Review : Only Murders in the Building (Musim Pertama)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Only Murders in the Building  merupakan sebuah siri komedi, misteri Amerika yang dicipta oleh Steve Martin dan John Hoffman. 10 episod untuk musim pertama telah ditayangkan di laman streaming Hulu bermula 31 Ogos 2021. 

Siri ini mengisahkan tentang tiga orang asing yang saling tidak mengenali dilakonkan oleh Steve Martin, Martin Short dan Selena Gomez. Ketiga-tiga mereka berkongsi satu persamaan iaitu obses terhadap podcast tentang pembunuhan. 

Only Murders in the Building menerima pelbagai kritikan positif terutamanya untuk unsur komedi terhadap jenayah pembunuhan dan juga lakonan para pelakon. 

ONLY MURDERS IN THE BUILDING


Cerita Asal : Steve Martin & John Hoffman
Penerbit : Thembi Banks, Jane Raab
Penerbit Bersekutu :  Dan Fogelman Jess Rosenthal, Jamie Babbit, Steve Martin, Martin Short, Selena Gomez, John Hoffman
Sinematografi : Chris Teague
Komposer : Siddharta Khosla
Durasi : 26 -35 minit
Jumlah Episod : 10

BARISAN PELAKON UTAMA


  • Steve Martin sebagai Charles-Haden Savage
  • Martin Short sebagai Oliver Putnam
  • Selena Gomez sebagai Mabel Mora
  • Aaron Dominguez sebagai Oscar
  • Amy Ryan sebagai Jan

SENARAI EPISOD

#1 True Crime
#2 Who Is Tim Kono?
#3 How Well Do You Know Your Neighbors?
#4 The Sting
#5 Twist
#6 To Protect and Serve
#7 The Boy from 6B
#8 Fan Fiction
#9 Double Time
#10 Open and Shut

SINOPSIS SIRI ONLY MURDERS IN THE BUILDING (MUSIM 1)

Disebabkan sinopsis siri ini sangat penjang, 10 episod, anda boleh lihat sinopsis lengkap di  : Lihat Sini




ULASAN SIRI ONLY MURDERS IN THE BUILDING  (MUSIM PERTAMA)


Siri Only Murders in the Building memecah rekod sebagai siri komedi paling banyak ditonton di laman streaming Hulu. Filem ini menerima rating 100% di Rotten Tomatoes manakala Metacritic memberikan markah 76/100.

Antara genre-genre yang aku suka adalah genre thriller, misteri, adiwira dan aksi. Siri Only Murders in the Building merupakan sebuah siri dengan genre yang aku suka. Bagaimana aku tertarik untuk menonton? Seperti yang aku pernah cerita, aku mempunyai akaun Disney Plus Hotstar dimana siri ini turut ditayangkan. Tayangan di Disney Plus Hotstar adalah secara minggu ke minggu. Jadi, tempoh menunggu antara episod ke episod itu membuatkan aku teruja untuk ketahui tentang episod seterusnya sehinggalah episod terakhir untuk musim pertama ditayangkan. 

Permulaannya, seperti biasa agak perlahan kerana dipermulaanlah bagaimana watak utama mula diperkenalkan. Tetapi grafnya terus menaik apabila berlakunya pembunuhan di kediaman Arconia itu. Lebih menarik apabila ketiga-tiga watak utama sangat berbeza dari segi perwatakan tetapi terdapat satu perkara yang membuatkan mereka bersahabat iaitu podcast tentang kejadian pembunuhan tersebut.


Setiap episod menceritakan bagaimana kisah pembunuhan itu dirungkaikan. Pelbagai desas desus dan kemungkinan yang mereka berjaya rungkaikan. Plot twist di beberapa episod akhir juga satu perkara yang tidak dijangka tetapi diletakkan beberapa hint di beberapa episod sebelum kebenaran dibongkarkan.

Bagaimana untuk membuatkan penonton menantikan musim kedua? Senang sahaja, letak satu plot di episod akhir yang tergantung dimana jalan ceritanya akan disambung di musim seterusnya. Mudah bukan? Tetapi siri ini sangat bijak kerana plot yang tergantung itu diletakkan pada seawal episod pertama dan kisah dimulakan dengan menceritakan bagaimana jalan cerita berlaku sehingga membawa kepada plot tergantung itu.

Bagi aku lakonan kesemua pelakon sangat hebat dan begitu meyakinkan. Elemen komedi yang dibawakan juga menjadi dan tidak nampak seperti terlalu dibuat-buat seperti yang dilihat di Maharaja Lawak Mega. Tak sangka chemistry ketiga-tiga pelakon utama cukup kuat dan menjadi. Siapa sangka perbezaan umur yang ketara bukanlah penghalang.


Tidak hairanlah siri ini menerima markah 100% di Rotten Tomatoes kerana semuanya telah dirancang dengan rapi dan baik. Jalan cerita yang sangat menarik dan penuh misteri, disulam dengan elemen komedi yang sungguh melucukan. Lakonan yang bersahaja daripada kesemua pelakon. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan siri Only Murders in the Building. Semoga di musim kedua mereka akan mengekalkan kejayaan mereka.

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5


RUJUKAN : WIKIPEDIA , GOOGLE IMAGE

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wah..selena gomez berlakon..menarik jalan cerita die..pelakon2 pun hebat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, awalnya macam best ke cerita ni, rupa2nya memang best :)

      Delete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post