si suami bertanya ''Kenapa dgn awak ni macam nampak hantu jer". Tapi si isteri ni diam tak jawab apa-apa. Tiba sahaja di rumah barulah dia ceritakan pada suami dia yang dia nampak seorang tua kat surau tu. Terkejut lah si suaminya dengar cerita si isteri tadi. Esoknya hebohlah satu kampung yang surau tu dah ada penghuni baru. Dan ada juga penduduk kampung yang pernah ternampak kelibat orang tua sedang bersolat dalam surau tu.

Persoalannya sekarang siapa orang tua tu? Jin islam? Orang bunian atau mungkin juga org tua tu nakkan orang kampung mengimarahkan kembali surau tersebut.. Siapa tahu kan? Wallahualam, Allah sahaja yg mengetahuinya.

SEKIAN


SUMBER : Kisah Seram | Google Image | Facebook

1 comment:

  1. Saya suka baca entry macam ni, pasti ada hikmah disebalik tiap kejadian.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.