Santan Mawar Segar dan Berkualiti Baik untuk Kesihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan tentang santan. Sebut saja pasal santan, pastinya suri rumah, ibu dan mereka yang pakar tentang makanan tahu kegunaan santan. Dalam masakan melayu contohnya, begitu banyak santan digunakan dan menjadi antara bahan utama dalam sesuatu hidangan.

Macam aku sendiri walaupunn tidaklah pandai sangat memasak, tetapi melalui pemerhatian aku terhadap proses memasak mak aku sendiri, aku boleh lihat santan segar menjadi keutamaan dalam mencari santan di pasaran. Nak dapatkan santan segar pula agak sukar sebab yang ada dipasaran kebanyakannya santan kotak atau santan pek sahaja. 

SANTAN MAWAR SEGAR, PREMIUM, DAN BERKUALITI BAIK UNTUK KESIHATAN

TENTANG SANTAN MAWAR: Santan mawar ini merupakan produk 101% premium kelapa sebenar yang sememangnya segar, asli dan berkrim. Dipasaran anda boleh dapatkan dalam bentuk pek 250ml, 500ml dan juga 1000ml. Santai Mawar ini adalah pati santan asli yang dipetik dari ladang tempatan. Menariknya, santan ini perlulah digunakan terus kerana sifatnya yang premium, segar dan tidak dicampur dengan sebarang air. 


Tahukah anda bahawa santan segar adalah baik untuk kesihatan? Ya benar! Amalan minum santan segar dikatakan baik untuk kesihatan kerana kepelbagaian manfaatnya. Ini adalah kerana :

🥥 Santan diperolehi dari kelapa yang dikenali sebagai superfood Santan segar tidak mempunyai kolesterol kerana ia adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan yang hanya mempunyai kandungan lemak yang memberi manfaat kepada kesihatan. 

🥥 Santan meningkatkan sistem ketahanan badan kerana ia mengandungi asid laurik yang bersifat antiseptik. Ini akan membantu tubuh melawan bakteria, virus dan lain-lain.

🥥 Santan dapat mencegah penyakit jantung kerana dipercayai dapat meningkatkan kandungan kolesterol HDL yang bersifat anti-radang dan melindungi saluran darah. Kajian juga menunjukkan bahawa santan berupaya untuk merendahkan kolesterol LDL, iaitu kolesterol jahat dalam tubuh. Santan juga mengandungi kalium yang diperlukan bagi mengekalkan degupan jantung di tahap normal. Ini dapat membantu dalam mengawal tahap tekanan darah.

🥥 Santan kaya dengan magnesium yang bermanfaat untuk sistem saraf dan otot.

🥥 Santan juga mengandungi zat besi yang tinggi, dipercayai dapat membantu mereka yang menghadapi masalah anemia.

MASAK BUBUR CHACHA MENGGUNAKAN SANTAN MAWAR


Okay, seterusnya aku nak share juga sedikit resipi yang mudah menggunakan santan mawar iaitu bubur chacha. Bahan-bahan yang diperlukan adalah 1 mangkuk chacha kering, 1 mangkuk sagu, 2 ketul gula melaka, 1 cawan gula, 1 helai daun pandan, hirisan mangga dan paling penting adalah satu mangkuk Santan Mawar

🍨 Bahan-Bahan:

1 mangkuk Cha cha kering, 1 mangkuk sagu, 2 ketul gula melaka, 1 cawan gula pasir, 1 helai daun pandan disimpul, hirisan mangga, sedikit garam untuk perasa.

🍨 Cara Penyediaanya:
  • Rendang sagu seketika, anggaran masa 10 minit, rebus chacha kering sehingga lebut, kemudian toskan airnya. Bilas dengan air sejuk untuk hentikan proses pemanasan.
  • Masukkan santan mawar, daun pandan dan cha-cha yang direbus tadi ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan, dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul.
  • Setelah mendidih, masukkan sagu, mangga, gula pasir, gula melaka dan garam secukup rasa. Tambah air jika kuah terlalu pekat. 


Jadi, tunggu apa lagi, jom dapatkan Santan Mawar segar di pasaran segera. Sebelum itu, mesti ramai yang nak tahu tentang harga dan juga cara pembelian. Berikut adalah cara-cara pembeliannya dan juja harga santan mawar di pasaran.

Harga Santan Mawar (segar) mengikut pek seperti di bawah:-

🥥 RM16 untuk 1kg
🥥 RM8 untuk 500gram 
🥥 RM4 untuk 250gram

Cara pembelian Santan Mawar pula adalah melalui Whatsapp sahaja. Ini disebabkan santan ini diambil segar setiap hari.  Kelapa yang digunakan dipetik dan dihantar ke kilang setiap hari. Diproses setiap hari bagi memastikan kesegaran dan kesedapannya.

Whatsapp no : 017-209 7173

Ketahui info lanjut lain melalui laman sosial mereka seperti di bawah:-

Instagram : https://instagram.com/npasiagroup
Tiktok : https://www.tiktok.com/@npasiagroup


SEKIAN


0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post