Pengalaman Terbang bersama Firefly > Penang - Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Terbang bersama Firefly

Wahh, sudah lama tak menulis artikel travel. Rindu betul nak menulis cerita travel dan yang paling dirindukan adalah travel ke tempat-tempat menarik. Baiklah, kalau anda antara pengikut aku di Instagram atau kawan di Facebook, pasti ada perasan aku ada post tentang percutian aku ke Langkawi. Percutian ke Langkawi ini adalah bersama-sama dengan rakan-rakan blogger yang lain selama 6 hari dan 5 malam.

Apabila dibolehkan sahaja rakyat Malaysia untuk merentas negeri dan melancong, aku juga turut teruja untuk melancong semula. Walaubagaimanapun, bercuti tu bercuti jugak, SOP, penjarakan fizikal semuanya masih perlu dijaga. Okay, kali ini aku nak cerita tentang pengalaman aku menaiki pesawat Firefly dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK)

PENGALAMAN TERBANG BERSAMA FIREFLY

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Ayah aku tolong ambilkan gambar. 

9 blogger berlepas dari Lapangan Terbang Subang menuju ke Langkawi manakala aku seorang sahaja berlepas dari Penang. Sebab utamanya sekarang aku berada di Kulim di mana jaraknya lebih kurang satu jam sahaja ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. 

Berikut adalah pengalaman aku dan mungkin beberapa panduan yang anda boleh ikut sekiranya anda teringin terbang bersama Firefly dari Pulau Pinang ke Langkawi. ✌

TIKET | Tiket semuanya sudah dibeli lebih awal. Boleh lihat segala butiran di tiket anda adalah betul, lihat masa dan tarikh penerbangan anda. Macam aku, pesawat akan berlepas pada jam 12.35 tengah hari. Jadi, aku bergerak dari Kulim pada jam 9.00 pagi dan sampai di lapangan terbang sekitar jam 10 pagi. Nasib baik hari itu adalah hari cuti, jadi perjalanan di atas Jambatan Pulau Pinang sangat lancar tanpa sebarang kesesakan.

Dua jam awal adalah masa yang sebaiknya untuk anda menguruskan urusan penting sebelum berlepas. Contoh kalau ada tertinggal dokumen atau apa-apa yang penting, bolehlah uruskan diwaktu ini.

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Kaunter sebelum dibuka & selepas dibuka

CHECK IN | Proses check-in atau daftar masuk adalah sangat mudah. Untuk pengetahuan anda tiket aku ini termasuk dengan 20KG checked baggage. Sewaktu aku check-in, kita perlu scan pada QR Code APM dimana butiran mengenai percutian di Langkawi perlu diisi dan perlu ditunjukkan pada pegawai JPAM di Langkawi.

Seterusya, sampai sahaja di kaunter Firefly setelah beratur, tunjukkan Kad Pengenalan serta status My Sejahtera anda. Pastikan anda telah cukup 2 dos vaksin dan selesai tempoh matang 14 hari. Disebabkan aku membawa bagasi jugak, jadi aku daftar masuk bagasi itu yang hanya seberat 9kg sahaja. Masih berbaki 11kg. 

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Daftar masuk bagasi

Urusan daftar masuk sudah siap. Mudah sahaja prosesnya. Di kaunter tersebut pegawai akan memaklumkan barangan yang boleh dibawa, barangan yang tidak boleh diletakkan dalam bagasi dan sebagainya.

Seterusnya anda bolehlah lepak dimana-mana kawasan di dalam lapangan terbang sementara menunggu waktu berlepas. Kalau tak, anda boleh terus ke Balai Perlepasan

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Dah dapat boarding pass, lepak diluar dulu

BALAI PERLEPASAN | Di sini adalah ruang menunggu sebelum masuk ke pesawat. Aku masuk ke situ dalam 1 jam / 30minit sebelum waktu berlepas. Jangan risau, sebab di kawasan ini ada kedai-kedai makan, tandas dan sebagainya.

Di pintu Balai Perlepasan ini, akan ada pegawai yang melihat tiket anda, kemudian beg galas dan barangan yang dibawa dengan tangan perlu di scan terlebih dahulu. Sekiranya tiada sebarang masalah,  anda boleh terus ke kawasan menunggu.

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Masuk ke Balai Perlepasan

BERLEPAS | Tepat jam 12.05 tengah hari, penumpang boleh menaiki pesawat. Butiran tentang masa ini berada pada tiket anda yang diberikan sewaktu daftar masuk. Beratur dengan penjarakan fizikal, tiket anda akan dilihat dan anda boleh terus ke pesawat Firefly.

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Pergi ke lokasi berdekatan pintu yang ditetapkan

Apabila masuk ke dalam pesawat perkara pertama yang anda akan lihat adalah kakak-kakak dan abang-abang pramugari/pramugara yang cantik dan kacak bersedia memberi perkhidmatan kepada semua penumpang. 

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Di dalam pesawat

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Kudapan dan air yang disediakan

Penerbangan yang mengambil masa 35 minit ini juga diberikan kudapan dan air kepada penumpang secara percuma. Tak sempat nak buka tali pinggang keselamatan, sedang mengunyah kudapan tu, tiba-tiba ada pengumuman nak mendarat. Cepatnya sampai! Walaupun penerbangan bersama Firefly ini adalah jenis penerbangan tambang murah, tetapi perkhidmatan yang diberikan cukup baik.

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Pemandangan Pulau Pinang dari udara

SAMPAI DI LANGKAWI |  Flight No FY2453 ini sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tepat pada jam 1.10 petang. Sampai sahaja di Langkawi, anda perlulah pergi ke tempat tuntutan bagasi (sekiranya ada bagasi anda), kemudian ada pegawai JPAM yang menanti untuk melihat screenshot QR CODE APM. Kemudian, selesai urusan penerbangan aku dan bermulalah percutian selama 6 hari dan 5 malam di pulau Langkawi.

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Sampai

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Tuntutan bagasi

PERJALAN LANGKAWI > PENANG | Perjalanan dan proses yang serupa juga aku lalui bila mana berangkat pulang ke Pulau Pinang dari Langkawi. Yang berbeza adalah lebihan berat pada bagasi aku kerana tambahan buah tangan kepada keluarga di Kulim. Aku menaiki pesawat berbeza dengan blogger yang lain kerana lokasi mendarat yang berbeza. 

Pengalaman Terbang bersama Firefly
Pulang ke Pulau Pinang

Sejujurnya penerbangan bersama Firefly ini memang sangat berbaloi untuk penerbangan domestik, walaupun penerbangan tambang murah tetapi perkhidmatan yang diberikan dalam pesawat terbaik. Urusan dan proses daftar masuk juga sangat mudah, hanya menggunakan Kad Pengenalan sahaja. 

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali kedua aku menaiki pesawat Firefly, kali pertama adalah pada tahun lepas, penerbangan dari Subang, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan. In shaa Allah, aku akan memilih untuk terbang bersama Firefly lagi untuk percutian akan datang.

SEKIAN

FIREFLY AIRLINES

Laman Sesawang : https://www.fireflyz.com.my/
Instagram : @fireflyairlines


#FireflyAirlines #Firefly #TerbangBersamaFirefly #FireflyBeyondConvenience #QTTxLangkawi #InterMediaProduction #QTTGroup #RouhiRetreats #GengBuddiesPiLangkawi #CutiCutiBuddies #BuddiesDiscovery #BuddiesTravelogue #LADALangkawi #Langkawi #NaturallyLangkawi #LangkawiSafePlaceToGo #FT0421 

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. sekejap je flight ni, orang cakap tak sempat nak buka tali pinggang dah prepare utk landing pula..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, memang tak buka tali pinggang langsung hehe. tau2 dah nak sampai :)

      Delete
  2. Lama pula tak naik flight. Nanti boleh la naik kan. Rindu pula nak travel. Naik Firefly pun ok. Janji sampai destinasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! naik firefly pun best, tambah murah tapi servis yg diberi memang terbaik :)

      Delete
  3. 1 tahun jugak tak naik flight semenjak MCO 2.0

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post