Makan Buffet Korea di Cawangan Terbaru Dookki MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku dijemput untuk ke Grand Opening sebuah restoran buffet Korea terkenal di ibunegara iaitu restoran Dookki! Kalau anda merupakan pembaca tegar blog aku mesti pernah baca artikel pada tahun lepas, dimana aku dijemput ke pembukaan cawangan terdahulu.

Tahniah diucapkan kepada Dookki Malaysia kerana berjaya membuka cawangan terbaru mereka iaitu yang ke 6 di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur! Cawangan ini sungguh luas dan lokasinya strategik di kawasan orang ramai membeli belah.

KONSEP MAKANAN DOOKKI

Topokki merupakan makana tradisi Korea. Pada zaman dahulu, makanan ini dianggap sebagai makanan jalanan, walaubagaimanapun sekarang Topokki disedia dan dihidangkan di restoran dengan perkhidmatan berkualiti tinggi. 

Dookki bermaksud (Dua Hidangan) dalam bahasa Korea.  Ini merupakan konsep yang berasal dari Korea Selatan. Topokki atau 'kek beras' merupakan makanan Korea yang datang dalam pelbagai bentuk dan rasa dan kaya dengan sejarahnya tersendiri. Dengan bahan-bahan tanpa had, anda boleh nikmati topokki dalam jumlah yang banyak melalui pelbagai cara.

DOOKKI | BUFFET KOREA


Dookki ini merupakan buffet yang menawarkan pelbagai pilihan makanan Korea. Menariknya, anda perlu memasak buffet topokki sendiri melalui pilihan topokki yang pelbagai. Untuk sosnya pula, anda boleh menghasilkan sendiri sosnya mengikut menu yang tertera di kawasan sos.


Kalau diikutkan ini merupakan kali ke 4 aku makan di restoran Dookki iaitu di cawangan Ioi City Mall, Putrajaya, Setia City Mall, Setia Alam dan One Utama, Petaling Jaya. Untuk cawangan terbaru ini, aku dapat lihat ruangannya lebih luas dan lokasinya cukup strategik terletak berdekatan dengan tempat-tempat yang mendapat kunjungan ramai.


Ada yang bertanya, ada limitkah untuk makan? Ya. Anda diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menghabiskan makanan di dalam restoran ini. Pada resit anda akan tertera waktu anda mula masuk dan mencuba hidangan. 

Jangan risau sebab untuk aku sendiri 1 jam 30 minit itu merupakan masa yang lama, sebab semua makanan disini memang sedap belaka!

Jom lihat antara menu yang terdapat disini ;




K-Snacks Zone ;
  • Korea Fish Cake
  • Korea Fried Chicken
  • Rice ball
  • Japchae
  • Emouk



Antara menu yang aku paling suka adalah topokki dan kuahnya yang pedas manis. Untuk aku, aku suka kuah dan sosnya pada tahap mild sahaja. Kemudian, ditambah dengan pilihan ayam Korea yang sudah sedia dimasak, memang cukup sedap!

Anda juga boleh mencuba 'fish cake' dan 'rice ball' yang turut sedia dimakan. Selepas selesai, anda boleh terus ke hidangan kedua dengan menambah nasi ke dalam tempat topokki tadi. Memang sedap ya!


Tambahan untuk pengalaman yang lebih seronok, anda boleh menambah Double Cheese Ring, dan tipsnya disini untuk makan cheese tersebut bersama hidangan lain ketika masih panas, jika tidak cheese tersebut agak kenyal dan bagi aku kurang menarik.

Berikut adalah harga di Dookki ;
  • Dewasa : RM39.80 nett
  • Kanak-Kanak : RM19.80 nett
  • Double Cheese Ring : RM18.80 nett
  • Snow Cheese : RM9.80 nett

CARA MAKAN DI DOOKKI

Kepada anda yang masih belum jelas tentang cara-cara makan di Dookki, boleh lihat pada paparan di bawah. 



TAWARAN MENARIK DI DOOKKI

1) DOOKKI DAY IS BACK!

 
Setiap 22 pasangan pertama dapat harga menarik iaitu BUY 1 FREE 1 pada tanggal 22 haribulan untuk setiap bulan. 2 orang dewasa dapat menikmati buffet, dan hanya perlu membayar harga untuk 1 orang sahaja!

2) DOOKKI MONTHLY LUCKY DRAW


Anda boleh menyertai Dookki Monthly Lucky Draw! Pelbagai hadiah menarik anda boleh dapatkan antaranya , Iphone 14 x 1, Apple Watch x 1, AirPods x 1 dan Dine in (Adult) voucher x 10.


Tunggu apa lagi? Dengan harga yang sangat berpatutan, jom bawa rakan-rakan, keluarga dan pasangan anda nikmati makanan Korea dan buffet Korea di restoran Dookki!

DOOKKI MYTOWN SHOPPING CENTRE


Lokasi : L2-026, Level 2, MyTOWN Shopping Centre, 6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 11.30 pagi - 10.00 malam

Facebook : https://www.facebook.com/mydookki/
Instagram : https://www.instagram.com/mydookki/


#jomdookki

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم