Cegah Jangkitan COVID-19 & Tingkatkan Imunisasi dengan Eskayvie Diffenz

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cegah Jangkitan COVID-19 & Tingkatkan Imunisasi dengan Eskayvie Diffenz

Cegah Jangkitan COVID-19 & Tingkatkan Imunisasi dengan Eskayvie Diffenz | Pandemik Covid-19 mengajar kita supaya sentiasa menjaga kesihatan dan tingkatkan imunisasi dalam badan supaya dapat melawan virus daripada menjadi lebih teruk. Rata-ratanya umum sudah mengetahui mengapa virus ini sangat berbahaya, buka sahaja ruangan berita, media sosial dan sebagainya, kita boleh lihat betapa virus ini menjadikan hidup kita sangat berbeza. 

Virus adalah berbeza dengan bakteria dan parasit. Virus tidak mampu dihapuskan oleh antibiotik. Secara aslinya, virus hanya bebenang asid amino yang membawa resipi bagi membentuk protein tertentu yang mengarahkan sel yang dijangkitinya untuk menghasilkan lebih banyak zarah virus bagi menjangkiti sel lain. 

Sel ‘asing’ yang berlebihan ini akan cuba dihapuskan oleh sistem pertahanan badan kita demi kesejahteraan keseluruhan tubuh. Pertambahan sel berjangkit virus yang terlalu banyak, akan melemah dan memudarat tubuh ke tahap yang tidak mampu diselamatkan.

Walaupun secara strukturnya, virus tidak mampu wujud secara sendiri tanpa menjangkiti mana-mana sel hidup, namun keupayaan untuk meruntuhkan sistem pertahanan tubuh organisma yang jauh lebih kompleks daripadanya memang amat mengagumkan. 

Terdapat beberapa virus berbahaya yang hidup bersama kita sejak sekian lama. Virus influenza, yang mengakibatkan antara 290,000 hingga 650,000 kematian setahun, disebar melalui udara daripada manusia kepada manusia.

Di penghujung 2019, seluruh dunia diperkenalkan dengan satu lagi spesies virus, iaitu si korona (kerana permukaannya yang dipenuhi struktur seolah-olah mahkota) SARS-CoV-2

Dengan bentuknya yang anggun dengan cangkuk protein berbahaya di seluruh permukaan molekul yang menyimpan bebenang asid ribonukleik (RNA), virus ini merebak dengan begitu pantas. Serangan virus itu tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan reda dalam masa terdekat. 

Ditambah pula dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih agresif akan menyukarkan lagi usaha sistem untuk membendung masalah ini. Penemuan varian membimbangkan kerana ia,
  • Lebih mudah menjangkiti 
  • Menyebabkan gejala yang lebih teruk
  • Mengurangkan keupayaan antibodi untuk melawannya 
  • Mengurangkan keberkesanan rawatan dan ubat yang sedia ada
  • Mengurangkan keberkesanan vaksin atau boleh melepasi perlindungan vaksin

Cegah Jangkitan COVID-19 & Tingkatkan Imunisasi dengan Eskayvie Diffenz

VARIAN DELTA

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2, kali pertama dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu. Ciri-ciri :-
  • 2-4 kali lebih mudah merebak berbanding dari varian sedia ada.
  • Boleh merebak dalam masa yang singkat (3-5 hari berbanding 5-8 hari untuk varian lain).
  • Individu yang dijangkiti dengan varian ini lebih mudah menjangkiti orang lain. 
  • Boleh merebak melalui udara dan hanya mengambil masa sekitar 5 hingga 15 saat

Apa yang membimbangkan pula, apabila baru-baru ini kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta, mendapati varian dominan berkenaan boleh membiak dalam hidung individu yang sudah mendapat vaksin, sama seperti individu yang tidak divaksinasi. 

“Kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu membiak di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin” - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain. Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang individu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.

Di samping itu, kajian kesihatan awam Britain mendapati perlindungan vaksin COVID-19 yang biasa digunakan terhadap varian Delta didakwa menjadi semakin lemah dalam tempoh tiga bulan. Kajian juga mendapati mereka yang dijangkiti selepas menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech atau AstraZeneca dikatakan mungkin berisiko lebih tinggi untuk menjangkiti orang lain berbanding varian sebelumnya.

Berdasarkan lebih tiga juta calitan hidung dan tekak yang diambil di seluruh Britain, Universiti Oxford mendapati berlaku kemerosotan terhadap keberkesanan dalam mencegah jangkitan. Masing-masing menjadi 75 peratus dan 61 peratus selepas 90 hari suntikan kedua vaksin Pfizer atau AstraZeneca. Keberkesanan itu dikatakan menurun daripada 85 peratus dan 68 peratus yang dilihat selepas dua minggu suntikan dos kedua. Kemerosotan keberkesanan ini lebih ketara kepada mereka yang berumur 35 tahun ke atas.

VARIAN LAMBDA

Varian DELTA pun masih belum selesai. Muncul pula varian lain yang dinamakan sebagai Varian Lambda. Seberapa teruk bahaya Varian Lambda ini pula? 

Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO umumkan Varian Lambda didaftar sebagai Variant of Interest (VoI)/ Varian Patut Diperhatikan. Manakala, Public Health England (PHE) menganggap Varian Lambda ini sebagai VUI atau Varian Yang Sedang Diselidik. 

Menurut WHO juga, Varian Lambda mempunyai 7 mutasi pada spike protein. Mutasi ini mampu mengurangkan kemampuan antibodi untuk melawannya. Yang paling ditakuti adalah Varian Lambda ini dilaporkan lebih berbahaya dan mungkin KEBAL terhadap vaksin sedia ada. 

Persoalannya, bersediakah kita untuk "hidup" bersama virus ini?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan dipersetujui majoriti pakar kesihatan, baru-baru ini menyatakan Covid-19 berkemungkinan besar menjadi endemik iaitu kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita seperti selesema.

Apa yang boleh kita harapkan sementara menunggu ia menjadi endemik adalah, program vaksinasi perlu terus berjalan sebab dengan kadar vaksinasi yang tinggi membolehkan kita menjalani rutin kehidupan harian seperti biasa, selain berharap penemuan ubat antivirus sebagai alternatif rawatan sekiranya dijangkiti.

Selain itu, meskipun kita tahu yang kadar kematian akibat jangkitan Covid adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan berusia 65 tahun dan ke atas, ini tidak meletakkan kita individu yang muda dan sihat ini di posisi yang selamat. Walaupun anda berusia kurang daripada 60 tahun dan tiada apa-apa masalah kesihatan, anda masih boleh dijangkiti Covid 19 dan boleh terdedah kepada komplikasi yang lebih parah sehingga mengakibatkan kematian.

Apa yang anda perlu terus lakukan :

1. Jaga gaya hidup 
  • Tingkatkan sistem imun badan dengan lebihkan pengambilan sayuran dan buahan, antioksidan, dan vitamin-vitamin tertentu
  • Banyakkan minum air kosong 
  • Aktifkan diri dengan senaman 
  • Tidur mencukupi
  • Elakkan stres
  • Kurangkan atau hadkan makanan yang tidak sihat seperti makanan bergula dan makanan terproses. 

2. Jaga SOP 
  • Selalu basuh tangan dengan sabun
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut
  • Kurangkan perjumpaan sosial
  • Elakkan tempat yang sesak dan sempit
  • Jauhi kontak rapat dengan individu yang sakit atau bergejala
  • Bersihkan tempat atau objek yang disentuh menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap

Pengalaman Paknil Selepas menerima suntikan Pertama Vaksin


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19

Cegah Jangkitan COVID-19 & Tingkatkan Imunisasi dengan Eskayvie Diffenz

Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayie™ bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Diffenz diformulasikan bagi membantu anda untuk tingkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.

Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Diffenz Membantu:
  1. Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
  2. Meningkatkan Sistem Imun Badan
  3. Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
  4. Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
  5. Menyokong Kesihatan Sendi
  6. Menyihatkan Jantung
  7. Memberikan Tenaga
  8. Mengawal Gula di Dalam Darah
  9. Mencantikan Kulit
  10. Anti Kanser & Anti Virus
Cegah Jangkitan COVID-19 & Tingkatkan Imunisasi dengan Eskayvie Diffenz


Cegah Jangkitan COVID-19 & Tingkatkan Imunisasi dengan Eskayvie Diffenz


4 KELEBIHAN DIFFENZ

#1 Kaya dengan Vitamin C dan D
Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.

#2 Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu
Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningktkan perlindungan dalaman.

#3 Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet
Kandungan antioksidan dan bahan aktif yang sukar didapati dalam satu tablet mudah untuk perlindungan daripada dalaman.

#4 Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat
Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati. 

Cegah Jangkitan COVID-19 & Tingkatkan Imunisasi dengan Eskayvie Diffenz

Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Vitamin C, Vitamin D, Buah Camu-Camu & Cendawan Susu Harimau yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh anda dan keluarga. 

Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah beri hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas. 

TESTIMONI PENGGUNA

TONTON VIDEO 🠊 Angkara seorang habis semua ahli keluarga Zura dijangkiti Covid-19


Cegah Jangkitan COVID-19 & Tingkatkan Imunisasi dengan Eskayvie Diffenz

TONTON VIDEO 🠊"Covid is real."-Pn Zai Zalehah - Pengalaman Hidup Mati Dijangkiti Covid


Cegah Jangkitan COVID-19 & Tingkatkan Imunisasi dengan Eskayvie Diffenz

SOALAN & JAWAPAN

#1 Bolehkah ibu mengandung mengambil Diffenz?
Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Diffenz diambil selepas trimester pertama.

#2 Adakah Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?
Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

#3 Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Diffenz?
Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatakn nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

#4 Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?
Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

#5 Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?
Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.

Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda. Hubungi 03-5511 1050/ 019-608 3027 untuk maklumat lanjut. 

Website: www.diffenz.com 

Akhir kata, kita perlulah bersedia untuk hidup bersama virus Covid-19 ini. Ikhtiar dan pelbagai usaha perlu dilakukan supaya diri kita, keluarga, sahabat dan semuanya terjaga dan dijauhkan dari penyakit. Kepada yang berminat dengan EskayvieDiffenz ini bolehlah hubungan pautan yang tertera di atas.

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.