Tempat Menarik di Daerah Perak Tengah #TravelPerakLah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tahukah anda bahawa pada suatu masa dahulu Negeri Perak Darul Ridzuan terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah dan merupakan antara lokasi perlombongan bijih timah utama dunia? Sebenarnya masih banyak yang kita belum ketahui tentang negeri Perak dan melalui program FAM TRIP yang aku sertai baru-baru ini anjuran Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak membawa aku dan rakan-rakan melihat tempat-tempat menarik di sekitar negeri Perak.



Untuk artikel kali ini adalah mengenai tempat menarik bagi daerah Perak Tengah. Untuk makluman, artikel sebelum ini adalah mengenai tempat-tempat menarik di daerah Hulu Perak dan anda boleh membacanya di pautan yang diberikan dibawah.


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI DAERAH PERAK TENGAH


Perak Tengah merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak, Malaysia. Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar (1282.05km) persegi yang merangkumi 12 buah mukim.

Daerah Perak Tengah bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar sebelah utara, Daerah Hilir Perak sebelah selatan, Daerah Kinta sebelah Timur dan Daerah Manjong sebelah barat. Daerah ini terletak di bahagian tengah Negeri Perak. Bentuknya memanjang dari Utara ke Selatan dengan Sungai Perak mengalir di bahagian tengah membahagikan kepada dua bahagian timur dan barat.


#1 TANJUNG TUALANG TIN DREDGE 5 


Kelihatan seperti bangunan terbengkalai, sebenarnya ini merupakan sebuah kapal korek. Merupakan salah satu warisan sejarah Perak yang masih ada untuk tatapan generasi sekarang dan masa hadapan.

Kawasan Tanjung Tualang ini dulunya memang terkenal sebab adanya lombong bijih timah yang diusahakan dalam skala besar. Negeri Perak bukan saja antara kawasan yang ada banyak lombong bijih timah di Malaysia, tapi sebenarnya di seluruh dunia.

Menurut sejarah, ada banyak kapal korek di lombong seluruh Malaya sewaktu kemuncaknya — dianggarkan lebih 100 biji. Kapal yang ada disini diberi nama TT5 — atau Tanjung Tualang 5, disebabkan ia kapal korek ke-5 yang ada kat Tanjung Tualang. Kapal ini diimport dari London dengan harga sekitar 30 juta.


Nama timang-timangannya dulu — Monster of the Lake. Dan kilang atas lombong ini dari jauh memang rupa macam raksasa besi. Satu masa dulu, anda memang tak boleh masuk ke dalam kapal korek yang tingginya 4 tingkat bangunan ini. Tapi sekarang, anda sudah dibenarkan masuk ke kawasan bawahnya.

📌LOKASI : 9th KM, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah


#2 TT5 MAZE PARK


Satu lagi tempat menarik terletak di kawasan sama dengan kapal korek tersebut adalah sebuah ‘Maze Park’ atau taman pagar sesat terbesar di Malaysia. Terletak di Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5, Perak, anda boleh merasai pengalaman untuk keluar daripada pagar sesat.

Untuk pengetahuan anda, kawasan tersebut memiliki 1001 kisah berkaitan industri pelombongan biji timah di Perak. Anda akan mendapat tambah ilmu pengetahuan berkaitan sejarah pelombongan biji timah dan juga berhibur bersama keluarga dengan bermain di pagar sesat. Difahamkan, destinasi ini dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang.

📌LOKASI : 9th KM, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah


#3 PULAU MISA MELAYU


Pulau Misa Melayu adalah sbeuah perkampungan kebudayaan di negeri Perak dimana penghuni pulau ini melakukan aktiviti seharian seperti berlatih silat, bermain wau, berlatih tarian dendang anak,menjala ikan dan sebagainya. 

Lambang keistimewaan Pulau Misa Melayu ini apabila mereka masih mengekalkan adat dan tradisi Melayu lama seperti cara berpakaian malah cara hidup seperti orang dulu-dulu.

Terdapat sebuah Balairong Seri adalah sebuah dewan bagi menjalani aktiviti-aktiviti seharian seperti pembelajaran muzik, nyanyian,tarian, seni mempertahankan diri yang diajar oleh pekerja amal yang arif tentang bidang berkenaan.

Menurut Yang DiPertua perkampungan warisan budaya Pulau Misa, Osman Abdul Rahman, perkampungan warisan dan budaya Pulau Misa yang telah dibina kira-kira 25 tahun lalu.


Anda boleh datang untuk melihat persembahan, belajar pelbagai aktiviti menarik dan sebagainya di Pulau Misa Melayu ini. Untuk pembacaan penuh tentang kampung budaya ini nantikan artikel penuh ya.✌

📌LOKASI : Jalan Bota Kiri - Teluk Sena, Kampung Seri Kaya, 32900 Lambor Kanan, Perak


SERI ISKANDAR

Seri Iskandar merupakan sebuah bandar baru yang pesat membangun yang terletak di daerah Perak Tengah, Perak. Ia berdekatan dengan pekan Bota, Bota Kanan, dan Tronoh. Bandar baru ini wujud berikutan pembinaan kampus Universiti Sains Malaysia cawangan Negeri Perak. USM Cawangan Negeri Perak ini kemudian ditukar kepada Universiti Teknologi Petronas.

#4 LITTLE IPOH CAFE


Little Ipoh Cafe yang terletak di Seri Iskandar ini merupakan antara kafe yang anda boleh singgah sekiranya bertandang ke bandar Seri Iskandar. Sebuah kafe yang cantik dengan dekorasi vintagenya menawarkan pelbagai menu makanan yang menarik seperti Nasi Hujan Paneh, Mi Kari, Mi Rebus, laksa dan sebagainya.  

📌LOKASI : Little Ipoh Cafe, Bandar Universiti Lakeville, 32610 Seri Iskandar, Perak

#5 UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS


Universiti Teknologi Petronas atau dikenali sebagai UTP merupakan antara universiti terkemuka di dalam negara. Pelik juga mengapa universiti ini tersenarai sebagai lokasi pelancongan bukan?

Sebenarnya di dalam universiti ini terdapat banyak tarikan yang dibuka secara precuma untuk orang awam. Pengunjung yang mahu melawat juga akan diberi naskhah panduan dan peta untuk memudahkan lawatan di dalam universiti ini. 


Antara lokasi yang boleh dilawati di dalam kawasan UTP ini ialah:

 💡 Chancellor Complex (Pemenang Anugerah Agan Khan untuk Senibina 2007)
 💡 Information Research Centre
 💡 An-Nur Mosque 
 💡 Solar Panel (Kapasiti Terbesar di Malaysia untuk Pemasangan Bumbung Tunggal)
 💡Geological Rock Garden (masih belum siap sepenuhnya namun bakal menjadi taman geologikal pertama dan terbesar di Malaysia)

Pelancongan di UTP adalah berkonsepkan edu-tourism iaitu pelancongan berasaskan pendidikan dimana setiap lapisan masyarakat dapat belajar di samping melancong tentang senibina, tenaga baharu dan pelbagai lagi di UTP ini. 

📌LOKASI : Universiti Teknologi Pestronas (UTP), Persiaran UTP, 32610 Seri Iskandar, Perak

Memang banyak tempat menarik sebenarnya yang aku sendiri masih belum terokai dan lawati di daerah Perak Tengah ini. Konsep Kampung Budaya Pulau Misa Melayu bagi aku antara yang menarik dan patut menjadi lokasi lawatan untuk anda. Baiklah, sampai sini sahaja untuk artikel kali ini. Untuk daerah berikutnya, nantikan artikel seterusnya ya! 

#TravelPerakLah #PerakSejahtera #TourismPerak #CutiCutiMalaysia #GayaTravel #AksesMalaysia

Artikel ini dihasilkan dari program #TravelPerakLah Fam Trip pada 19 September sehingga 23 September 2022 anjuran Gaya Travel Magazine & Tourism Perak


9 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Banyak-banyak tempat, little Ipoh tu jer penah makan sekali masa ke Perak.. kebetulan ternampak sebab lalu area sana..

    ReplyDelete
  2. seriously baru tau tempat2 ni, selalu ke tempat viral je, posting ni pun dah boomark. nati share lagi ye apa yang ada di perak

    ReplyDelete
  3. Really a nice trip to explore more about Perak, especially I wanna go back to UTP la ...the library is calling me, hahaha cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Dah ada tarikan baru kat TT5, Maze tu. Baru best nak ajak budak-budak datang sekali.

    ReplyDelete
  5. banyak tempat menarik kat dini.. next trip bolehlah ke perak pulak

    ReplyDelete
  6. good job to Tourism Perak , keep up the good work bring us more nice places like this ya

    ReplyDelete
  7. Ada masih 3 tempat yang belum AM lawati di Perak tengah ini.. Next kalau cuti panjang nak ke lokasi yang AM belum pergi.. terima kasih atas perkongsian info..

    ReplyDelete
  8. Interesting dan banyak tempat lagi yang Nell tak explore rupanya! Kena repeat Travel Perak Lah , maybe over this long weekend kan 👍🏻

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing so many awesome places in Perak, there are so many spots i have not visit yet.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post