The Lord Musang King : Filem Pertama Gabungan Malaysia & Korea Selatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

The Lord Musang King

Sebuah filem yang akan menggabungkan para pelakon dan bakat baru terbaik dari dua buah negara iatu Korea Selatan dan Malaysia akan dihasilkan dan ia merupakan langkah bersejarah kerana buat julung kalinya filem tempatan bekerjasama dengan tenaga kerja Korea Selatan. Filem yang berjudul The Lord Musang King ini merupakan sebuah filem aksi jenayah dan penuh dengan jalan cerita yang mengagumkan.

THE LORD MUSANG KING : FILEM PERTAMA MALAYSIA & KOREA SELATAN


Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Filem tersebut diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn. Bhd. diterajui oleh Penerbit Eksekutif, En. Ong Peng Chu, Penolong Penerbit Eksekutif, Dato Sri Zaienal Abidin Omar dan Penerbit, En. Eddie Chow, bersama dengan pengarah terkenal dari Korea Selatan, Lee Moon Ho, demi memastikan kesesuaian dan keaslian budaya semasa penggambaran filem tersebut.

The Lord Musang King

En. Ong Peng Chu berkata, “Kami menggabungkan yang terbaik dari Malaysia dan Korea Selatan sepertimana yang kami percaya kerjasama ini akan memberikan impak yang unik dan menjadikannya sebuah filem yang dinantikan. Selepas persediaan dan perancangan selama dua tahun, penggambaran The Lord Musang King bakal bermula pada 11 Ogos 2022 di Kuala Lumpur selama sebulan.

FILEM AKSI JENAYAH

The Lord Musang King

Filem tersebut mengisahkan seorang pemuda bernama Haikal, yang merupakan anak kepada pekebun durian yang berjaya di sebuah bandar bernama Masalia, yang diperangkap dan dipenjara. Demi menyelamatkan anaknya, pekebun tersebut yang bernama Samad membuat perjanjian dengan Cheon Jin, presiden syarikat Cheon Ha International Trading Group di Korea Selatan. Perjanjian tersebut membabitkan perjanjian pembelian syarikatnya sebagai balasan menolong Haikal untuk keluar dari penjara. Samad akhirnya dibunuh oleh taikun Korea Selatan tersebut semasa perjanjian tersebut dimeterai.

Tidak lama kemudian, Haikal diberitahu yang bapanya telah meninggal dunia, dan laporan menunjukkan ianya berpunca dari bunuh diri. Lantas, beliau bertindak untuk menyiasat kes tersebut secara mendalam dengan melarikan diri dari penjara demi mencari kebenaran di sebalik kematian bapanya. Lambat laun, Haikal perlu bekerjasama dengan pihak polis demi membersihkan namanya dan mencari keadilan untuk kematian bapanya.

Pengarah filem THE LORD MUSANG KING telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan penonton akan kagum dengan babak penuh aksi seni mempertahankan diri yang ditonjolkan di dalam filem ini. Para pelakon dipastikan berlatih babak aksi yang intensif selama 12 jam setiap hari bagi menampilkan persembahan yang semula jadi dan realistik dalam babak aksi berlawan seni mempertahankan diri.

TIGA BAHASA

The Lord Musang King

Filem menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Korea ini menampilkan pelakon Malaysia seperti Yusuf Bahrin, Harissa Adlynn Halim, Fimie Don, Azri Sabri, Hafizuddin Fadzil dan Jay Iswazir, manakala pelakon dari Korea Selatan pula adalah Kim Bo Yeon dan Kwak Dong Hyuk.

The Lord Musang King akan dilancarkan pada pertengahan 2023. Sila saksikan di sebalik tabir filem tersebut di aplikasi TikTok, akaun The Lord_Musang King!

SEKIAN

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. ingatkan citer dia pasa durian musang king. menarik juga ada kisah jenayah thriller ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post