Pengalaman Menginap di FaveHotel Nagoya Batam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

FaveHotel Nagoya Batam

Baru-baru ini aku berpeluang menginap di sebuah hotel yang baru sahaja dilancarkan di Batam, Kepulauan Riau, Indonesia. Lebih menariknya pelancaran hotel tersebut dibuat pada hari pertama aku menjejakkkan kaki ke hotel tersebut. Dalam artikel kali ini aku akan ceritakan pengalaman aku menginap di hotel ini dari awal sehingga ke akhir.

PENGALAMAN MENGINAP DI FAVEHOTEL NAGOYA BATAM

FaveHotel Nagoya Batam
Ketibaan tetamu disambut dengan meriah

Untuk pengetahuan anda, aku ke Batam sebenarnya bukan untuk bercuti tetapi menyertai program Batam Mega Fam Trip yang berlangsung dari 13 Julai 2022 sehingga 16 Julai 2022. favehotel Nagoya Batam menjadi tempat penginapan kami untuk 3 hari dan 2 malam. Majlis pelancaran diadakan sebai sahaja kedatangan kami semua.

FaveHotel Nagoya Batam
Majlis pelancaran favehotel Nagota Batam

Ketibaan kumpulan Batam Mega Fam Trip ini ke favehotel Nagoya Batam ini adalah pada jam 1.30 tengahhari dan disambut dengan paluan kompang yang sungguh meriah. Seterusnya majlis pelancaran diadakan diruangan lobi hotel tersebut dihadiri barisan VVIP dan media.

FaveHotel Nagoya Batam
Persembahan Tarian Melayu

Untuk makluman, favehotel Nagoya Batam ini diuruskan oleh Archipelago International dan dilancarkan secara rasmi pada 13 Julai 2022. Antara yang turut hadir adalah President & CEO Archipelago International, John M. Flood, General Manager, Yanuwar Dedy Setyawan, Vice President Business Development Archipelago International, Norbert Vas, perwakilan Dinas Pariwisata & Kebudayaan Kota Batam; Kusrini dan Batam Tourism Board, Edi Sutrisno.

FaveHotel Nagoya Batam
Sesi bergambar

Majlis diteruskan dengan pemotongan tumpeng dan makan tengahhari dengan makanan yang terkenal di daerah Batam ini.

MENGENAI FAVEHOTEL NAGOYA BATAM

favehotel Nagoya Batam terletak di lokasi strategik iaitu dikawasan perniagaan utama di Nagoya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Terminal Feri Batam Center dan Harbour Bay semuanya sekitar 30 minit perjalanan. Lokasi terbaik ini merupakan penginapan yang tepat buat percutian urusan perniagaan ataupun percutian santai.

FaveHotel Nagoya Batam
Ucapan Alu-Aluan

Selain itu, lokasinya yang strategik sesuai untuk mereka yang menginap disini untuk ke pusat beli beah yang besar di Batam seperti Grand Batam Mall, Nagoya Hill Shopping Mall, BCS Mall dan Lucky Plaza.

favehotel Nagoya Batam menawarkan penginapan yang selesa dengan urang yang luas, bilik dengan pendingin hawa, balkoni dengan pemandangan bandar, Wifi yang berkelajuan tinggi, Google nest & google speaker, dan pelbagai lagi kemudahan lain yang menjadikan penginapan di sini sangat selesa.


JENIS BILIK DI FAVEHOTEL NAGOYA BATAM

#1 faveroom

FaveHotel Nagoya Batam

Bilik jenis faveroom ini sesuai untuk pengembara yang inginkan keselesaan ketika penginapan. Bilik ini lengkap dengan katil bersaiz queen atau katil kembar dengan balkoni menghadap ke arah bandar, sebuah Smart TV moden bersaiz 43" dengan lebih daripada 40 saluran, bilik air yang bersih dan selesa, mandian air panas, suis elektrik, kelengkapan membuat air, peti keselamatan dan juga Wifi berkelajuan tinggi percuma.

KEMUDAHAN LAIN ;
  • Complimentary Bottled Water
  • Duvet
  • Electric Kettle
  • Floor - Marble/Tiled
  • Free In-house movies
  • Full-length Mirror
  • in-room Massage (additional charge)
  • Interconnecting Room available
  • Internet in room - Complimentary WiFi
  • Iron + Ironing Board on request
  • Linen and Towels Provided
  • Make Up Mirror
  • Coffee Maker
  • Telephone
  • Ensuite Bathroom
  • Shower

#2 fabroom

FaveHotel Nagoya Batam

Bilik jenis fabroom pula menawarkan ruang yang luas iaitu 65sqm dengan balkoni menghadap pemandangan bandar yang indah.  Bilik ini dilengkapi dengan katil bersaiz king atau 2 katil bersaiz single, bilik air, ruang tamu, sofa bed yang selesa, sebuah Smart TV moden bersaiz 43" dengan lebih daripada 40 saluran, ruang makan, peralatan memasak dan jkutleri dan juga sebuah peti ais bersaiz penuh. Bilik dengan rekaan moden ini sangat sesuai sama ada untuk percutian ataupun urusan perniagaan.


KEMUDAHAN LAIN ;
  • Complimentary Bottled Water
  • Duvet
  • Electric Kettle
  • Floor - Marble/Tiled
  • Free In-house movies
  • Cooking Facilities
  • Crockery/Cutlery
  • Dining Area
  • Dishwasher
  • Full-length Mirror
  • in-room Massage (additional charge)
  • Interconnecting Room available
  • Internet in room - Complimentary WiFi
  • Iron + Ironing Board on request
  • Has Washing Machine + Dryer
  • Linen and Towels Provided
  • Make Up Mirror
  • Coffee Maker
  • Telephone
  • Ensuite Bathroom
  • Shower

ULASAN PENGINAPAN DI FAVEHOTEL NAGOYA BATAM

FaveHotel Nagoya Batam

Menjadi antara tetamu terawal di hotel ini membuatkan aku rasa sangat istimewa. Lokasinya yang sangat strategik merupakan antara perkara yang pasti ramai pengunjung suka. Banyak tempat menarik terletak di sekitarnya sahaja. 

FaveHotel Nagoya Batam

Bilik yang aku tidur dan berehat pula sangat selesa. Lengkap dengan kemudahan yang sangat diperlukan. Lagi seronok sebab televisyen yang disediakan adalah jenis Smart TV, aku boleh log masuk akaun Netflix dan tonton Netflix melalui TV sahaja. Selain itu, terdapat juga Google nest dimana aku boleh bertanya dan memainkan lagu. Memang moden dan eksklusif!

FaveHotel Nagoya Batam

Untuk penginapan di sini, makanan yang disediakan oleh pihak hotel memang sangat sedap. Anda boleh lihat seperti tertera dalam gambar, makanannya memang enak-enak belaka! Kalau inginkan lagi makanan, anda boleh ke Nagoya Thamrin Kopitiam yang terletak bersebelah dengan lobi hotel ini sahaja.

Keseluruhannya, penginapan selama 3 hari 2 malam di sini memang sangat selesa, menaik dan eksklusif. Rekaan bilik hotel yang moden dan penuh dengan kelengkapan yang lengkap membuatkan aku sedih untuk pulang ke tanah air. In shaa Allah sekiranya aku berpeluang ke Batam bersama keluarga selepas ini., aku pasti akan memilih favehotel Nagoya Batam sebagai lokasi penginapan. 

FAVEHOTEL NAGOYA -BATAM

FaveHotel Nagoya Batam

LOKASI : Thamrin City, Jalan Imam Bonjol-Nagoya Tower A Komplek, Kec. Lubuk Baja, Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia

HUBUNGI : +62778 210 2222

#BatamTourismBoard #PelanconganBatam #WonderfulIndonesia #FaveHotelNagoyaBatam #AstonNagoya

Artikel ini dihasilkan dari program Batam Mega Fam Trip pada 13 Julai sehingga 16 Julai 2022 anjuran Batam Tourism Promotion Board

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post