CARiNG PHARMACY Memperkenalkan Program keahlian 3 Peringkat Sempena Ulang Tahun ke-28

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Baru-baru ini aku berpeluang untuk sertai satu majlis yang diadakan oleh CARiNG PHARMACY diadakan di Pavilion Bukit Jalil dengan penuh gilang gemilang. Pada acara tersebut, CARiNG PHARMACY menyampaikan  menyampaikan penghargaan kepada pelanggan setia mereka dengan memperkenalkan program keahlian khas tiga peringkat melalui program keahlian Caring Loyalty. Pelancaran gilang-gemilang ini telah diadakan di CARiNG Carnival, Centre Court, Level 2, Pavilion Bukit Jalil dari 6 Oktober 2022.

Selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan status kesihatan di Malaysia, CARiNG Pharmacy menerapkan transformasi digital dengan memperbaharui aplikasi mudah alih untuk membantu para pelanggannya dalam pengesanan rekod kesihatan, mendapatkan tips kesihatan, dan pada masa yang sama memberi sepuluh kali ganda ganjaran kesetiaan kepada pengguna. 



Sebagai sebuah rangkaian farmasi yang memiliki keahlian terbesar di Malaysia iaitu seramai 1.3 juta ahli, CARiNG Pharmacy bertindak untuk menambah baik aplikasi mudah alih untuk memberi pelbagai faedah kepada pengguna. Keahlian Caring yang serba baru dan percuma ini terdiri daripada tiga peringkat iaitu Perak, Emas dan Platinum, di mana ahli pengguna akan mendapat lebih banyak faedah apabila peringkat keahlian meningkat. 

Selari dengan slogannya “Be Caring, Be Rewarded!”, ahli pengguna Caring boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran, menikmati ganjaran ulang tahun, menerima diskaun dan promosi eksklusif mengesan rekod kesihatan & transaksi melalui aplikasi Caring. 


Demi meraikan acara ini, CARiNG Carnival menganjurkan pelbagai aktiviti percuma seperti Sesi Zumba, Simulator Interaktif Sukan, Permainan Video Kinect Xbox dan pelbagai lagi aktiviti mesra keluarga. Tambahan lagi, karnival ini turut menampilkan booth jenama terkenal terkenal seperti Brand’s, Ensure, Hada Labo, Iconic Medicare, Medicos, Redoxon, Scott’s, Suu Balm dan Tresor. Para pembeli akan dihadiahkan dengan mata ganjaran Caring apabila mereka mendaftar sebagai ahli, membeli di booth pameran, dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Mereka juga berpeluang untuk menebus mata ganjaran dengan hadiah-hadiah yang menarik di karnival ini. 

Bertanggungjawab sebagai sebuah rangkaian farmasi tempatan, CARiNG Pharmacy bertindak untuk mendidik dan menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan. Sebagai langkah inisiatif untuk lebih mendekati, langkah inisiatif untuk lebih mendekati menawarkan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, tahap glukosa, ujian kolesterol dan sebagainya secara percuma, dilaksanakan oleh ahli farmasi CARiNG di karnival ini. CARiNG Carnival ini diadakan bermula 6 Oktober 2022 sehingga 10 Oktober 2022.

CARiNG Pharmacy turut menggesa masyarakat untuk "Do It Right" berkaitan dengan perkhidmatan pembuangan bahan perubatan danubat-ubatan secara selamat. Pembuangan bahan perubatan yang tidak betul akan mengundang kebimbangan global disebabkan oleh impaknya kepada alam sekitar, ekonomi dan kesihatan. Dengan menyediakan tempat pengumpulan di karnival ini, para pengunjung boleh membuang bahan perubatan dan ubat - ubatan secara selamat. 


Encik Loo Joi Leng, Pengarah Pemasaran CaRiNG Pharmacy berkata, 

“Saya berbesar hati meraikan ulang tahun CARiNG Pharmacy yang ke-28 dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan kami secara berterusan. Dengan pelancaran peringkat keahlian terbaru kami, kami berharap untuk menggalakkan masyarakat sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. CARiNG Pharmacy sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi mencapai sasaran kesihatan pelanggan. 

Beliau menambah, 

“Dengan mempunyai keahlian yang paling ramai dikalangan farmasi di Malaysia, ia merupakan tanggungjawab kami untuk menyediakan sebuah platform yang menyeluruh bagi memantapkan gaya hidup para pengguna. Semenjak Januari 2022, kami berjaya merekrut 300,000 ahli baru, menjadikan bilangan keahlian mencecah 1.3 juta ahli. Ini membuktikan orang ramai benar-benar memanfaatkan kelebihan yang kami tawarkan. Kami juga menyasarkan untuk memperoleh 2.5 juta ahli menjelang akhir tahun 2023."

Muat turun aplikasi CARiNG di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery sekarang untuk menikmati 200 mata ganjaran permulaan kepada ahli baru yang boleh ditebus di mana-mana cawangan CARiNG Pharmarcy di seluruh negara dan melalui platform e-dagang khas. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://caring2u.com/member-privilege/.


About CARiNG Pharmacy Group 

Malaysia’s largest retail chain of pharmacies, CARiNG Pharmacy Group, was established on 10th September 1994 by five pharmacists, who were course-mates in the School of Pharmacy, Universiti Sains Malaysia (USM). To date, CARiNG Pharmacy has expanded to 169 stores nationwide and 46 stores of its acquisition, Georgetown Pharmacy & Wellings Pharmacy.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post