Review Filem Harum Malam (2023) Karya Terbaru Arahan Dain Said

Assalamualaikum dan salam sejahtera


FILEM HARUM MALAM (2023) | Baru-baru ini aku berpeluang untuk menonton filem seram terbaru yang berjudul Harum Malam (2023). Tayangan perdana filem ini diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya dan dihadiri oleh barisan pelakon dan pembikin filem seram ini.

Pengarah filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baru yang amat dinantikan-nantikan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di 90 buah pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari 2023. 

Harum Malam dibintangi oleh Bront Palarae, Idan Aedan, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein. Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar iaitu Arnie Shasha dan Angelica Petra.


Filem ini diterbitkan oleh Apparat  dengan kerjasama bersama dengan D’Ayu Pictures dan Skop Productions. Skop, penerbit filem seram Munafik 2, yang masih memegang rekod kutipan pawagam filem seram yang paling tinggi, akan mengendalikan pengedaran di Malaysia, Singapura dan Brunei. Edaran Skop terkini, filem Mat Kilau, telah berjaya menjadi filem box office terbesar di dalam sejarah filem Malaysia. Manakala D’Ayu Pictures pula telah menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gangster pada bulan Disember 2022. Harum Malam juga diterbitkan dengan Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).


“Kali terakhir saya mengarahkan film seram adalah Dukun pada tahun 2006. Saya tak sabar untuk filem Harum Malam bertemu dengan penonton filem tempatan, terutamanya peminat filem seram, pada bulan Februari tahun depan!”
Dain Said, Pengarah filem Harum Malam 


FILEM HARUM MALAM (2023)

  • Pengarah : Dain Said
  • Penerbit : Nandita Solomon 
  • Penerbit Eksekutif : Dato Rosmarayu Mokhtar (D’Ayu Pictures)
  • Datuk Yusof Haslam, Shamin Yusof (Skop Productions)
  • Dain Said, Nandita Solomon, Adeleena Lim (Apparat)
  • Penulis : Dain Said, Nandita Solomon, Ben Omar
  • Muzik Asal: Bruno Brugnano
  • Syarikat produksi :  Apparat, D’Ayu Pictures, Skop Productions 
  • Tarikh di pawagam : 09 Februari 2022
  • LPF Rating : P13
  • Durasi :102 minit
  • Genre : Seram

BARISAN PELAKON FILEM HARUM MALAM (2023)

  • Idan Aedan sebagai Iqbal
  • Bront Palarae sebagai Norman
  • Remy Ishak sebagai Jamil
  • Nadiya Nisaa sebagai Dina
  • Nabila Huda sebagai Zehan
  • Amanda Ang sebagai Anna
  • Arnie Shasha sebagai Ah Boy
  • Angelica Petra sebagai Ilya
  • Joey Daud sebagai Rahim
  • Pearrly Chua sebagai Popo
  • Aghonderan sebagai Ravi
  • Danish Hakeem sebagai Ali
  • Airil Azimi sebagai Bob
  • Faizal Hussein sebagai Kiai Hassan


SINOPSIS FILEM HARUM MALAM


*AWAS SPOILER

Terseksa dengan keupayaannya untuk melihat orang mati dan makhluk dari dimensi lain, Iqbal (16 tahun), seorang pelatih perubatan iman dan pengusir kuasa-kuasa jahat, cuba menafikan deria keenamnya. Dalam usaha untuk membantu, bapanya, iaitu Norman, 'mengunci' kebolehan Iqbal.


Iqbal bergaul dengan sekumpulan budak-budak yang tinggal di blok pangsapurinya – Bob yang pengecut, Ali yang sporting dan Ah Boy (seorang perempuan) yang berani. Norman mengambil peluang pekerjaan sementara dengan salah seorang pelanggannya, Jamil (juga ayah Ah Boy). Jamil telah menukar flatnya menjadi rumah hijau di mana dia membiak tumbuhan eksotik, termasuk tumbuhan karnivor seperti bunga bangkai, yang diseludupnya dari Indonesia. Jamil memerlukan Norman untuk menjaga pokok-pokoknya semasa dia ke hutan untuk beberapa minggu. Norman melarang Iqbal daripada memasuki flat rumah hijau Jamil itu.


Selepas Iqbal dan kawan-kawannya dibuli oleh seorang pengedar dadah, Iqbal membawa mereka menyelinap masuk ke dalam rumah hijau Jamil. Dengan tidak sengaja, budak-budak itu melepaskan satu makhluk gelap yang terkunci di dalam bilik terlarang di flat rumah hijau tersebut. Iqbal sekali lagi trauma dan dihantui oleh bunyi yang mengganggu, serta kunjungan dan pertemuan ghaib. Beberapa penduduk di blok pangsapuri itu dirasuk dan menemui kematian yang mengerikan. Penemuan sebuah mayat di flat rumah hijau Jamil membuatkan Norman berang dengan Iqbal, tetapi Iqbal keliru kerana kebolehannya sepatutnya telah dikunci. Apabila makhluk itu merasuk Ah Boy, Iqbal terpaksa menerima kebolehan psikiknya dan berhadapan dengan mahkluk itu.


ULASAN FILEM HARUM MALAM (2023)

Setelah menonton filem berdurasi 102 minit ini, aku berpendapat filem Harum Malam (2023) ini merupakan sebuah filem seram yang menepati cita rasa rakyat Malaysia. Jalan ceritanya berkisarkan tentang seorang remaja lelaki mempunyai kebolehan luar biasa ditambah lagi dengan mistik melalui tumbuh-tumbuhan eksotik merupakan tema yang cukup baik.


Lakonan yang dibawakan oleh watak utamanya iaitu Idan Aedan juga luar biasa. Penjiwaan dan mutu lakonan terbaik diberikan meskipun ini adalah filem pertama lakonannya. Pujian juga diberikan pada pelakon-pelakon lain termasuklah pelakon senior yang sememangnya membantu menjadikan setiap babak disampaikan dengan baik.

Antara yang menarik juga adalah kesan-kesan khas dalam filem ini yang dihasilkan dengan baik, memberikan nilai tambah kepada penonton terutamanya dari segi kengerian dan keseraman. Props seperti darah dan sebagainya nampak seakan-akan betul, manakala kesan pada wajah pula memang mengerikan.


Perkara yang agak mengecewakan adalah kerana terdapat beberapa babak yang dicensoredkan dan juga beberapa dialog yang didiamkan. Ini kerana untuk membenarkan filem ini diklasifikasikan P13. Bagi aku bila perkara ini terjadi, filem ini sedikit cacat dan janggal. Mungkin boleh diklasifikasikan untuk 18 tahun, babak-babak ini tidak diedit sebegitu rupa.

Selain itu, terdapat juga beberapa plot yang agak mengelirukan walaubagaimanapun ia tidaklah menjadikan filem ini sukar untuk difahami. Filem Harum Malam (2023) ini merupakan sebuah filem seram dan fantasi yang menarik untuk ditonton. Kesan seram dan ngeri dalam filem ini adalah kekuatan utamanya ditambah lagi dengan lakonan pendatang baru dalam industri lakonan, pastinya filem ini akan berjaya menarik tontonan ramai. 

Jom ramai-ramai ke pawagam berdekatan dan tonton filem Harum Malam (2023) bermula 9 Februari 2023 ini ya!

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10

#harummalam #filemharummalam #akunakjadinormal



Twitter : harummalam_film
FB  : Harum Malam Film
IG: harummalam_film
TikTok :  harummalamfilm
YouTube : Harum Malam - The Film

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post