Al-Ikhsan Sports Lancar Jenama "Messi", Koleksi Pakaian Kanak-Kanak & Remaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan? Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang menonton satu acara perasmian yang dianjurkan oleh Al-Ikhsan Sports bertempat di Football Republic, Sunway Pyramid. Nak tahu lebih lanjut mengenai acara apa dan sebagainya anda boleh baca selanjutnya sehingga ke penghujung artikel ini ya!

AL-IKHSAN SPORTS LANCAR JENAMA “MESSI”


Al-Ikhsan Sports telah diberikan hak jualan eksklusif untuk pakaian fesyen kanak-kanak berlesen Messi (Bukan Sukan) di Malaysia bermula dari Januari 2023 untuk tempoh tiga tahun. Majlis pelancaran telah diadakan dengan meriah di Football Republic, Sunway Pyramid dan antara yang hadir pada acara tersebut termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh, Yang Mulia Tengku Shakirinal Shah bin Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah AlhajEn Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports dan juga Encik Jan Van Den Berg, Ketua Pegawai Eksekutif, Vingino Netherlands



Untuk maklumat, Al-Ikhsan Sports mempunyai hak eksklusif untuk menjual koleksi pakaian fesyen kanak-kanak berjenama Messi termasuk kemeja-T, baju polo, seluar pendek, pakaian dalam, ‘hoodie’, dan seluar trek di Semenanjung Malaysia. Koleksi pakaian ini khususnya adalah untuk kanak-kanak berumur dari dua tahun hingga remaja. Koleksi ini boleh didapati di 30 cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports, Football Republic dan melalui laman web www.al-ikhsan.com mulai 6 Januari 2023. 


Dalam meraikan momen yang bersejarah ini, En Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports berkata, 

“Peluang untuk berganding dengan The MESSI Brand ini merupakan satu penghormatan. Semangat dan kesungguhan Messi sama ada di dalam padang atau di luar padang telah menjadi simbol bagaimana seseorang itu boleh bangkit dari kehidupan yang biasa kemudian muncul sebagai seorang pemain bola yang terulung dengan permainan yang cukup konsisten di peringkat antrabangsa. Al-Ikhsan Sports berharap produk ini akan menjadikan anak-anak lebih terinspirasi dengan ciri-ciri yang ada pada Lionel Messi seperti usaha keras, kejujuran dan nilai integriti yang tinggi”. 

Al-Ikhsan Sports juga mempraktikan nilai kejujuran, integriti serta usaha keras. Oleh itu gandingan ini adalah sangat sesuai. Selaras dengan tujuan utama Al-Ikhsan Sports untuk menjadikan sukan mampu milik untuk semua, Al-Ikhsan Sports berhasrat untuk menjual keseluruhan koleksi ini bermula daripada hanya RM59 untuk baju-T leher bulat sehingga RM219 untuk ‘hoodie’ dan jaket. Hasrat Al-Ikhsan Sports adalah untuk memperbanyakkan kuantiti koleksi ini ke lebih banyak kedai dalam tempoh enam hingga lapan bulan akan datang agar kesemua 20 juta peminat bola sepak di seluruh Malaysia boleh mendapatkannya, tambah En Vach Pilluta.


Encik Jan Van Den Berg, Ketua Pegawai Eksekutif, Vingino Netherlands memiliki hak global untuk pakaian fesyen kanak-kanak berlesen Messi turut hadir pada hari pelancaran dan berkata 

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Al-Ikhsan Sports, peruncit sukan pelbagai jenama #1 di Malaysia. Al-Ikhsan Sports mempunyai bola sepak dalam DNA mereka dan saya yakin bahawa tiada peruncit sukan lain yang mampu bawa jenama MESSI ini dengan lebih baik. Kami mengharapkan kerjasama dan hubungan yang berkekalan dengan Al-Ikhsan Sports”.

Al-Ikhsan Sports adalah peruncit sukan pelbagai jenama #1 di Malaysia, peruncit bola sepak #1 di Asia Tenggara dan antara 10 peruncit Bola Sepak terbaik di seluruh dunia. Al-Ikhsan Sports mempunyai lebih daripada 175 kedai dikendalikan di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga mempunyai Platform E-dagang sendiri iaitu www.al-ikhsan.com.

Ikuti Al-Ikhsan Sports di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn untuk maklumat lanjut.


Mengenai Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan):

Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai tunggal berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan telah berkembang dengan  kini mempunyai 175 kedai fizikal dan online di seluruh Semenanjung Malaysia.

Al-Ikhsan berobjektif untuk memberikan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat serta memberi pilihan yang luas kepada peminat sukan bola sepak tempatan.

Pada 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas)  telah melaburkan sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan semakin kukuh dari segi penjenamaan serta mencatatkan perkembangan yang lebih kukuh. 

Al-Ikhsan turut diberikan pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan.

SEKIAN

10 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Nie confirm laku keras di kalangan parents nie kan, especially yang minat Messi.

    ReplyDelete
  2. Wah style ye design messi ni. Yaya pun rasa nak beli walaupun anak perempuan sebab kami suami isteri minat kat messi :p

    ReplyDelete
  3. this collection is so cute and so timely - right after the world cup! i am sure many people will appreciate the design and quality of it

    ReplyDelete
  4. Pergh, bangga Malaysia jadi the first one collaborate dengan this brand untuk produk Messi.

    ReplyDelete
  5. cantik designnya.. suka tgk.. mak ayah yg minat messi mesti akan belikan untuk anak2 mereka

    ReplyDelete
  6. Wowo....so so many nice designs available from the collaboration, gonna drop by soon to have a look. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Sure kids teruja about this kan! Ramai kot peminat Messi even at their very young age kan... brilliant la...

    ReplyDelete
  8. Range harga pakaian Messi ni RM berapa? Sama dengan website official Messi ke atau lebih murah di Al-Ikhsan?

    ReplyDelete
  9. wah cantik juga koleksi Messi ni,. boleh la singgah Al-Ikhsan dan shopping baju baru anak-anak nanti

    ReplyDelete
  10. wahhh... nanti nak singgah la gi tengok..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post