Yiruba Food Basket Aid Campaign

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yiruba Food Basket Aid Campaign

Kempen #BenderaPutih merupakan satu kempen yang cukup murni, dilancarkan oleh rakyat untuk rakyat sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, pandemik Covid-19 yang melanda negara ini sememangnya memberikan 1001 kesusahan kepada rakyat. Ramai yang mula hilang pendapatan, wang yang disimpan semakin berkurangan, kerja diberhentikan, makanan terpaksa dicatu dan pelbagai lagi. 

#BenderaPutih ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia suka membantu antara satu sama lain, walaupun berbeza agama, kaum dan sebagainya, kita masih bersatu atas nama rakyat. Banyak kempen yang dijalankan oleh pihak NGO yang turut serta dalam kempen #BenderaPutih ini.

Yiruba Food Basket Aid Campaign

Yiruba - Ecommerce bersama dengan GETBATS dan Persatuan Pembangunan Jayadiri Selangor melancarkan Food Basket Aid Campaign. Sekiranya anda kehilangan pekerjaan, tiada pendapatan dan perlukan bantuan makanan, Yiruba dengan murah hatinya bersedia untuk membantu.  Selain itu, jika anda melihat mana-mana rumah yang mengibarkan #BenderaPutih dikawasan kejiranan, anda boleh terus menghubungi pasukan Yiruba seperti tertera di dalam poster. Kempen ini telah bermula sejak 2 Julai 2021 lagi. Lebih menariknya, bantuan mereka tidak terhad pada satu kawasan tetapi di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Yiruba Food Basket Aid Campaign

Anda boleh kongsikan berita tentang bantuan oleh Yiruba ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda yang terjejas akibat pandemik ini. Setidak-tidaknya inilah pertolongan yang dapat dilakukan untuk mereka.  Semoga lebih ramai yang dapat dibantu dan Malaysia dapat menamatkan pandemik ini dengan jayanya dimasa hadapan. 


SEKIAN

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم