Ulasan Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022), Lebih Seram, Lebih Ngeri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan sihat sentiasa. Baiklah baru-baru ini aku berpeluang untuk menonton sebuah filem seram iaitu merupakan sekuel bagi filem pertamanya, filem berjudul Pengabdi Setan 2: Communion. Terima kasih diucapkan buat GSC Cinemas atas jemputan untuk menonton pada pratonton media di GSC Mid Valley Kuala Lumpur.

In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan ceritakan serba sedikit tentang filem ini, watak-watak yang terdapat dalam filem ini, perbezaan filem ini dengan filem pertamanya dan juga ulasan dan kritikan peribadi aku terhadap filem Pengabdi Setan 2: Communion.

PENGABDI SETAN 2: COMMUNION


Review Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

Pengarah : Joko Anwar
Penerbit : Gope T. Samtani / Tia Hasibuan
Penulis : Joko Anwar
Muzik : Aghi Narottama / Bemby Gusti / Tony Merle
Sinematografi : Ical Tanjung
Penyunting : Dinda Amanda
Durasi : 119 minit

BARISAN PELAKON UTAMA FILEM PENGABDI SETAN 2: COMUNION

Review Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

  • Tara Basro sebagai Rini Suwono
  • Endy Arfian sebagai Toni Suwono
  • Nasar Anuz sebagai Bondi Suwono
  • Bront Palarae sebagai Bahri Suwono / Bapak
  • Ayu Laksmi sebagai Mawarni Suwono (Ibu) / Raminom
  • Muhammad Adhiyat sebagai Ian Suwono
  • Muzakki Ramdhan sebagai Wisnu Hendrawan
  • Ratu Felisha sebagai Tari Daryati
  • Fatih Unru sebagai Ari Gunawan
  • Moh Iqbal Sulaiman sebagai Darto Suhaimi
  • Egi Fedly sebagai Budiman Syailendra
  • Jourdy Pranata sebagai Dino Suhendar
  • Nafiza Fatia Rani sebagai Wina Endarti
  • Kiki Narendra sebagai Ustaz Mahmud
  • Rukman Rosadi sebagai Heru Kusuma
  • Muhammad Abe sebagai Ayah Ari
  • Asmara Abigail sebagai Darminah
  • Fachri Albar sebagai Batara
  • Maera Panigoro sebagai Diana Sasmi
  • Sita Nursanti sebagai Hayati Darsono
  • Patty Sandya sebagai Ibu Ari
  • Mian Tiara sebagai Ibu Wisnu
  • Mukhlist Abot sebagai Ayah Wisnu
Review Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

SINOPSIS FILEM PENGABDI SETAN 2 : COMMUNION

Beberapa tahun setelah berjaya menyelamatkan diri daripada kejadian tragik yang mengakibatkan keluarga mereka kehilangan ibu serta adik bongsu, Rini serta adik-adiknya Toni dan Bondi berpindah ke rumah flat bersama ayah mereka. Mereka sangkakan dengan ramai jiran tetangga keadaan lebih selamat namun jangkaan mereka ternyata salah apabila mereka tidak mengenali orang sekeliling. Pada suatu malam kejadian teror berlaku dan mereka harus menyelamatkan diri sekali lagi namun mungkin ianya sudah terlambat.

VIDEO TRAILER FILEM PENGABDI SETAN 2 : COMMUNION




ULASAN & REVIEW FILEM PENGABDI SETAN 2: COMMUNION


Review Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

Sekali lagi aku ingin berterima kasih kepada pihak GSC atas jemputan untuk pratonton media. Baiklah, sebenarnya ingatan aku masih jelas tentang plot yang berlaku di dalam filem pertamanya Pengabdi Setan pertama yang ditayangkan pada tahun 2017. Memang filem pertama itu sungguh seram dan plotnya tersusun rapi sehinggakan berjaya menarik jutaan penonton ke pawagam. Bagaimana pula dengan filem Pengabdi Setan 2: Communion ini pula? 

Review Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

Plot untuk filem Pengabdi Setan 2 ini bagi aku dikembangkan lagi ceritanya. Kesinambungan bagi plot untuk filem pertama diteruskan lagi dengan ceritanya berkisarkan suasana dan kisah yang berlaku di pangsapuri 15 tingkat yang sememangnya dilihat sangat menyeramkan. Pelbagai persoalan dan pertanyaan untuk babak diawalnya dijawab dengan baik apabila selesai sahaja menonton filem ini.

Review Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

Elemen daripada filem terdahulu juga dimasukkan termasuklah plot dan bagaimana hantu untuk filem ini dan filem sebelumnya adalah saling berkait rapat. 5 minit pertama dalam filem ini sahaja sudah menunjukkan elemen seram yang membuatkan bulu roma aku berdiri.

Review Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

Lakonan bagi setiap pelakon dalam filem ini juga sememangnya sangat mantap. Penuh dengan pelbagai emosi, takut, lucu, serius dan pelbagai lagi. Watak -watak baru yang diperkenalkan dalam filem ini juga bukannya watak sampingan tetapi mempunyai fungsi dan tugasnya tersendiri. Antara watak yang aku suka adalah watak Ustaz, walaupun ustaz itu akhirnya menjadi hantu juga. 

Review Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

Untuk pendapat peribadi aku, tahap keseraman filem ini adalah lebih banyak berbanding filem terdahulunya. Banyak juga babak seram yang membuatkan aku menutup mata, berpaling ke arah lain dan sebagainya. Antara babak seram yang aku suka adalah dimana Tari melakukan solat dirumahnya dan diganggu,  Ustaz dan Toni memeriksa rumah-rumah dengan bantuan torchlight sahaja, babak di dalam tempat pembuangan sampah dan pelbagai lagi.

Review Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

Sejujurnya aku merasakan filem ini memang tepat diklasifikasikan untuk mereka 18 tahun ke atas kerana selain elemen seram yang agak melampau, terdapat juga elemen kekejaman, contohnya babak lift yang menimpa tiga orang kanak-kanak dengan percikan darah. Memang ekstrem juga ya!

Review Filem Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

Kesimpulannya, filem Pengabdi Setan 2: Communion ini merupakan sebuah filem seram yang sangat baik, plotnya juga sangat baik dan sangat mantap dimana elemen seramnya disusun dengan baik. Elemen lucu juga diselitkan di dalam plot ini untuk memberikan variasi dan emosi dalam filem ini. Aku sarankan untuk anda semua ke panggung wayang gambar berdekatan untuk menyaksikan filem Pengabdi Setan 2: Communion ini dan rasai sendiri pengaaman seram anda. 

Untuk itu aku memberikan filem ;

⭐⭐⭐⭐/5

SEKIAN

Rujukan;
  • GSC Cinemas
  • Wikipedia 
  • Youtube

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم