4,000,000 Pageview dan Tukar Template Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah, kali ini nak berkongsi kegembiraan pencapaian terkini blog Aerill.com ini juga dengan satu pembaharuan yang dilakukan bersempena pencapaian ini. Melihat pada tajuk sahaja pastinya anda boleh agak apa yang nak dihuraikan dengan panjang lebar dalam artikel ini.

Pertama sekali, syukur alhamdulillah kerana akhirnya pageview blog ini sudah mencapai angka 4,000,000 pada penghujung Oktober 2021. Kalau nak diikutkan perjalanan daripada 1 pageview ke angka 1,000,000 adalah sangat lama. Bila dah capai angka 1 juta, aku berusaha agar konsisten pageviewnya dan ada peningkatan jika boleh. 

4,000,000 Pageview dan Tukar Template Blog

Berikut adalah garis masa pencapaian Aerill.com :-

1,000,000 ➤ Mac 2020
2,000,000 ➤ Jan 2021
3,000,000 ➤ Jun 2021
4,000,000  ➤ Oktober 2021


Banyak ilmu yang dibelajar dan diterapkan dalam blog ini. Kalau dulunya buat artikel secara semborono sahaja, tetapi sekarang sudah mengikut aturan dan panduan yang betul. Ada susunannya dan imej yang disertakan adalah bersesuaian dari segi saiz dan rupanya.

Sekarang pun aku rasa masih banyak ilmu blog yang perlu dipelajari. Semoga lebih banyak perkara dapat dipelajari dan in shaa Allah aku akan sentiasa belajar dan berkongsi di sini.

BACA JUGA : 1 Juta Pageview

TUKAR TEMPLATE BARU

4,000,000 Pageview dan Tukar Template Blog

Sebagaimana kisah yang diceritakan blogger-blogger berkenaan masalah loading blog yang baru-baru ini terjadi, menyebabkanr amai yang menukar template blog, begitu juga dengan blog ini. Bila diperiksa di laman GMetrix, Grednya adalah E. Sangat teruk.

Tetapi bila sudah dipakai template baru, diedit beberapa bahagian dan ditambah dengan Adsense, Grednya menjadi lebih baik iaitu B. Aku rasa gred sebegini sudah memberi kelegaan. Selepas ini aku akan berusaha untuk dapatkan gred A pula.

Alhamdulillah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir dan memberikan komen, view dan pelbagai lagi di blog ini. Semoga anda juga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik dan kehidupan sentiasa diberkati. Sekian sahaja untuk artikel kali ini. Terima kasih.



SEKIAN

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post