'Pusing Selangor Dulu' Travel Hunt 2022 Tonjolkan Keunikan Produk Pelancongan di Daerah Hulu Langat

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Mungkin ada yang perasan di media sosial aku baru-baru ini, aku ada sertai satu 'travel hunt' anjuran Tourism Selangor. Alhamdulillah, pengalaman aku sertai acara ini memang sungguh menarik dan seronok. In shaa Allah aku akan ceritakan lagi tentangnya dalam artikel khas lain.

PUSING SELANGOR DULU’ TRAVEL HUNT 2022 MENONJOLKAN KEUNIKAN PRODUK PELANCONGAN DI DAERAH HULU LANGAT


'Pusing Selangor Dulu' Travel Hunt 2022

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Agensi Promosi Pelancongan Rasmi, Tourism Selangor buat kali pertamanya telah menganjurkan ‘Pusing Selangor Dulu’ Travel Hunt 2022 Edisi Hulu Langat yang dijalankan pada 25 Jun 2022, bermula di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi ke sekitar tarikan produk pelancongan menarik di daerah Hulu Langat. 

Acara ini merupakan acara pertandingan penjelajahan berkereta secara berkumpulan di mana peserta perlu mencari lokasi – lokasi ‘Travel Hunt’ yang telah ditetapkan berpandukan maklumat – maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan soalan dan tugasan di sepanjang laluan perlumbaan. Seramai 280 peserta yang merangkumi 70 pasukan menyertai edisi pertama penganjuran travel hunt pada kali ini. 

'Pusing Selangor Dulu' Travel Hunt 2022

Dengan tema “Pusing Selangor Dulu”, penganjuran acara ini adalah bertujuan untuk menyokong dan menggalakkan penganjuran acara pelancongan di negeri Selangor khususnya di setiap daerah Hulu Langat. Secara tidak langsung, ianya dapat mempromosikan aktiviti dan produk pelancongan beraskan “Experiential Tourism” dan berasaskan komuniti yang terdapat di setiap daerah di Negeri Selangor.


Seiring dengan konsep “Travel Hunt”, setiap peserta berkumpulan, mereka bergerak menggunakan kereta yang merangkumi 4 orang dalam 1 kumpulan. Jangka masa perlumbaan adalah selama 6 jam, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Dalam format disiplin pula, para peserta diberikan soalan ‘Hunt’ dan beberapa tip perjalanan perlumbaan di beberapa lokasi ‘check point’ disekitar daerah Hulu Langat. Lokasi ‘mula’ dan ‘tamat’ perlumbaan adalah di Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi, manakala beberapa kawasan dan tempat pelancongan menarik yang mereka lawati adalah seperti Agro Goat Farm Sungai Kantan, Pasar Sari Pekan Beranang, Lady Bird Organic Farm Semenyih, Kampung Orang Asli Donglai Baru, Sate Rono dan banyak lagi. 


'Pusing Selangor Dulu' Travel Hunt 2022

En Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Saya yakin, penganjuran acara Pusing Selangor Dulu Travel Hunt yang buat kali pertama dianjurkan ini akan dapat menarik-minat orang ramai, khususnya penggemar aktiviti pelancongan, serta tarikan ‘Experiential Tourism’ dan keunikan daerah Hulu Langat yang menjadi kebanggaan kita bersama. Acara ini juga dapat menaikkan reputasi destinasi pelancongan Negeri Selangor dengan membantu penggiat industri pelancongan lokal di Hulu Langat mempromosikan produk pelancongan mereka.”

“Negeri Selangor mempunyai 9 daerah dan 12 PBT (kawasan pihak Berkuasa Tempatan) yang mempunyai keunikan pelancongannya yang tersendiri bagi memberi sebuah pengalaman pelancongan secara total, dengan tumpuan kepada perkhidmatan dan layanan mesra kepada para pelancong serta kepelbagaian segmentasi pelancongan. Kita bermula di daerah Hulu Langat dan akan diteruskan ke daerah yang lain di Negeri Selangor.”, tambah Azrul Shah.

'Pusing Selangor Dulu' Travel Hunt 2022

Acara Pusing Selangor Dulu Travel Hunt 2022 Edisi Hulu Langat pada kali ini mendapat kerjasama yang baik daripada Hikers Training N Consultant, Kompleks PKNS Bangi, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Selangor sebagai penganjur bersama. 

Untuk   maklumat   lanjut   tentang   industri pelancongan di   Negeri   Selangor;  layari www.selangor.travel,  laman   web   rasmi   Tourism   Selangor   yang   serba informati dan komprehensif, atau ikuti kemas-kini pihak Tourism Selangor di landasan media sosial Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan saluran YouTube.

Sekian

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post