Single Sulung Bob Sentuhan Berjudul 'Bukit Bintang' ft Maman Teacher's Pet

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Penyanyi jalanan atau lebih dikenali sebagai busker merupakan salah satu penyeri suasana tumpuan orang ramai. Di Kuala Lumpur, lokasi seperti SOGO dan Bukit Bintang merupakan antara lokasi yang mempunyai penyanyi jalanan menghiburkan orang ramai.

Baru-baru ini, bertempat di Gatsby Mansion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, satu majlis pelancaran lagu berjudul 'Bukit Bintang' telah diadakan. Lagu ' Bukit Bintang' ini dinyanyikan oleh Bob Sentuhan dan menampilkan Maman Teacher's Pet.

SINGLE SULUNG ' BUKIT' BINTANG' BOB SENTUHAN


Bob Sentuhan mungkin masih baru dalam dunia rakaman tetapi merupakan satu nama yang tidak asing di kalangan pemuzik dan peminat muzik jalanan. Setelah hampir 20 tahun menghiburkan orang ramai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur terutamanya Bukit Bintang dan SOGO, Bob akhirnya muncul dengan single berjudul "Bukit Bintang".

"Bukit Bintang" adalah lagu yang sangat istimewa untuk saya kerana Bukit Bintang pernah dan akan terus menjadi pentas untuk saya beraksi. Matlamat saya adalah menjadi seorang penghibur yang menghiburkan. Saya bersyukur dipilih oleh komposer Maman Teacher's Pet untuk merakamkan lagu Bukit Bintang."

Bergelar artis rakaman tidak akan mengubah matlamat saya sebagai artis jalanan kerana nadi perjuangan seni saya adalah untuk menghiburkan, tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama atau kedudukan," 

jelas Bob pada sidang media memperkenalkan "Bukit Bintang".


Single ini mengisahkan tentang cinta yang berputik dan mekar di Bukit Bintang, sebuah kota yang berwarna-warni yang penuh dengan kisah kehidupan.

Untuk makluman, Bob Sentuhan berasal dari negeri Pulau Pinang dan memulakan kerjayanya sebagai seorang penghibur jalanan. Beliau juga telah menjelajah negara dan mendendangkan lagu untuk pengunjung kaki lima. Bob turut memperjuangkan bakat dan nasib pemuzik jalanan agar dihormati olen orang ramai.


MAMAN TEACHER'S PET KEMBALI KE DUNIA MUZIK

Single sulung Bob ini turut menampilkan Maman Teacher's Pet yang juga penggubah dan penerbit lagu berkenaan. Maman yang telah berdiam diri selama 2 dekad kembali ke dunia muzik untuk bekerja dengan Bob, kerana dia percaya dengan bakat dan keazaman Bob untuk menjadi penghibur yang berjaya.

"Bukit Bintang adalah lagu yang dibuat khas untuk Bob kerana di sinilah dia mula menyanyi dan di sinilah dia mencurahkan semua semangat dan dedikasinya untuk menghiburkan orang ramai dengan nyanyiannya. Bob mempunyai bakat yang besar dan saya yakin, dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang baik, dia mampu pergi jauh. Saya juga kagum kerana Bob bukan sahaja popular di Bukit Bintang malah terkenal di Singapura, Brunei dan Indonesia juga," 
kata Maman.

Menurut Maman, "Bukit Bintang" juga merupakan lagu yang dihasilkan khas sebagai penghormatan kepada mereka yang membangunkan Bukit Bintang sehingga seperti sekarang.

"Bukit Bintang suatu masa dahulu adalah salah satu sisi gelap Kuala Lumpur. Tetapi hari ini, Bukit Bintang adalah sebuah kawasan yang sibuk dengan pelbagai kehidupan, perniagaan dan peluang. Orang yang paling sedih berjalan di Bukit Bintang, tidak akan kekal bersedih kerana suasana di Bukit Bintang mampu merubah kesedihan dan memberikan kegembiraan.
Pelancong dari pelbagai negara dan rakyat tempatan berkumpul di Bukit Bintang untuk bergembira dan bersuka ria," 
tambah Maman mengenai sebab mengapa Bukit Bintang ditulis.


Ketua Pegawai Eksekutif Meta Music Extreme (MMX) turut menjelaskan bahawa rangka promosi lagu ini di pelbagai platform media akan berlangsung selama tiga bulan mendatang. Pada bulan April, Bob Sentuhan akan masuk ke studio untuk merakamkan album penuh pula. 

"Bukit Bintang" kini boleh didapati di platfom striming muzik Apple Music, Spotify dan JOOX. MMX kini sedang dalam proses menyiapkan video muzik yang akan tersedia di Youtube dan platfom lain pada 20 Januari 2023.

Untuk mendengar lagu “Bukit Bintang” nyanyian Bob Sentuhan dan Maman Teacher’s Pet boleh layari di pautan ini https://bfan.link/bob-bukitbintang.

SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم