ShopeePay Memperkenalkan Pindahan Dana Masa Nyata dengan DuitNow di Aplikasi Shopee

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pengguna ShopeePay kini boleh menghantar dan menerima duit daripada ewallet lain dan mana-mana platform perbankan digital hanya dengan menggunakan ID DuitNow. Dengan menggunakan ID DuitNow, pengguna tidak perlu lagi menaip nombor akaun untuk melakukan pemindahan wang.

Ciri ini tersedia untuk pengguna ShopeePay yang telah mengaktifkan akaun Premium mereka. Pengguna ShopeePay dengan akaun Premium mempunyai had harian dan bulanan sebanyak RM4,999. Buat masa ini, terdapat tiada had jumlah pindahan wang dan setiap transaksi juga ialah percuma. Pengguna ShopeePay hanya dibenarkan untuk mengaktifkan nombor telefon untuk perkhidmatan DuitNow di aplikasi Shopee.

Untuk menggalakkan pengguna mencuba ciri baru ini, ShopeePay menawarkan promosi istimewa dari 16 hingga 30 September. Pengguna yang menerima RM50 ke dalam akaun ShopeePay dengan DuitNow berpeluang memenangi baucar Penghantaran Percuma.

Semua pemilik akaun Premium ShopeePay boleh menebus satu baucar setiap minggu dan sehingga dua penebusan sepanjang tempoh kempen.


Langkah-langkah mudah untuk menggunakan perkhidmatan DuitNow:

1.Klik ikon “Tetapan” atau “Settings” di laman ShopeePay di aplikasi.
2.Klik DuitNow, tandakan setuju di terma & syarat (T&C), dan klik “Link DuitNow to ShopeePay”
3.Dapatkan kod pengesahan melalui panggilan telefon ataupun SMS melalui WhatsApp
4.Masukkan kod pengesahan untuk medaftarkan nombor telefon sebagai ID DuitNow untuk ShopeePay











Setelah mendaftar, pengguna boleh terus menerima dan menghantar duit daripada ewallet lain atau akaun perbankan internet. Untuk maklumat lanjut mengenai ciri pindahan DuitNow, lawati laman ini: https://shopee.com.my/m/DuitNow-Transfer

Sekian

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post