Marvel Studios Umumkan Senarai Filem & Siri TV Bagi Fasa 5 dan 6: The Multiverse Saga

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Marvel Studios kembali ke San Diego Comic Con 2022 (SDCC 2022) dengan pelbagai kejutan. Studio yang menghasilkan pelbagai projek popular dan terbaik di seluruh dunia ini mengumumkan pelbagai info terbaru tentang projek yang telah diumumkan sebelum ini, seperti Wakanda Forever, Ant-Man 3, Blade dan Fantastic Four. Lebih mengejutkan, Marvel Studios turut mengumumkan filem-filem terbau dan siri TV yang sedang dalam rancangan seperti Avengers: Kang Dynasty dan Secret Wars. 


Berikut adalah ringkasan dan rumusan tentang apa yang diumumkan oleh Marvel Studios pada San Diego Comic Con 2022.


MARVEL STUDIOS UMUMKAN FILEM & SIRI TV BAGI FASA 4 DAN FASA 5 MARVEL CINEMATIC UNIVERSE


#1 FASA 6, BERMULA DENGAN FILEM FANTASTIC FOUR, BERAKHIR DENGAN FILEM AVENGERS: THE KANG DYNASTY DAN SECRET WARS

Panel Marvel di San Diego Comic Con 2022 pastinya tidak mengecewakan. Bukan sahaja seluruh Fasa 5 diumumkan tetapi mereka juga menceritakan tentang sebahagian Fasa 6. Untuk permulaan, siri ini tidak lagi dikenali dengan nama Infinity Saga tetapi dikenali sebagai Multiverse Saga dan Fasa 6 akan bermula dengan filem Fantastic Four dan berakhir dengan filem Avengers: The Kang Dynasty dan Secret Wars. Fasa 6 akan menjadi pengakhiran untuk saga kedua Marvel Cinematic Universe. 




#2 BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER DENGAN VIDEO TRAILER PERTAMA DAN BUTIRAN PLOT 

Video trailer pertama untuk filem Black Panther: Wakanda Forever ditayangkan dan memperlihatkan Black Panther yang seterusnya, Namor The Sub-Mariner dan pelbagai lagi. 


Mereka juga mengesahkan bahawa Tenoch Huerta akan memegang watak Namor di dalam filem ini. Peminat akan berpeluang untuk kembali ke Wakanda apabila filem ini ditayangkan pada 11 November 2022. 


#3 FILEM CAPTAIN AMERICA KE EMPAT, CAPTAIN AMERICA: NEW WORLD ORDER, MENJENGAH PADA TAHUN 2024

Marvel juga mengumumkan filem ke empat Captain America iaitu berjudul Captain America: New World Order akan ditayangkan dipawagam pada 3 Mei 2024. Filem ini akan menjadi filem pertama Anthony Mackie sebagai Captain Ameria yang baharu setelah perkara yang terjadi dalam siri Falcon and the Winter Soldier.


Tiada trailer atau video ditayangkan tetapi penerbit Marvel, Nate Moore memberitahu bahawa filem ini akan meneroka " perkara yang menjadikan seseorang itu Captain America" dan akan melihat Sam Wilson sebagai kapten yang baru. 

#4 SHE-HULK DAN BLACK PANTHER PROJEK TERAKHIR UNTUK FASA 4, FASA 5 DIUMUMKAN 

Kevin Feige, presiden Marvel Studios dan CEO Marvel mengesahkan bahawa siri She-Hulk dan Black Panther akan melengkapkan Fasa 4 Marvel Cinematic Universe dan secara rasminya beliau mengumumkan siri untuk Fasa 5. 


Fasa 5 akan bermula pada 17 Februari 2023 dengan filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania dan akan berakhir pada 26 Julai 2024 dengan Thunderbolts. Di antaranya terdapat 10 filem dan siri TV akan ditayangkan. 

#5 SIRI MARVEL SEPERTI LOKI SEASON 2, IRONHEART, ECHO DAN AGATHA BAKAL DITAYANGKAN 


Sementelah Fasa 4 dan Fasa 5 diumumkan, beberapa siri Marvel diumumkan waktu tayangannya. Ia termasuklah Echo dan Loki Musim 2 yang akan ditayangkan pada musim panas 2023, begitu juga siri Ironheart dan Agatha: Coven of Chaos, yang akan ditayangkan masing-masingnya pada musim luruh dan musim sejuk 2023. 






#6 GUARDIANS OF THE GALAXY VOL.3 VIDEO TRAILER PAPARKAN GAMORA, MARIA BAKALOVA MEMEGANG WATAK COSMO THE SPACEDOG

Trailer pertama film Guardians of the Galaxy Vol. 3 ditayangkan khas di SDCC 2022 dan memperlihatkan Maria Bakalove memegang watak Cosmo the Spacedog. Trailer itu juga memperlihatkan Gamora yang langsung tidak ingat sebarang apa jua tentang Guardians, mengawal bahagian Ravagers. Filem ini disetkan untuk tayangan pada 5 Mei 2023. 


#7 SIRI SECRET INVASION DIBINTANGI SAMUEL L. JACKSON DITAYANGKAN MUSIM BUNGA TAHUN 2023

Samuel L. Jackson sekali lagi akan memainkan watak Nick Fury dalam siri terbaru Marvel berjudul Secret Invasion yang akan ditayangkan di Disney Plus pada musim bunga 2023. Kembali juga dalam projek terbaru Marvel ini adalah Cobie Smulders, yang dikenali ramai memegang watak Maria Hill. 


#8 SIRI DAREDEVL BARU DIBINTANGI CHARLIE COX 

Charlie Cox kembali sebagai Daredevil dan beliau bakal mendapat sirinya yang akan ditayangkan di Disney plus. Siri ini akan dikenali sebagai Daredevil Born Again dan Kevin Feige mengesahkan siri ini merupakan sebahagian daripada Fasa 5. Siri ini akan memaparkan Charlie Cox sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe dan akan ditayangkan pada musim panas 2024 dan mempunyai 18 episod. 


#9 ANT-MAN AND THE WASP: QUANTUMANIA PAPARKAN POSTER TERBARU KANG THE CONQUEROR DAN MODOK

Marvel Studios memperlihatkan tayangan perdana untuk filem Ant-Man and th Wasp: Quantumania kepada mereka yang berada di SDCC 2022 dan trailer memperlihatkan Kang the Conqueror, MODOK dan Bill Murray.

Sejam sebelum panel Marvel di SDCC, pengarah pembangunan visual dan konsep artis Marvel Studios, Andy Park menayangkan poster terbaru untuk filem ini. Filem ini akan ditayangkan pada 17 Februari 2023. 



#10 FILEM BLADE DITAYANGKAN PADA TAHUN 2023


Filem Blade, dibintangi Mahershala Ali, akhirnya diumumkan tarikh tayangannya iaitu pada 3 November 2023. Filem ini akhirnya akan ditayangkan untuk tahun 2023!


Blade bagaimanapun tidak akan menjadi sebahagian daripada Fasa 4. Filem ini diarahkan oleh Bassam Tariq dan ditulis oleh Stacy Osei-Kuffour. 

#11 TRAILER TERBARU SHE-HULK, CAMEO OLEH DAREDEVIL

Marvel juga telah menayangkan video trailer She-Hulk: Attorney-at-Law yang memperlihatkan Hulk, montaj latihan Hulk & She-Hulk, Emil Blonsky/Abomination, Wong dan Daredevil. Trailer terbaru ini ditayangkan hanya beberapa minggu sebelum ditayangkan iaitu pada 17 Ogos 2022 di Disney Plus. 



#12 THUNDERBOLTS PROJEK TERAKHIR UNTUK FASA 5 PADA MUSIM PANAS 2024

Telah diumumkan juga filem Thunderbolts akan melengkapkan Fasa 5 MCU pada 26 Julai 2024. Tiada sebarang info lain tentang Thunderbolts diberitahu, jadi sama-sama kita menanti pengumuman berikutnya. 



Dengan apa yang diumumkan oleh Marvel Studios di SDCC 2022 ini sememangnya memberikan peminat sesuatu kejutan yang memang tidak dijangka. Walaupun ramai yang agak kecewa atau masih tidak tahu arah tuju filem di Fasa 4 tetapi dengan pengumuman terbaru ini sedikit sebanyak membuatkan peminat filem-filem dan siri Marvel gembira.

Untuk pendapat peribadi, antara yang aku nantikan adalah filem Fantastic Four, Loki Musim 2, dan Agatha: Coven of Chaos. Tak sabar nak melihat jalan cerita apa yang berlaku serta watak-watak yang bakal muncul dalam siri-siri tersebut.

Oh satu lagi perkara, nampak gayanya lambat lagi untuk kita melihat filem X-Men dalam Marvel Cinematic Universe. Mungkin untuk saga berikutnya selepas Multiverse Saga berakhir? Siapa tahu?

SEKIAN

Rujukan :
  • IGN
  • Marvel Studios

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post