RM100,000 Barangan Dapur Dimenangi Pemenang-Pemenang Peraduan Makan & Menang Anjuran Lengquas

Assalamualaikum dan salam sejahtera


RM100,000 BARANGAN DAPUR DIMENANGI PEMENANG-PEMENANG PERADUAN MAKAN & MENANG ANJURAN LENGQUAS

Peraduan Makan & Menang anjuran produk makanan sejuk beku jenama LengQuas telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2021. Berlangsung selama tiga bulan sejak 1 April 2021 yang lalu, seramai 60 pemenang bertuah telah dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah berupa barangan dapur bernilai RM100,000. Pemenang￾pemenang Peraduan Makan & Menang anjuran LengQuas telah dihubungi oleh pihak KOPETRO sebelum diumumkan secara rasmi melalui media sosial LengQuas. 

Selain menawarkan hadiah buat pembeli-pembeli LengQuas, KOPETRO turut menawarkan hadiah-hadiah lumayan buat ejen-ejen dan pengedar-pengedar yang berjaya mendapat jualan tertinggi pada bulan April, Mei dan Jun 2021. 


LengQuas adalah produk keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd., salah sebuah anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Mula memperkenalkan dua menu produk sejuk beku pada tahun 2019, LengQuas boleh ditempah secara atas talian melalui akaun media sosial Facebook dan Instagram @lengQuas.official atau melalui tempahan WhatsApp di talian 017 319 5764.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO Berhad, Encik En. Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, biarpun KOPETRO sudahpun lebih 40 tahun ditubuhkan, ini merupakan kali pertama peraduan seumpama Makan & Menang diadakan bagi mana-mana anak syarikat milik KOPETRO. Sambutan diluar jangkaan yang diterima melalui peraduan ini menjadi pembakar semangat bagi seluruh tenaga kerja LengQuas untuk berusaha dengan lebih inovatif lagi demi meningkatkan jualan LengQuas pada masa hadapan.


Ahmad Shakir memaklumkan bahawa sepanjang tempoh peraduan dijalankan pelbagai aktiviti promosi telah dijalankan termasuklah mengiklankan produk-produk LengQuas di stesen televisyen. Hal ini telah menyebabkan sambutan yang luar biasa diterima sehinggakan jumlah pengeluaran produk lengQuas terpaksa ditingkatkan demi memenuhi permintaan pembeli. Sambutan yang cukup hebat ini juga dirasai ejen-ejen dan pengedarpengedar LengQuas yang turut menambah jumlah tempahan bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap LengQuas.


Tambah beliau lagi, KOPETRO turut menerima banyak permohonan daripada orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen jualan LengQuas. Sehingga kini, LengQuas mempunyai lebih 400 ejen berdaftar serata Malaysia dan sedia untuk mengembangkan pasaran LengQuas ke negara jiran dalam masa yang terdekat ini. 


Sambutan yang sungguh memberangsangkan ini membuktikan masyarakat semakin terbuka untuk menerima produk sejuk beku sebagai menu sajian makanan. Menawarkan sajian makanan tradisional seperti Ayam Percik, Daging Masak Hitam dan Daging Dendeng, makanan sejuk beku amat mudah dah cepat disediakan juga enak dan berkhasiat untuk dinikmati seisi keluarga.

Untuk butiran lanjut mengenai senarai produk-produk LengQuas, ikuti Akaun media sosial LengQuas di Facebook, Instagram dan Tiktok @lengQuas.official.

SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم