Kisah Seram : Bilik No. 15 Hotel di Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sedang ayik survey hotel-hotel di Port Dickson, aku terjumpa pula cerita seram yang berlaku kepada seorang hamba Allah ini. Lantas, aku pun nak kongsi lah dengan pembaca semua. Kembali lagi kita dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini?". Tak pasti sekarang kita di episod berapa tetapi kisah seram kali ini berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan. Nak tahu kisah lanjut, silakan baca ya!

KISAH SERAM : BILIK NO.15 HOTEL DI PORT DICKSON


Nama aku Amer Eddy. Ni aku nak ceritalah juga peristiwa yang terjadi pada diri aku. Masa itu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat. Aku saja-saja pusing pergi kat Port Dickson. 

Masa tu sebab aku nak lihatlah juga pantai dia. Bolehlah tahan lawa, tapi lawa tempat aku lagilah. Nak dijadikan cerita tanpa disedari hari dah pun malam. Aku nak teruskan perjalanan rasa dah tak larat pula. Selalunya kalau aku jalan jauh, mesti ada sorang lagi kawan aku yang pandai pandu kereta. Tapi kali ini, aku seorang diri saja. 

Jadi aku ambil keputusan untuk bermalam sahaja dekat hotel di situ. Jarum jam aku menunjukkan pukul 8.45 malam. Setibanya aku di hotel tu, aku terus pergi ke kaunter hotel dan dapatkan kunci bilik untuk tidur. Lepas dapat kunci, aku teruslah ke bilik aku. Aku masih ingat lagi nombor bilik aku tu, Bilik 12. Lepas sahaja mandi, aku terus baring dekat katil aku tu. Punyalah lena aku tidur sampai tak sedar dah pukul 12.30 malam.
 

Dan masa itu jugalah perut aku seolah-olah menangis diminta diisi. Aku pun bersiaplah untuk keluar makan. Bila saja aku nak buka pintu bilik hotel, tiba-tiba pintu itu tak boleh dibuka. Entah macam manalah tak boleh dibuka. Aku ketuk-ketuk pintu tu. Sampai sakit tangan aku. 

Dah sejam lebih aku cuba buka pintu tu, namun sia-sia saja usaha aku tu. Aku cuba juga guna telefon yang ada dalam hotel itu, tapi kenapalah masa tu juga tak boleh guna pula. Dalam hati aku rasa nak tumbuk saja hidung pemilik hotel ni. Aku dah tak tahu nak buat apa, aku baring dekat katil sambil dengar walkman. 

Aku ingat lagi lagu yang aku dengar Nur Nilam Sari. Mata aku dah nak lelap balik. Belum sempat aku terlena, tiba-tiba aku terdengar suara lembut memanggil aku. “Ammerrrrr……”. Tapi aku positif saja. Aku fikir ilusi aku saja tu. Lepas itu aku dengar sekali lagi orang memanggil. “Ammerrrrr…. Tolonggg”. Aku cabut earphone dari telinga aku. Aku buka mata. Bilik aku gelap sahaja masa tu. Serentak dengan itu, aku dengar suara tak putus-putus memanggil aku. Suara itu datang betul-betul dari katil sebelah aku saja. 

Ya Rabbi. Tuhan saja yang tahu berapa takutnya masa tu. Aku selimut seluruh badan aku dengan kain selimut. Suara tadi tetap tak putus-putus memanggil aku. Aku gabra gila. Aku pun beranikan diri, cuba jawab. Aku tanya dia, “Kau Siapa?”. Dia kata namanya Marina. Dia beritahu yang dia mati dalam bilik ini kerana dibunuh oleh kawan dia sendiri. Aku terus baca ayat Al-Quran yang aku ingat. 


Entah ayat apa yang keluar masa itu. Aku tutup kepala ak dengan bantal, tapi suara tu masih lagi kedengaran. Aku menjerit minta tolong. Sampai habis suara aku. Tetapi yang peliknya, kenapa suara aku orang tak dengar? Aku hanya dengar suara tadi mengilai-ngilai memangil nama aku je. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku baring macam patung saja atas katil itu. Aku dengar sayu-sayu suara tadi menangis, mengilai dan macam-macam bunyi. 

Dah sekian lama aku pun tak sedar bila ak tertidur semula. Aku buka mata. Hari dah pun siang dan jam menunjukkan 11.00 pagi. Aku kemas barang-barang aku, aku nak keluar dari hotel itu secepat mungkin. Bila aku nak keluar dari hotel itu. 

Aku buka pintu tu, “Eh, senang pula nak buka pintu ni?”. Bila aku pergi dekat kaunter nak bayar sewa bilik tu, apalagi memang aku marah-marahlah dekat staf disitu sebab pintu susah nak buka. Lepastu telefon pun tak boleh guna. Mereka juga cakap yang mereka tak dengar aku ketuk pintu berkali-kali dan jeritan aku malam semalam tu pun mereka tak dengar. 


Bila aku cakap nombor bilik 12, dia kata dia hantar orang untuk kemas dalam bilik 12 tapi tak ada orang tinggal dalam tu. Aku bertekak dengan mereka dan aku ajak ke bilik yang aku tidur malam tadi. Tapi macam manalah bilik yang aku tidur itu, sebenarnya nombornya adalah 15. Bilik itu hujung sekali. Bilik nombor 12 padahal memang dekat dengan tangga.

Sahlah aku silap bilik. Tapi kenapa kunci boleh buka bilik tu? Lepas itu seorang staf, dia tarik aku. Dia cakap, bukan aku seorang kena macam ini. Sebelum ni ada juga yang terkena, dia pun ceritalah, bilik hujung tu sememangnya berkunci sebab bilik tu KERAS. Aku hairan, kenapalah mata aku kabur tak nampak nombor bilik? Aku pun terus beredar dari hotel itu tanpa perlu membayar apa-apa, sebabnya aku dikira bermalam dalam bilik yang tidak sepatutnya. Semuanya telah terjawab. 

Aku tak sangka aku bermalam dalam bilik orang kena bunuh. Nama hotel tak boleh aku sebut kerana nak jagalah sedikit perniagaan mereka. Tapi apapun berhati-hatilah bila sewa hotel seorang diri ya. 

SUMBERS : Amer Eddy  | Google Image

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post