Al-Ikhsan Sports 'Menjadikan Kembara Percutian Anda Lebih Bergaya Sukan'

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Al-Ikhsan Sports pastinya bukans atu nama yang asing bagi mereka yang bukan sahaja aktif bersukan tetapi juga mencari pakaian dan barangan sukan yang berkualiti. Aku sendiri sudah mempunyai beberapa pakaian, seluar dan peralatan sukan lain yang diperolehi daripada rangkaian Al-Ikhsan Sports ini. Kali ini Al Ikhsan Sports bakal mengadakan sebuah kempen yang menarik iaitu kempen 'Making Travelling Sportier since 1993’ !

AL-IKHSAN SPORTS ‘MENJADIKAN KEMBARA PERCUTIAN ANDA LEBIH BERGAYA SUKAN'


Peruncit barangan sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports, mengadakan kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ sempena meraikan pengakhiran 2022 dan menyambut kedatangan 2023. Kempen ini memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia untuk menjadikan sukan bukan sekadar aktiviti malah sebagai gaya hidup masa kini. Al-Ikhsan Sports mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama bergaya “sporty” dengan koleksi pakaian serta barangan sukan tidak mengira situasi.


 “Sebagai sebuah jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, Al-Ikhsan Sports berazam untuk menjadikan sukan sebagai sebuah gaya hidup dan juga mampu milik untuk semua. Rangkaian produk Al-Ikhsan Sports adalah berkualiti tinggi dan juga direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna kami di seluruh Malaysia. Barangan di Al-Ikhsan bukan sahaja sekadar barangan sukan malah boleh dijadikan sebagai pakaian untuk bersantai di sepanjang percutian meraka. Kempen ini menyediakan rangkaian lebih dari 10,000 barangan sukan bermula daripada RM29 dan ini belum pernah dilakukan oleh peruncit sukan yang lain sebelum ini,” 

kata Encik Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports

VERSATILITI PRODUK DENGAN HARGA MAMPU MILIK 


Antara barangan Al-Ikhsan Sports utama yang akan diperagakan dalam kempen ini adalah jersi, topi, kemeja-T, hoodie, jaket, pelbagai jenis beg mudah alih, kasut sukan serta kasut santai. Barangan keluaran Al-Ikhsan Sports sudah semestinya menjadikan #OOTD percutian mereka lebih bergaya dan menarik. Kesemua barangan ini boleh didapati di 170 kedai Al-Ikhsan Sports di Semenanjung Malaysia juga pembelian melalui laman e-dagang rasmi kami di www.al-ikhsan.com

PROMOSI HEBAT SEPANJANG DISEMBER 2022 


Menepati objektif tersebut, Al-Ikhsan Sports telah merangka pelbagai promosi bertema yang dijangka mampu menarik perhatian pencinta sukan tanah air. Antara promosi menarik yang diadakan melalui kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ ini adalah ‘Bundle Deals’, ‘12-12 Special’, ‘Clearance Sales’, dan promosi ‘New Year New You!’. Kempen ini dijangka mampu memenuhi selera setiap lapisan rakyat dengan bajet mereka yang tersendiri. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari platform digital Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn dan juga menerusi www.al-ikhsan.com.



TENTANG AL-IKHSAN SPORTS (AL -IKHSAN)

Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai tunggal berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan telah berkembang dengan kini mempunyai 170 kedai fizikal dan online di seluruh Semenanjung Malaysia.

Al-Ikhsan berobjektif untuk memberikan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat serta memberi pilihan yang luas kepada peminat sukan bola sepak tempatan. 

Pada 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah melaburkan sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan semakin kukuh dari segi penjenamaan serta mencatatkan perkembangan yang lebih kukuh. Al-Ikhsan turut diberikan pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan

SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم