RichWorks Tawarkan Latihan dan Bimbingan melalui Program Wanita Bangkit Berniaga Secara Percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera


KUALA LUMPUR:  Siapa yang tak teruja, apabila nama sendiri 'dilambung tinggi' di Dewan Rakyat oleh menteri terkenal. 

Itu yang dilalui  syarikat RichWorks International Sdn. Bhd apabila disebut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun di persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lalu. 


Mahunya tak rasa popular dan seperti mendapat tempias glamor macam menang trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ibaratnya. Bukan senang dapat publisiti percuma macam itu walaupun tak sampai seminit dipetik nama. 

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, pihaknya begitu tersentuh dengan tindakan dan bahasa tubuh menteri itu. 

"Sesuatu yang kami tak pernah jangkakan apabila menteri yang bersidang di Dewan Rakyat memetik dan memuji RichWorks. 

"Kami sangat merendah diri dan teruja dipilih sebagai rakan kolaborasi kerana kemampuan dan kredibiliti  yang dizahirkan selama ini melahirkan ribuan golongan usahawan dan jutawan dari 'zero'  hingga berjaya. Pujian itu bukanlah ruang untuk mendabik dada. 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd bersama Datuk Seri Rina Mohd Harun ketika pelancaran program Wanita Bangkit Berniaga pada 21 Oktober lalu

"Tapi ia jadi suntikan semangat untuk terus melakukan apa yang sentiasa diperjuangkan sejak 2008. Ia sekali gus mendokong aspirasi Pengasas dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana," katanya. 

Terdahulu,  Rina mengiktiraf RichWorks yang bertindak sebagai syarikat bimbingan dan latihan keusahawan terbesar negara sebagai penganjur bagi program Wanita Bangkit Berniaga di bawah inisiatif Wanita Bangkit kementerian. 


Rina menegaskan kolaborasi strategik Jabatan Pembangunan Wanita di bawah kementerian bersama RichWorks dalam usaha membantu golongan wanita tempatan itu tidak melibatkan sebarang kos kepada pihaknya.

“RichWorks menawarkan latihan dan bimbingan (Wanita Bangkit Berniaga) secara percuma kepada wanita yang berminat pada 26 hingga 28 November ini.

“Pemilihan RichWorks sebagai rakan kerjasama berikutan kemampuan dan prestasi yang terbukti telah melahirkan ribuan usahawan jutawan yang berjaya dan kekal sukses sehingga hari ini,” katanya.

Rina berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan ahli Parlimen Segambut-DAP mengenai jumlah perbelanjaan untuk program dianjurkan ketika menggulung Usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi kementeriannya. 

Pengasas RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman

Hingga saat ini jumlah pendaftaran sudah pun mencapai 25,962 orang dengan lebih 90 peratus terdiri daripada golongan wanita.

Peserta juga berpeluang mendapatkan 47,000 naskah buku terbaru bertajuk, 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation secara percuma.

Buku yang menyusur kisah inspirasi, perjalanan 100 usahawan jutawan dibukukan sempena hari jadi ke-47, Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 14 November lalu.


Kepada mereka terutama wanita yang berminat boleh mendaftar di www.wanitabangkitberniaga.com.

2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Akak ada baca mengenai pemilihan RichWorks sebagai program usawahan yang di pilih oleh YB Datuk Seri Rina Harun. Ramai juga tidak berpuas hati. Tapi Ruby setuju dengan jawapan YB. RichWorks dah bertahun membantu ramai usahawan. Bak kata DAO, result matters! Semua report ada kan. Bagaimana dr zero to hero. All the best buat semua yang join. Serap ilmu sebaik mungkin. Seronok tau belajar ilmu keusahawan dengan team RichWorks.

    ردحذف
    الردود
    1. Tak tahu pulak ada isu tak puas hati, tak apa, yang penting sama2 brusaha nak jadi usahawan berjaya :)

      حذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم