GVT Sasar 1500 Van, Bas Diesel dan Elektrik dijual Tahun Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Majlis pelancaran Projek Wakaf Van Jenazah dan Van Madrasah serta penyerahan  yang pertama dari projek diusahakan GVT di Masjid Paya Sena Pendang Kedah.

Industri automatif negara terus berkembang pesat dan bersaing hebat dengan syarikat pesaing tempatan serta antarabangsa. GVT atau Gurun Vehicle Technologies Sdn Bhd yang dulunya dikenali sebagai GO EV Solution Sdn Bhd juga tidak terkecuali merancang strategi mengukuhkan legasi dan jenamanya.

Selepas tiga tahun, jenama 100 peratus milik bumiputera di bawah subsidiari syarikat Go Auto Group itu antara yang terus mendominasi pasaran kenderaan elektrik dan konvensional sama ada bagi pasaran penumpang dan komersial bagi tujuan perniagaan.

Menurut Pengarah Eksekutif GVT, Wan Ahmad Wan Omar, sejak beroperasi sudah lebih 500 unit kenderaan elektrik dan diesel merangkumi jenis bas, van, trak dan kenderaan khusus seperti ambulans, sekuriti dan yang direka khas pelbagai fungsi.


Pengarah Eksekutif GVT, Wan Ahmad Wan Omar


"Tahun ini, kami mahu mensasarkan jualan 1500 unit van dan bas termasuk yang jenis elektrik dan menggunakan diesel.

"Malah kini 80 peratus pasaran jualan digunakan kerajaan untuk dijadikan pengangkutan penumpang, ambulan dan sekuriti.



"Tahun ini juga kami sasarkan untuk menguasai pasaran dalam segmen van penumpang contohnya untuk pekerja kilang dan pelajar sekolah, van kegunaan khusus seperti dijadikan van jenazah. Tak ketinggalan van panel bagi kegunaan penghantaran barang," katanya.

Katanya lagi di Malaysia pasaran  van secara total antara 5000 ke 6000 unit setahun. "Rata ratanya dalam 70 peratus didominasi jenama besar antarabangsa seperti Toyota, Nissan dan Ford. Selebihnya jenama lain.

"Kami sendiri mempertaruhkan van komersial jenama Go Auto Higer ACE yang dipasang secara lokal menerusi 40 peratus penggunaan bahan tempatan.

"Ia didatangkan dengan jenis van 18 kerusi dan 15 kerusi yang dilengkapkan ciri keselesaan dan keselamatan mengikut keperluan pengguna Malaysia," katanya.

Wan Ahmad menambah, van berkenaan didatangkan dengan spesifikasi berbeza.

"Ada van yang mempunyai kapasiti enjin antara 2.5 L ke 3 L dengan kuasa lebih untuk muatan maksimum. Bagi van elektrik pula memiliki kuasa 45kW selain kapasiti bateri hayat 50kWH yang boleh bertahan untuk perjalanan jauh sehingga 300 kilometer bagi sekali caj," katanya.

Namun adat dalam berniaga, persaingan dan cabaran itu sentiasa ada. GVT sendiri berdepan dengan beberapa pesaing syarikat luar negara dan tempatan.

"Seperti sedia maklum, pada fasa awal produksi, sekitar 80 peratus bahan digunakan diimport dari China. Namun pada masa ini kita menghadapi masalah kualiti  komponen yang tidak sesuai dengan klimaks di Malaysia.


"Dalam masa tiga tahun ini kita sudah membuat banyak penambahbaikan tahap kualiti bahan tempatan dengan mencapai tahap kualiti yang setanding dengan jenama antarabangsa.

“Kami bangga dengan pencapaian GO Auto Higer ACE sekarang dan bertekad untuk terus memperhalusi kualiti sedia ada kepada tahap yang lebih baik,” katanya.

Wan Ahmad berkata lagi, pembuatan van ini kebanyakan daripada China.  “Persepsi ramai terhadap situasi ini melihat kualitinya rendah berbanding van jenama lain. Kami sendiri menukar jenama van keluaran  negara itu dengan nama GO Auto.

“Ia diubahsuai dengan kehendak dan keperluan lokal serta kualiti semasa.Dulu permulaan kami hanya mempunyai 11 buah pusat servis selepas jualan.

“Tapi kini sudah ada 75 buah pusat berkenaan di seluruh negara. Malah kami membangunkan aplikasi POMEN untuk kemudahan tempahan servis dan penyenggaraan dikendalikan atas talian,"katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata syarikatnya juga tidak terus berada di zon selesa. Bahkan merangka pelbagai pelan dalam usaha untuk menjadi peneraju  van dan bas elektrik di pasaran tanah air. "Kami mahu menyediakan platform untuk membeli alat ganti van menerusi e-dagang.


Kami juga mahu mewujudkan lagi banyak pusat servis selepas jualan. Sekurang kurangnya satu daerah ada satu pusat itu. Jadi kenderaan dapat diuruskan dengan cepat dan berkesan. Kami mahu  menaik taraf sistem sedia ada supaya boleh terus memberi lebih lagi nilai tambah kepada pengguna.

"Tak ketinggalan meningkatkan mutu kualiti pusat khidmat pelanggan serta memberikan pengalaman yang 'wow' kepada mereka. Kami juga bakal melancarkan beberapa jenis model baru sama ada secara elektrik atau konvesional bagi van panel komersial untuk kegunaan perniagaan kecil dan sederhana (SME) serta van atau bas mini penumpang," katanya.

Hingga kini GVT terus mengikat kesetiaan ramai pelanggan dan penggunanya. Untuk sebarang maklumat lanjut layari https://goautovan.my/.

SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم